|
Written by Webmaster
|
|
Monday, 09 June 2008 |
|
Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri. Sebenarnya ketuanan rakyat yang dilaungkan adalah penjualan hak yang ada. Sebenarnya kesamarataan dalam demokrasi yang diperjuangkan lupa, bahawa Melayu yang mengekor dan belum lagi boleh berlari. Perjuangan Melayu adalah untuk Melayu, tidak perlu digeruni dan di perlu dikhuatiri. Perjuangan Melayu adalah untuk meningkatkan Melayu agar serasi bila bercerita mengenai kemodenan dan pembangunan agar kemajuan itu tidak timbul hanya di kelit mata kemudian di landa kepayahan hidup dan keciciran bangsa.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Monday, 09 June 2008 |
|
Sebenarnya istilah ‘ketuanan’ Melayu atau kembarnya ‘pertuanan’ Melayu yang mulai diguna selepas Merdeka tidak pernah membawa apa-apa implikasi buruk dan tidak juga pernah menimbul reaksi yang keras semata-mata kerana istilah itu tidak bertujuan bermusuhan. Dalam zaman sebelum Merdeka ketuanan Melayu tidak ada erti. Dan selama ini pun ia tidak membawa erti dominance atau supremacy seperti yang diberi oleh mereka yang mahu kusutkan hubungan kaum. Sebagai istilah yang mula dipakai selepas Merdeka ia diguna untuk menyatakan bahawa sifat dan budaya Tanah Melayu yang Merdeka perlu kepada ciri keMelayuan. Kata-kata seperti kebudayaan Negara berteraskan kepada budaya Melayu dan pelantikan tokoh-tokoh budaya dan pegawai-pegawai Melayu untuk memimpin badan-badan bercorak budaya seperti pelajaran, bahasa, muzium, dan lain-lain institusi bagi mengekalkan ciri keMelayuan adalah kegiatan bagi tujuan melahirkan ketuanan Melayu. Walaupun dalam perkara itu kaum bukan-Melayu tidak dilibatkan mereka tidak memberi masalah kecuali sekali sekala yang datang dari persatuan-persatuan tertentu yang mahu supaya bahasa dan budaya Cina tidak dihakis. Yang anehnya budaya Melayu dengan ciri-ciri pentingnya bukan saja terhakis tetapi lenyap. Istilah Ketuanan yang kegunaannya pada masa dulu tidak menjadi masalah sekarang menjadi masalah kerana hubungan kaum tidak diurus dengan baik. Benteng toleransi telah dirobohkan oleh orang-orang bukan-Melayu yang in a hurry. Mereka memeranjatkan kaum Melayu.
|
|
Read more...
|
|
|
Orang Melayu hari ini dan hari muka |
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 08 June 2008 |
|
Rahim Zain Mungkin orang UMNO tidak merasainya dan mungkin pemimpin-pemimpin UMNO juga tidak merasainya; tetapi rakyat Melayu termasuk yang selesa dengan PAS dan PKR yang sentiasa mengharap kepada UMNO untuk membawa orang Melayu ke pantai idaman sekarang merasai kepahitan politik. Kebelakangan ini semenjak pengunduran Tun Dr Mahathir dari kepimpinan UMNO orang Melayu sangat merasai bahawa rakyat bukan-Melayu sudah tidak lagi menghormati Bangsa Melayu; apa lagi setelah PRU 12. Orang Melayu yang selama ini cinta damai dan telah memberi laluan kepada perubahan-perubahan yang dibuat di atas prinsip membina negara walaupun menjejas idaman mereka tiba-tiba berdepan dengan kesedaran bahawa mereka tidak boleh lagi mengharap kepada kebijaksanaan pemimpin UMNO untuk mengisi janji kemerdekaan kepada orang Melayu. UMNO mahu orang Melayu menerima bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO; dan ramai orang Melayu walaupun tidak menjadi ahli berpegang kepada harapan dari kepimpinan UMNO kerana UMNO menjadi tulang belakang pentadbiran Negara, dan semenjak dulu UMNO berjanji kepada orang Melayu untuk mengisi atau memberi erti kepada kemerdekaan; apalagi dalam menghidupkan hak-hak istimewa orang Melayu sebagai tenaga bagi menolong orang Melayu maju. Bahkan orang Melayu yang tidak menyokong UMNO pun mengharap kepada UMNO menjaga kepentingan Melayu kerana UMNO menerajui pemerintahan negara.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 08 June 2008 |
