Apa UMNO sepatutnya lakukan!
Written by Webmaster   
Tuesday, 08 December 2009

ImageCATATAN ANUAR MOHD NOR : MCA terus bergolak – belum surut-surutnya. Kadir Jasin di saman oleh Zaid Ibrahim – laporan polis atas Setiausaha Politik Najib, Shafei Abdullah di buat oleh MPT Keadilan, Badrul Hisham dan ada pula Setiausaha Politik yang sedang di siasat. Ini di tambah pula Ahmad Said tidak mahu melanjutkan tempoh malah meminta dipercepatkan kontrak jawatan beliau dengan SPRM untuk di tamatkan.

Isu demi isu ini masih berlegar dan UMNO masih hanya mampu melihat bagaimana serangan berterusan dilakukan oleh Pakatan Rakyat ke atas mereka. Laman WEB dan Blog penuh dengan perkara-perkara yang terus memburu UMNO dan kerajaan. Dalam masa itu UMNO dan kerajaan yang ada nampak hanya menerima hukum – di serang dan terus diserang. Bukan sahaja UMNO gagal menyerang balik tetapi nampak gayanya untuk bertindak defensif juga UMNO kurang nampak mampu. Sejauh mana UMNO dapat bertahan. Adakah kerajaan Najib tidak menampakkan keseriusan beliau untuk apa yang disebut reformasi UMNO. Adakah Najib masih di kelilingi oleh corak ortodoks – pemikiran dan minda usang yang masih belum mendapat formula untuk bangkit bersaing dan melakukan perubahan. UMNO sebagai dominan kerajaan memerintah masih terus tersepit sungguhpun sudah banyak melakukan cubaan untuk perubahan. Najib melaungkan reformasi dalam UMNO – melaungkan Suara Rakyat Suara Keramat namun dalam usaha mengubah – bertindak mengadakan reformasi – UMNO berterusan terikat. Bagaimana harus UMNO menyelesaikan serangan yang berterusan di buat. Adakah UMNO masih lagi terikat kepada budaya ortodoks dan seterusnya akan hilang dan tewas pada proses evolusi pembangkang sedang kita masih menjadi “punching bag” mereka.

Mungkin hari ini apa yang jelas kelihatan UMNO masih tercari-cari penyelesaian yang mampu mempertontonkan perubahan yang telah diambil dan perubahan yang sedang di tuntut dan sudah dijanjikan akan berlaku. Reformasi UMNO masih lagi mentah – masih tidak mempunyai kekuatan yang menyeluruh dan kesengsaraan ini di tambah dengan kepesatan PR memainkan isu yang mampu menjerut leher kita. Media Internet sudah dijajah dan melihat apa yang berlaku – saingan terhadap penjajahan media alternatif ini masih jauh untuk mengecap kemenangan. UMNO sehingga hari ini masih mengigau – mencari formula baru sedangkan telah banyak berusaha untuk mengubah namun tidak memberi kesan menyeluruh. Saya sendiri terpaksa berhati-hati menceritakan kenapa ia masih terbelenggu dalam kekalahan sedangkan kesedaran untuk melakukan sesuatu yang positif sudah ada dan sudah di mulakan. Apa yang berlaku dan apa yang tidak berlaku – setelah diharapkan berlaku hanya perlu dijawab dengan satu kenyataan – UMNO terus di tipu. Penjangak dalam UMNO terus bermaharajalela menipu kepimpinan baru dalam UMNO yang nampak mempunyai fokus serius dalam usaha untuk bangkit – memenangi kepercayaan rakyat dan mendominasi media alternatif. Penjangak ini terus menipu dan usaha mereka yang sudah ada visi baru terperangkap kerana keengganan mereka melihat di luar skop yang ada.

Kepimpinan UMNO perlu keluar dan melihat keadaan yang ada dan jangan hanya berharap kepada belatuk-belatuk yang ada – yang hanya mengangguk tanpa mahu mendengar kedudukan yang ada. Bagaimana mahu mendahulukan rakyat sedangkan kita tidak kenal rakyat kita sendiri? Sehingga hari ini kedudukan UMNO tidak menampak perbezaan – sungguh pun visi Perdana Menteri Malaysia hari mahu mencuci abuk di kalangan ahli yang masih berdebu dan kotor.

