|
Petikan siaran www.themalaysiainsider.com Dari kajian yang di buat oleh Merdeka Center – terhadap UMNO pada perhimpunan yang baru lalu berikut adalah sinopsis keputusan yang di buat. Apa pandangan anda terhadap bancian ini khususnya 70% ahli UMNO mengatakan bahawa mereka BERSETUJU bahawa hak Melayu sedang di gugat oleh kaum lain. 1. 93 peratus dari delegasi UMNO menyokong Najib dan mengatakan bahawa Najib membawa kea rah yang betul kerana kualiti kepimpinan Nasional dan pentadbiran yang baik 2. Dari 95 peratus delegasi UMNO yang disoal mereka melahirkan kepuasan dengan pentadbiran Najib 3. 66 peratus mengatakan pula bahawa UMNO suda pulih dari masalah yang menyebabkan kelemahan dari segi pentadbiran sejak pilihan raya sebelum ini. 4. Keputusan bancian mengatakan 95 peratus berpuas hati dengan Najib dan dalam pada itu 60 % mengatakan amat berpuas hati dengan Najib 4. 83 peratus menyokong liberalisasi ekonomi dan 94 peratus bersetuju dengan konsep 1 Malaysia. 5. Mengenai kenyataan Khairy bahawa minda Melayu terkepung dan terkongkong hanya 38 peratus sahaja yang setuju 6. Bagaimanapun 70 peratus delegasi bersetuju bahawa Hak Melayu sedang di gugat oleh kaum lain. Bancian kepada delegasi yang di bawah 30 tahun menunjukkan 70 peratus dari mereka juga setuju dengan kenyataan hak Melayu digugat oleh bangsa lain. 7. Dalam pada itu 85 peratus delegasi Umno mengatakan bahawa Umno perlu perubahan dan reformasi 8. Bila di Tanya mengenai reformasi dalam UMNO 32 peratus mengatakan keperluan untuk membaiki kualiti kepimpinan , 14 peratus mengatakan perubahan sikap ahli UMNO dan 12 peratus mengatakan keperluan Umno bekerja keras untuk mengukuhkan parti. 9. Hanya 2 peratus ahli Umno yang mencadangkan penghapusan kroni dan nepotism. 10. Bertanya mengenai masalah dalam Umno – 13 peratus mengatakan Umno terlampau tertumpu pada Melayu, 27 peratus mengatakan Umno hanya mementingkan ahli sahaja, 33 peratus mengatakan Umno gagal mengambil pandangan rakyat secara serius, 47 peratus mengatakan masalah Umno adalah politik wang dan 52 peratus mengatakan korupsi dalam kerajaan. Dimaklumkan oleh merdeka center lagi – UMNO berhadapan dengan serangan pembangkang semakin meningkat dan keperluan utama adalah meningkatkan kualiti kepimpinan. Merdeka Center melakukan bancian sekitar Nov 4 and 11 atas 358 delegasi Umno. Ini adalah perhimpunan agung Umno yang lepas. Apa pandangan semua mengenai bancian ini.
|