|
13 Mei 1969 - jangan mulakan semula |
|
Written by Webmaster
|
|
Tuesday, 12 February 2013 |
 Mohd Razlan Muhammad Rafii. ULASAN SEMASA : Sikap kurang ajar seorang pemuda kaum Cina menunjukkan bahasa isyarat lucah terhadap DYMM Permaisuri Agung menghangatkan lagi keadaan di Pulau Pinang dan politik perkauman di negara ini. Laporan mengenai insiden ini dikeluarkan oleh http://theflyingkick.blogspot.com/2013/02/terkini-perincian-cina-tunjuk-isyarat.html dan ini sedikit sebanyak menyentuh sensitiviti orang Melayu yang berpaut di bawah kedaulatan raja-raja Melayu. Isu ini juga telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan ini dapat dilihat dalam beberapa tweet khususnya https://twitter.com/razlanrafii. Tweet Razlan Rafii mengutuk tindakan pemuda Cina itu dan mengatakan bahawa ini adalah satu tindakan biadab yang boleh menggores api perkauman – ingatkannya dimaklumkan bahawa Pulau Pinang adalah dikatakan punca 13 Mei 1969 berlaku dan ini seakan mahu diulangi oleh mereka di sana. Razlan Rafii adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh amat lantang dalam tweet beliau mengenai isu ini. www.umno-reform2.com turut membantah tindakan biadab pemuda tersebut.
|