Apa sebenarnya yang perlu UMNO lakukan. Apa lagi yang perlu dan perlu dilakukan. Adakah mungkin Najib juga kelihatan tersepit – terperangkap dengan laungan beliau sedangkan yang lain hanya menanti untuk mencari ruangan sekiranya perubahan kerajaan berlaku. Apa harus UMNO lakukan – apa yang sepatutnya UMNO lakukan – sehingga ini masih terus dijajah dalam kerangka beliau sendiri.

Comments
Add New Search RSS
din  - Dah tak leh lagi anuar!   |2009-12-08 12:03:08
En Anuar, dah tak leh lagi. Aku faham apa yang ko nak buat tetapi kalau ko aje nak buat, ahli umno lain dok tengok umno macam tempat buat jutaan ringgit ko nak kata apa. Baik ko dalam umno pun cari jln nak buat duit dan kalau tidak ko segera masuk Pas atau PKR. Aku rasa lebih baik Pas pasal Pkr pun mereka ingat nak tempat untuk buat duit aje..maklumlah budaya umno.
Anonymous   |2009-12-08 15:08:11
TAK LAMA LAGI PARTI UMNO AKAN HANCUR LULUH,MACAM ZAMAN DAHULU KALA,JIKALAU PEMIMPIN RASUAH,PENZALIM,PENIPU DAN MEMENTINGKAN KRONI.TUNGGULAH KEHANCURANNYA TAK LAMA LAGI TUNGGU,TUNGGU DAN TUNGGU,DULU KINI DAN SELAMANYA DITERAJUI OLEH ORANG YANG BANYAK MENABUR TAIK PADA BANGSA SENDIRI.
Anonymous   |2009-12-09 08:46:58
pembangkang umpama mike tyson...
Umno umpama miss universe...
dunia politik ibarat gelanggang tinju...

masuk gelanggang tinju...
teruk umno dikerjakan...
Anonymous   |2009-12-09 10:36:25
AKU JUGA DOAKAN PAS YANG MENIPU AGAMA, PEROMPAK AGAMA DAN MELANTIK KRONI SERTA PKR YANG MELANTIK PELIWAT, PENJAHAT , PENGHANCUR, PENDOKONG IFC HANCUR LEBUR, HANCUR GUGUR , MAMPUS DAN TERUS BERKUBUR..YANG PENTING MELAYU SEMUA HANCUR...TERUSLAH GADOH DAN GADOH..AKU CUKUP GEMBIRA MELIHAT MELAYU HANCUR LEBUR..YAHOOOO
Anonymous   |2009-12-09 11:13:47
Apa sebenarnya yang perlu UMNO lakukan. Apa lagi yang perlu dan perlu dilakukan. Adakah mungkin Najib juga kelihatan tersepit
Anonymous   |2009-12-09 12:03:16
Apa UMNO sepatutnya lakukan!

TAUBAT NASUHA...
www.bagsspace.com     |2010-01-08 16:00:54
genanv0108
In his new book, The New Economic replica handbags
Replica Handbags Disorder, Larry Bates predicts just what is starting replica watches
cartier replica watches to take place in our world economy today. In his introduction he replica watches
Wholesale replica handbags says,"The greatest shock of this decade is that Replica Louis Vuitton
replica designer handbags more people are about to lose more money than in any time before in our history." He goes on Louis Vuitton handbags
replica cartier watches to say, "But the second greatest shock will be the incredible amount of money replica breitling watches
replica rolex watches just a relatively small group of people will make at exactly the same time." He believes this transfer of wealth, largely due to the Federal Reserve and the replica omega watches
replica rolex watches worthless paper they continue to print, can be used by God's people to help prepare for our Lord's return. Early on in the book he teases the reader on how replica watches
Omega replica watches they can be a recipient of this wealth, saving their own finances in the process. This is not some crackpot writing a get-rich-quick scheme but instead an honest look at why we're in this mess today and what Chanel Handbags
Hermes Handbags you the individual can do to prevent personal calamity. Are you putting your money in things like CD's thinking they are safe? Better read his book. Larry himself Gucci Handbags
Gucci replica handbags served three terms in the Tennessee House and became chairman of the banking and commerce committee. He claims in his book that gucci handbags
Alexander Wang what is happening in our economy has been happening for a reason and that reason is because the bankers and politicians have planned it that way. He has been replica prada
Prada handbags a CEO and majority owner of three banks in Tennessee. Larry has appeared on shows such as Jewish Voice Today with Jonathan Bernis. Oh yes, regarding his advice on how you can do well in this economy, you'll have to read his book to discover what he has to say. I'll give you this hint though. It's very biblical. Let
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Tuesday, 08 December 2009 )