|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 15 March 2009 |
|
Khir Toyo mendakwa beliau di sabotaj dalam usaha beliau untuk menjawat-jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo menggunakan instrumen PKR untuk menjatuhkan beliau dalam pemilihan akan datang? Media hari ini memaparkan rintihan Bekas Menteri Besar Selangor yang mengatakan bahawa usaha memburuk-burukkan beliau yang hari ini dimainkan oleh parti lawan turut mendapat sokongan dari mereka dalam UMNO yang berusaha mahu menghalang beliau untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa Khir Toyo, siapa? Siapa yang dimaksudkan oleh Khir Toyo? Hipotesisnya hanya meletakkan antara Mukhriz dan Khairy Jamaluddin yang menolak Khir. Mustahil – kem Mukhriz, kerana Khir juga adalah pendukung Dr Mahathir. Khairy Jamaluddin? Betul ke Khir Toyo menuduh Khairy Jamaluddin? Khir baru-baru ini turut mencabar mereka yang mendedahkan keburukan beliau dengan konon-konon beliau terpalit dengan rasuah untuk melaporkan kepada SPRM. Selagi hanya berkokok dalam parlimen – itu hanya niat memburukkan reputasi beliau dan kemungkinan untuk melunaskan agenda mereka yang ada dalam UMNO – bersekongkol dengan PKR untuk memalukan dan mencalarkan imej beliau untuk pemilihan Ketua Pemuda. Siapa Khir – nyatakan segera atau jangan mengeluarkan spekulasi begitu. Ahli UMNO juga perlu mendesak Khir untuk memaklumkan tuduhan beliau atau sebenarnya satu gimik kerana Khir tahu usaha untuk merebut KP UMNO sudah seakan pudar? Siapa Khir atau adakah kita pelayar www.umno-reform.com terus membuat spekulasi untuk isu ini. Siapa pada anda – yang dimaksudkan oleh Khir? SMS – pandangan anda kepada 012-6544762 dan kami akan siarkan komen SMS anda itu.
|