|
 Spekulasi Ezam menyeberang masuk ke UMNO kini sudah terjawab. Laman www.arahkita.blogspot dalam isu tahun 2006 lagi sudah membuat antisipasi bahawa Ezam Mohd Nor akan menyeberang masuk ke UMNO. Hari ini setelah 2 tahun maka telah menjadi satu hakikat Ezam Mohd Nor kembali ke UMNO. Sebelum ini dalam memberi sedikit komen mengenai spekulasi Ezam Mohd Nor menyertai UMNO, www.umno-reform.com mengatakan bahawa kemasukan Ezam adalah sebagai senjata untuk menentang kebangkitan Anwar Ibrahim. Inilah tujuan Ezam dibawa masuk oleh Pak Lah. Ezam Mohd Nor yang terkenal menentang Dr Mahathir kini mempunyai misi yang agak besar – menjadi senjata untuk menghalang Anwar Ibrahim dari terus meniti takhta populariti dan di samping menjadi suara tegas untuk membelasah Dr Mahathir. Ini mungkin misi Ezam Mohd Nor. · Badrul Hisham Shaharin tidak menyertai Ezam Mohd Nor untuk memasuki UMNO Blog Badrul Hisham Shahrin Namun dalam menyerahkan dokumen kemasukan semula ke UMNO – Badrul Hisham Shaharin yang dikatakan musuh ketat Khairy Jamaluddin tidak kelihatan menyertai rombongan Ezam Mohd Nor bertemu Pak Lah. Badrul Hisham, Ahli Kepimpinan Tertinggi Keadilan tetap menyatakan sokongan beliau kepada Parti Keadilan rakyat dan telah membuat kenyataan terbuka beliau menjawab desas-desus bahawa beliau akan bersama-sama Ezam Mohd Nor menyertai UMNO. Ini mungkin menjadi kelegaan Parti Keadilan Rakyat kerana Badrul dilihat sebagai kepimpinan akar umbi dan antara penggerak reformasi. · Nora antara reformis yang telah ditangkap sebanyak 11 kali masih belum memberi kenyataan mengenai spekulasi akan menyertai Ezam Mohd Nor Blog Norazimah Mohd Nor
|
|
|
Isyarat kuat UMNO bergolak |
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 08 June 2008 |
|
Adakah ini tanda-tanda besar kiamat buat UMNO? Adakah UMNO sudah sampai pada waktunya lantas akan turun dari takhta politik tanah air? Dr Mahathir pengasas UMNO Baru sudah melepaskan keahliannya dan akan hanya kembali pada UMNO setelah Pak Lah meletakkan jawatannya. Kenapa dan apakah sebab langkah itu di buat oleh Dr Mahathir? Persoalan ini akan menimbulkan seribu satu persoalan lain tanpa ada satu jawapan yang konklusif. Apa yang boleh diulas mengenai perlepasan keahlian itu adalah tindakan drastik Dr Mahathir untuk Pak Lah melepaskan jawatan. Spekulasi akan timbul dan mungkin inilah yang Dr Mahathir mahukan. Spekulasi mengenai kestabilan UMNO kala ini. Kalau dengan melepaskan keahlian maka Dr Mahathir berharap kedudukan Pak Lah akan tergugat sehingga dia mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri maka umno-reform.com percaya Mahathir lebih mengetahui. Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya sekarang dan tidak akan tunduk pada desakan biar UMNO diletakan dalam amaran Tsunami peringkat tertinggi. Namun sekiranya berduyun ahli UMNO bertindak untuk melepaskan keahlian dan jawatan maka keadaan itu membungakan kedudukan kritikal buat UMNO. UMNO akan bergolak. Itu adalah impak perlepasan keahlian oleh Dr Mahathir. Keadaan itu akan meletakkan UMNO dalam keadaan yang terdesak dan ini akan memberi peluang untuk barisan pembangkang muncul untuk menjadi alternatif kepada UMNO dan Barisan Nasional yang semakin lemah. Adakah ini impak yang dimahukan?
