SERANGAN TERHADAP NAJIB – pusingan seterusnya – kekalahan di media siber
Written by Webmaster   
Wednesday, 25 November 2009


Rata-rata dari komen yang di terima oleh www.umno-reform2.com mengatakan penjelasan dari laman dan blog penyokong UMNO gagal memberi justifikasi yang baik mengenai kes pembunuhan Altantuya dan kenyataan-kenyataan dari penyiasat persendirian P.Balasubramaniam. Desas desus dalam PKR mengatakan pendedahan terbaru di www.malaysia-today.net adalah pusingan kedua serangan terhadap Najib Tun Razak. Blog yang nampak timbul bersungguh-sungguh menghentam Najib juga semakin aktif – seperti contoh : www.selamatkanumno.blogspot.com .

Mampukan serangan-serangan ini menggugat Najib Tun Abdul Razak. Mampukan kehadiran media Internet Pakatan Rakyat dan penyokong mereka berterusan menggugat kedudukan Najib. Sungguhpun begitu – setakat ini belum ada sesuatu yang sahih melibatkan peranan Najib dalam isu pembunuhan Altantuya – tetapi komen yang di terima menunjukkan mereka percaya ada tangan-tangan yang cuba menyelamatkan seseorang atau sesuatu isu dari terkeluar. Mereka mempersoalkan kes Altantuya dan membicarakan Najib dalam mahkamah siber. Isu ini sahaja bagi www.umno-reform2.com mampu memberi tamparan kepada kerajaan memerintah sekiranya kerajaan memerintah gagal menangani spekulasi yang terbit dari media-media alternatif ini.

Isu pembunuhan Altantuya hari ini dibicarakan di mahkamah siber. Komen yang di terima tidak menyebelahi kerajaan memerintah. Spekulasi kes ini di manipulasi oleh kerajaan untuk menutup sesuatu semakin kuat di hujah. Isu Azmin dan saham bernilai jutaan ringgit beku dan menjadi terkecil dengan kehadiran serangan ganas terhadap Najib. Laman – laman web pihak lawan UMNO dan BN semakin ghairah dan memulakan pusingan kedua serangan terhadap Perdana Menteri Malaysia. Adakah ini akan memberi impak besar kepada PRU 13 nanti? Adakah UMNO dan BN akan terus dilanda krisis sokongan kerana isu ini dan mampukah BN dan UMNO berdepan dengan serangan yang semakin kuat. Laman seperti www.chegubard.blogspot.com milik MPT Keadilan semakin lantang membicarakan kes rasuah dan nilai saham kroni Najib. Nama – nama adik-beradik Najib turut dikaitkan – pemilikan saham yang begitu besar dalam CIMB dan penglibatan adiknya dalam isu Altantuya.

Bagaimana mahu menahan serangan ini dan apa justifikasi logik dan berasas mampu di keluarkan bagi mematahkan serangan ini. UMNO dan BN masih terkedu dalam ruangan siber khususnya untuk menangani isu ini. Adakah isu ini – akan menjadikan BN dan UMNO terus terpinggir dan akhirnya sokongan menjadi longgar. Bagaimana UMNO dan BN mampu menangani isu ini? Akhirnya adalah serangan Najib ini – menjadi satu kekuatan PR dan penyokong mereka untuk terus mengadili Najib sehingga UMNO kelak berkemungkinan tumbang pada PRU 13 nanti?

Comments
Add New Search RSS
Adlin  - Bukan serangan   |2009-11-25 07:17:27
salam anuar,

Ini bukan satu serangan tetapi ini adalah satu pendedahan kepincangan Najib Tun Abdul Razak. Pendedahan ini perlu kerana pendedahan ini dapat memberitahu rakyat perkara yang sebenarnya. Kita perlu tahu akan nasib kita rakyat malaysia tidak diletakkan kepada mereka yang penyamun dan tidak bertanggungjawab.

Saya seru rakyat Malaysia meneliti dengan seteliti mungkin agar kita tidak tersalah pilih dan akibatnya merugikan kita.
Anonymous  - Umno tidak ada jawapan   |2009-11-25 07:35:53
Umno tidak ada jawapan tentang apa yang berlaku dalam kes pembunuhan wanita mongolia itu. Pendedahan bala menjadikan Umno kalut dan keadaan ini membimbangkan umno.

Mereka mengambil langkah untuk diam. Sepatutnya untuk menyelamatkan Umno kepimpinan Umno sendiri sepatutnya sedar keperluan kes ini diselelsaikan dengan segera.

