Amaran revolusi?
Written by Webmaster   
Saturday, 26 January 2013

ULASAN SEMASA : Pakatan Rakyat semakin kuat memainkan isu bahawa mereka akan berjaya menundukkan Barisan Nasional pada PRU 13 nanti. Mereka dengan yakin mengatakan Pakatan Rakyat akan menang sekiranya pemilihan kali ini dijalankan penuh adil dan demokratik dan tidak dipengaruhi oleh kuasa-kuasa tertentu untuk menafikan kemenangan PR. Kenyataan keyakinan ini diselitkan dengan amaran bahawa mereka akan melihat secara terperinci proses pemilihan dan mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan turut ke jalan raya sekiranya mereka sedar dan nampak ada penipuan. Dalam lain perkataan mereka akan melakukan bantahan besar sekiranya mereka percaya ada penipuan pengundian.

Dalam melihat perkembangan ini – satu yang pasti – sekiranya mereka kalah, mereka akan terus menuduh pemilihan itu tidak adil dan tidak demokratik. Mereka mungkin akan memulakan apa yang selama ini ditanam di dalam minda mereka – revolusi. Ini adalah amaran mereka dan siri perhimpunan baru-baru ini, dikatakan sebagai persediaan awal untuk melakukan perubahan dengan revolusi. Semestinya – keputusan yang tidak menyebelahi mereka akan terus dianggap penuh penipuan dan tidak adil. Amaran-amaran sekarang yang mereka keluarkan hanya bertujuan sebagai satu justifikasi untuk PR melakukan apa yang perlu semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Adakah ini tidak benar?


Comments
Add New Search RSS
mra   |2013-01-26 12:49:55
AMN kah yang menulis ini.Seorang yang terbuka luas pergaulan dan maklumat dalam mindanya tiba tiba menjadi seorang yang gagal melihat apa yang diperkatakan.
Ya mungkin zaman untuk kembali kepada cubertrooper setelah disisih begitu lama lantaran melihat dunia poltik yang relaiti sebelum ini .
Selamat datang cybertroopr umno.
Mohd Diah  - ala betul apa   |2013-01-26 13:26:25
Asyik tuduh kerajaan tak demokratik. Bila menang 5 state dulu tak de lah tuduh itu tipu dan sebagainya. Bila kalah aje baru timbul suara bingai itu tak adil dan itu tipu dan sebagainya.

Mmg mudah, skrg asyik kata itu tak adil , dan siap warning - kalau tipu PRU rakyat akan humban kamu. Ye betul la..kalau korang kalah korang kata tipu kalau memang diam tak ...kalau kalah nah...buat demonstrasi dan sebagainya.

yg tak setuju nak katalah tak terbuka minda la apa la...tapi kalau sokong PR biar sokong benda2 bodoh dikira dah terbuka minda. MRA ko kalut la brader
Anonymous  - mra bukan cybertrooper PR ke?   |2013-01-26 13:28:23
Bila org sokong umno kata cyber troopers umno...ko tu apa..mra bukan balaci PR...cybertropper PR...
mohd diah   |2013-01-26 16:55:48
kenapa tak simpan saja kebodohan terlampau tu md diah..asyik asyik bukti 5 negeri ditawan pakatan sebagai pru yang adil..adil bukan saja terletak pada pengundian tetapi juga pada proses sebelum mengundi.adil kah kalau semua media yang hasilnya drp duit rakyat digunakan sepenuhnya olih bn sahaja.adilkah jika wang kutipan dari rakyat di anggap wang mak bapa umno-bn..itu dua pun sudah cukup untuk menunjukkan kebdohan hujah kamu..manakala yang tak ada nama,pergilah cari nama dulu untuk berhujah..sekurang kurangnya gunakan nama TOLOL.
Anonymous  - cabar jawab- adakah tidak ada tuntutan revolusi   |2013-01-26 22:50:11
Kita ckp pun tak guna - adakah tidak korang tuntut revolusi sewaktu KL112? Jawab ya atau tidak - dan jgn mengarut macam MRA - cakap aje tapi isi kosong
Anonymous   |2013-01-27 13:07:25
media awam tak bebas juga satu penipuan. PR 1-0 BN
Anonymous  - media internat?   |2013-01-27 21:09:43
media internet di dominasi oleh PR - media cetak parti pun di kuasai PR

PR bohong konon media tak bebas - PEMBOHONG NO 1
wan  - kebebasan media dan kemenangan 5 negeri   |2013-01-28 07:58:22
Media awam dan jentera kerajaan digunakan sewenang2 oleh bn. Dulu ketika harakah laku mcm pisang goreng. Terus kdn bertindak. Ini akhbar parti. Tetapi utusan melayu yang umpama lidah umno tiada pula sekatan. Lebih malang tv rtm umpama tv umno. Walhal dibiayai oleh pembayar cukai. Tv3 tak kisah sgt itu tv swasta. Di media internet umno masih gagal. Tiada sekatanpun untuk umno berjaya. Bila ada berhujah media sudah adil sebab media internet milik pr. Jelas nampak kedangkalan minda. Walhal media arus perdana milik bn dan umno dgn sekatan kepada pr. Media internet milik pr tanpa sekatan kepada bn. Ketidakadilan itu terletak kepada sekatan.
Jika kemenangan 5 negeri diuukur sebagai keadilan spr. Saya yakin jika spr lebih adil 1 malaysia milik pr. Ibarat main bola kedah vs selangor. Referee amik org selangor. Nampak begitu bias.
Rolex Watches  - gpoodip0a9@yahoo.com     |2013-04-10 14:55:33
Our site provides a full range of HUBLOT KING POWER WATCHES, Replica OMEGA DE VILLE WATCHES and REPLICA PANERAI CONTEMPORARY-LUMINOR 1950 3 DAYS GMT AUTOMATIC CERAMICA 44MM PAM00441 WATCH on sale for you to choose. Let me introduce very hot replica watches on sale on our website, for example,PATEK PHILIPPE WATCHES, REPLICA RICHARD MILLE - RM 038 TOURBILLON BUBBA WATSON MEN WATCH, replica Tag Heuer Watches.The more I want to say, our REPLICA VACHERON CONSTANTIN 47450/000W-9511 watch and GUCCI 101 G-ROUND WATCHES are the finest Swiss movement and Japan movement. The important thing is that the more our wholesale watches you want to buy, you can get the best price, because we are doing promotion activity. Summer is coming, it is a good time to present CARTIER NEW MODELS WATCHES to your friends now, if you want to buy the some gift to them. Our RADO WATCHES and CHANEL PREMIèRE WATCHES are definitely your choice. If you want to know more detail about our watches for sale. Welcome to our website!
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."