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 08 June 2008 |
|
Dalam kehangatan pemilihan UMNO yang akan datang maka ramai kepimpinan UMNO akan mencadangkan supaya pertandingan diminimumkan agar pergeseran tidak timbul antara mereka yang bertanding. Bagi kepimpinan ini pertandingan melukakan UMNO dalam keadaan UMNO yang agak kritikal. Namun sebenarnya - ini hanyalah untuk menyelamatkan kedudukan kepimpinan yang sedang memegang jawatan. Jawatan Ketua Pemuda UMNO adalah antara jawatan yang penting dan ini terbuka setelah Ketua Pemuda Dato Hishammuddin memaklumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya. Ini membuka ruangan untuk mencari pengganti Ketua Pemuda yang dapat bertindak cergas dalam menyelamatkan UMNO dari terus dilupakan pada PRU 13 akan datang. Dalam membicarakan mengenai pertandingan Ketua Pemuda UMNO maka beberapa nama menyerlah untuk menjawat jawatan itu dan antara yang menawarkan diri adalah Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor yang gagal mengemudikan kemenangan UMNO di Selangor. Adakah kegagalan Khir Toyo di Selangor tidak menimbulkan persoalannya mengenai kredibiliti dirinya. Adakah ini orang yang mahu dipertanggungjawabkan untuk mengemudi Ketua Pemuda UMNO bagi menjana kemenangan dan memulihkan Pemuda UMNO. 
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 08 June 2008 |
13 Mei 1969 – bukan soal tidak mahu mengingatinya tetapi persoalan adalah untuk mengambil iktibar dari nya. Persengketaan antara kaum hasil dan terbit dari percanggahan idealisme politik yang menjadi sumbu utama kepanasan dan ketegangan yang ada pada waktu itu. Kedudukan sosiopolitik negara yang tidak stabil, jarak kedudukan ekonomi antara kaum dan persengketaan politik menjadi kerancakan yang mungkin menjahanamkan negara. 13 Mei 1969 hari ini telah diterjemahkan dengan pelbagai kontroversi. “Terjemahan berniat” ini juga merupakan kekuatan Pakatan Palsu Rakyat dalam membicarakan kononnya UMNO adalah bapak segala istilah perkauman. Barisan Nasional adalah parti rasis dan mengutamakan perkauman. Hari ini kepimpinan Pakatan Rakyat memainkan isu kesamarataan dan keperluan kesamarataan sebagai asas keadilan tanpa merujuk keadaan kedudukan baik ekonomi, sosial dan politik antara kaum. Bagi Pakatan Rakyat kesamarataan itu adalah keadilan yang di tuntut oleh demokrasi. Ini mengghairahkan kaum-kaum lain di Malaysia dan ini adalah punca sokongan. Pakatan Rakyat dalam memperjudikan isu-isu sensasi ini untuk mendapat undi dari kaum lain di Malaysia tanpa menghiraukan apa akan berlaku di masa hadapan bila kemakmuran antara kaum berbeza, bila kedudukan ekonomi antara kaum meluas perbezaannya dan keadaan kekusutan sosial turut meliputi sesuatu kaum khususnya Melayu. Impak memperjudikan hak pegagan yang ada pada Melayu khususnya politik akan memberi kesan yang amat buruk kepada negara kita ini.
|
|
Read more...
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 08 June 2008 |
|
Hari ini terma baru lahir – Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Rakyat ini tidak sepatutnya dan tidak boleh menggantikan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu perlu dipertahankan. Salahudin Ayub dari Dewan Pemuda PAS dan Azmin Ali bersetuju secara dasar untuk berbincang mengenai isu mempertahankan hak orang Melayu dengan UMNO.
Justeru itu apakah sebenarnya agenda permuafakatan tersebut? Adakah ini tidak akan menimbulkan kemarahan dari kaum-kaum lain? Kenapa kita tidak boleh bercerita mengenai mempertahankan hak Melayu yang semakin masa semakin terkikis. Adakah tidak benar Melayu dalam Bahaya?
|
|
Read more...
|
|
|
<< Start < Prev 81 82 83 84 Next > End >>
|