Ahli umno perlu tahu dan perlu sedar bahwa sekiranya tidak atau terus mempertahankan kononnya isu ini tidak melibatkan kepimpinan tertinggi khususnya najib maka apa yang mereka pertahankan adalah kemungkaran yang akan membuat umno di timpa musibah besar.

ahli umno baca dengan jelas isu wanita mongolia itu, tanya pada diri dan mula mempersoalkan isu ini dengan tepat.
Anonymous   |2009-11-25 08:16:45
perangai buruk yang memakan diri.......
Dingom   |2009-11-25 09:18:09
najib akan jadi penyebab umno akan bungkus pada PRU akan datang.najib kena berani untuk membersih kan diri dari terus dikecam.najib tak boleh terus berdiam diri,ni akan mengakibatkan kepecayaan orang2 umno sendiri pada najib akan berkurangan.prestasi najib dalam mengurus ekonomi negara juga memang telah diketaui tidak bagus, ini menambah tekanan pada najib.pada pandangan saya, najib perlu bercuti sehingga selesai masaalah ini,selagi masaalah tidak selesai najib tidak dapat memberi tumpuan untuk mengurus kan negara dengan baik.
aHLI uMNO  - bERTINdAK sEgERA   |2009-11-25 10:24:12
Ahli umno kena bertindak segera untuk membersihkan umno. Jangan gunakan alasan tentangan pembangkang kerana mahu menutup kes liwat anwar ke atau apa benda ke kerana kedudukan kes ini isolated. Ini kes pembunuhan dan kes anwar ke liwat. Kalau dua-dua org ini bersalah hukum aje..Ahli umno kena lebih prihatin mengenai perkara ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara kita skrg ini.
boy   |2009-11-26 17:00:08
najib da takut tue.konfem bunuh tuya.meh pakat2masuk ba.hehe xkan nk ikut telunjuk pembunuh kot??
umno  - Buat tuduhan melulu   |2009-11-27 07:47:34
Tidak ada apa-apa yang dapat mengikat Najib dengan Altantuya tu. Tidak ada hubungan yang dapat dibuktikan. Apa masalah dengan korang ini? Takkan sanggup buat tuduhan melulu, memfitnah najib. Apa bukti Najib terlibat - tak de kan? Kenapa nak salahkah dia membabi buta atau perangai korang memang macam babi
Anonymous   |2009-11-27 14:26:16
nko pegi lokap tengok...... berapa ramai yang kena dera ngan polis walaupun tanpa bukti..... hanya kerana status rakyat biasa..... sedangkan kalau yang digolongkan elit kebal undang2......

betul ke tuduhan tanpa sebarang asas?
rakyat biasa   |2009-11-27 07:51:55
NAJIB JUGA PERLU LETAK JAWATAN
Teropong Duri   |2009-11-28 03:33:35
BULLSHIT...TAK TAHU CRITA JGN NAK MENJAMPUK...TAKDAK OTAK MAIN JAUH2
Anonymous  - ABU   |2009-11-26 22:57:46
Rakyat Malaysia diminta tumbangkan UMNO/BN kerana terlalu banyak ABU (Akai Bodoh UMNO)
Teropong Duri   |2009-11-28 03:30:15
Tolong bagi satu saja bukti najib bunuh Altantuya pada semua penyokong pengkhianat bangsa dan pembankang pakatan reban yg takdak otak...jgn ikut telunjuk org saja.Kita tgk sapa yg akan jatuh!isu najib dipermainkan oleh org dalam umno sendiri yg mahukan tpt PERDANA MENTERI. dari awal silahabau tu dah buat plot untuk jatuhkan najib...anwar hanya ambik cerita ini utk menyokong tindakkan bodohnya itu bg meraih simpati dan penyokong. Bila didengar oleh pemberita di mahkamah pulak cerita Najib bunuh pompuan tu makin tersebar bila,tapi tidak ada bukti. Kes ini jugak tidak ada kena mengena dgn sukoi ke or kapal selam ker.pompuan mongolia tu mati sebab kes lain...takkan pakatan Reban takdak contact dlm unit spy kita ...mustahil...buat2 taktahu je..sb nak manipulate cerita..ada jugak pihak polis(S yg kerja sama dgn PKR semata-mata nak duitkan.ada yg menyebelahi kerajaan..kita tgklah apa yg akan terjadi nanti..NAJIB TAK PERLU LETAK JAWATAN DAN TIDAK PERLU BERCUTI ! NAJIB TAK BUNUH ALTANTUYA DAN DIA TIDAK PERLU RASA TAKUT PUN. kalau ada bukti buat laporan polis dedah betul2..negara ini negara demokrasi..kalau betul dan terbukti bersalah kita tarik dia turun apa masalahnya? ini dia tidak bersalah, tidak ada sorang pun yg boleh buktikan Najib dgn Pembunuhan Altantuya...aku cabar sapa2 yg ada bukti tampil kedepan..tunjuk pada Rakyat..ADA BERANI?!
Anonymous  - abis ..terangkan   |2009-11-29 00:42:20
Kenapa dan apa sebab wanita mongolia itu di bunuh?
Yang membunuh polis - kenapa?
Siapa yg instruct polis itu bunuh?
Kena C4 plak tu, rekod kemasukkan altantuya masuk malaysia hilang, Razak Baginda plak bebas, motif pembunuhan tidak dapat di establish,
pelik - pelik tak kan penyokong Umno tak rasa pelik atau kerana politik korang tak nampak yg pelik.

