UMNO, akhir sebuah impian – wasiat Tok Mat
Written by Webmaster   
Monday, 04 January 2010
Image Mungkin ada yang mahu disampaikan oleh Allahyarham Tok Mat – Mohamed Rahmat, yang pernah menyandang tugas Menteri dan Setiausaha Agung UMNO. Kebetulan buku yang ada pada saya – memilikinya hampir 4 hari lalu baru dibaca – itu pun sesudah Tok Mat meninggal dunia.

Banyak yang perlu di ambil iktibar oleh UMNO – antara lain ialah perebutan kuasa – khususnya untuk menjadi Perdana Menteri, politik wang, tikam menikam, mengembalikan perjuangan UMNO untuk Melayu, kepimpinan perlu lebih pro aktif – tidak hanya menerima dan mendengar mereka yang mempunyai niat selain dari ingin membantu UMNO – menyentuh soal elitis dalam UMNO. Salah satu yang dapat dibaca adalah kenyataan mengenai beberapa kumpulan yang mempunyai kuasa ekonomi – mahu menghapuskan Bahasa Melayu (Malaysia) sebagai mata pelajaran wajib dalam SPM. Yang menarik perhatian saya adalah pemilikan kuasa ekonomi yang mampu membeli pemegang kuasa politik. Ini boleh berlaku sekiranya kepimpinan itu – menjadi hamba kepada kekayaan – hamba kepada wang dan memperalatkan amanah yang diberi oleh Melayu dalam dan luar UMNO untuk kepentingan sendiri.

Buku yang di tulisnya – dikatakan ada penyambung – namun ini bukan lagi satu realiti kerana buku yang ditulisnya itu menjadi wasiat kepada ahli UMNO , kepimpinan UMNO dan seluruh rakyat khususnya Melayu mengenai apa yang mampu berlaku sekiranya UMNO terus dilanda kelekaan.

Kepimpinan hari ini mungkin perlu di hentak dengan menyingkirkan sikap yang hanya mahu melihat keliling – terpedaya dengan bisik kawan-kawan yang hanya mahu sesuatu tetapi tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab dan amanah. Tok Mat amat rapat dengan semua kepimpinan yang ada – khususnya PM Malaysia dan apa yang di tekankan oleh Tok Mat mungkin adalah supaya PM – Perdana Menteri Malaysia yang ada – sering terikat – terikut dengan mereka yang bertempek di hadapannya – membentuk dinding yang akan mengganggu gugat dalam usaha membuat keputusan yang tepat dan berkesan demi UMNO. Mungkin masa nya untuk kita membaca buku itu dan mendengar wasiat Tok Mat.

Comments
Add New Search RSS
Anonymous   |2010-01-04 05:49:00
Kata Tok Mat, Umno akan pupus sekiranya Umno masih enggan berubah dan masih mengamalkan budaya yang sama. Dan sebenarnya UMNO TELAH PUN MENGAKHIRI IMPIAN MEREKA DAN MENGHANCURKAN HARAPAN MELAYU
Din Berambus  - Mulanya penyakit UMNO   |2010-01-04 05:53:11
Mulanya penyakit umno adalah dengan adanya politik wang dan politik wang ini menghancurkan umno. Kepimpinan termasuk anwar ibrahim adalah pembawa virus politik wang.
Anonymous   |2010-01-05 10:36:51
DAH TERLAMBAT DAH....
NAK MASUK BINTANG RTM...
ugg boots  - ugg boots     |2010-01-06 08:44:33
jordan shoes
air jordan shoes
cheap jordan shoes
michael jordan shoes
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."