Kenapa nak cakap sapa jadi PM - kita tentukan la..kalau org Umno terus jadi Pm biarlah org yang baik, kalau Pas dan PKR biarlah yang abik jugak jgan yang teruk-teruk...salah ke kita cari yg terbaik?
zuan   |2009-11-28 22:37:55
bila ada tuduhan,
terus suruh letak jawatan

kalo mcm tu xde sape la layak jd pm

nik aziz x layak coz dituduh pilih kasih
lantik menantu dlm anak syarikat kjaan negeri
anwar x layak
coz dituduh liwat
karpal singh x layak
coz dituduh pengkhianat
lim kit siang x layak
coz dituduh tali barut PAP
hasan ali x layak,
coz dituduh cuba jatuhkan khalid
khalid ibrahim x layak
coz dituduh rasuah lembu

abis sape yg layak?
mangsa korban 2009  - Zaman Kejatuhan PAS   |2009-11-29 17:59:00
5 soalan MENGGELEGAK untuk Dr Lo Lo
1. Dimana kekuatan semulajadi PAS semasa menjadi pembangkang setelah menyarung jersi wakil rakyat?
Kalau dulu, semua tahu kekuatan pembangkang ialah mempersoalkan semua projek yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Semua projek tidak betul. Semua projek dikatakan membazirkan wang rakyat sahaja. Bahkan pihak pembangkang, akan sanggup gali hingga ke lubang cacing untuk tahu di mana wang dibelanjakan, siapakah kontraktor yang mendapat projek, untuk apa projek dijalankan. Saya, sebagai seorang rakyat, memang rasa terbela apabila akan mempunyai pemimpin seperti itu.
Tapi, Cuba lihat apa yg dr lo lo dah lakukan untuk kawasannya sendiri di datuk keramat. Sehingga dia sanggup mengeluarkan perkataan bahawa saya kene bersikap adil dengan pengundi saya di sebelah sana. Adakah UNDI yang dipikirkannya selama ini setelah menjadi pemimpin?? Bukan untuk membela nasib seorang rakyat. Apa perjuangan nya selama ini? Hanya untuk mendapat kuasa atau memang untuk bekerja untuk rakyat seperti yg dilakukan oleh pemimpin DAP setelah dapat kuasa. DR Lo Lo sanggup mengenepikan nasib org yg mempunyai geran tanah dan berniaga dengan cara yg sah dan halal, org yg membayar cukai setiap tahun semata-mata untuk berada di pihak yg memang sejelas-jelasnya penyokong BN semata-mata untuk menjaga undi pada masa akan datAng?
Dr Lo lo sanggup menutup mata pada rasuah yg berlaku di depan mata semata-mata untuk membantu persatuan penjaja dan peniaga kecil pasar datuk keramat dengan membunuh dan mengorbankan nasib 8 org peniaga di depan LRT damai semata-mata untuk pembinaan tempat parking? Adakah dia tahu, ajk2 persatuan2 tu semuanya adalah org2 umno yg nak memperbodoh2kan dia untuk kepentingan sendiri? Dia ada menyiasat ke siapa sebenarnya ajk2 tersebut? Tahu tak bahawa mereka mempunyai leBih dari 4 lot di dalam pasar tersebut? Jika sewa yg dikenakan adalah hanya rm50 oleh dbkl, mereka mengenakan sewa sehingga rm400 untuk satu lot. Dan disewakan kepada peniaga Indonesia. Mereka hanya mengutip sewa setiap bulan. Dan semua lot tersebut menggunakan nama adik-beradik, suami-isteri dan sanak saudara. Saya tak sangka dr lo lo seorang PAS boleh menutup mata dgn isu ini. Mereka bukan org susah
namawee     |2009-11-30 10:06:23
SIAPA BOLEH TEKA SIAPA DENGAN TIAN CHUA INI ?



UMNO NEGERI SEMBILAN HENDAK BUANG MB
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Thursday, 26 November 2009 )