Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Monday
Sep 06th
Utama arrow Berita arrow FACE BOOK - MELAYU
FACE BOOK - MELAYU PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Saturday, 24 July 2010

Image 

Anuar Mohd Nor

Baca komen dalam FACE BOOK saya - ini antara jawapan saya untuk isu diatas.

 

Salam,
Seperti biasa banyak komen yang telah di terima, ada yang dapat membaca apa yang tersirat dalam kenyataan di atas, ada pula yang melihat sebagai satu provokasi dalam isu perkauman dan ada seperti biasa yang membaca ia sebagai satu usaha politik untuk wadah politik tertentu. Soalnya sekarang - perjuangan Melayu itu sentiasa di batasi dengan...garisan pemisah politik. Akhirnya seakan ada satu persepsi yang menunjukkan Melayu itu politik dan politik itu Melayu.
Kita perlu lihat kenyataan diatas adalah sebagai usaha mencari titik persamaan antara kaum. Kalau Melayu di ungkit dengan DEB dikatakan tidak patut ada hak keistimewaan krn itu diskriminasi, kontrak sosial adalah kontrak lama yang dibuat oleh orang dulu2 yang tidak sepatutnya dibebani oleh generasi kaum lain hari ini maka kita mahu semua melihat - apa yang telah ada dan apa yang telah diberikan dan adalah usaha hak keistimewaan itu sebenarnya satu bentuk bargaining yang adil dan saksama.

Kita perlu menyedarkan bahawa usaha memartabatkan bangsa BUKAN usaha mendiskriminasikan bangsa lain dan keperluan bangsa asing turut menjayakan agenda ini adalah demi imbangan sosioekonomi - politik negara agar keharmonian dapat terjamin. Ketidakseimbangan sosioekonomi akan memberi kesan yang lebih buruk dalam hubungan kaum.

Kenyataan di atas juga menuntut kefahaman bahawa kaum lain yang maju dan hari ini memegang kekuatan ekonomi ini adalah hasil pecah perintah dalam kancah ekonomi oleh penjajah dulu. Satu bentuk keistimewaan di beri kepada mereka yang berhijrah ke negara ini atau sebelum ini disebut pendatang. Semua ada diberi peluang dan ruangan dan hari ini ruangan dan peluang patut di beri pada Melayu dan hak keistimewaan harus dikekalkan menuruti apa yang telah diikat dan di janji.

Malang, peluang dan ruangan dasar2 yang menuruti landasan hak keistimewaan ini di rampas oleh elitis tertentu. Pembolotan itu yang menjadikan dasar itu masam dan tidak dihargai hari ini. Bukan semua dasar itu tidak baik. Ada yang telah memberi banyak kejayaan namun sehingga hari ini kejayaan yang ada nampak superfisial kerana core ecomomics masih dipegang bukan oleh kaum kita. Banyak kegagalan yang perlu kita tebus, mempersoalkan agensi2 kerajaan dan badan -badan yang sepertinya kenapa gagal dalam memastikan pengiat ekonomi berkembang dan bukan kaku sepatutnya dilakukan. Sebagai contoh - nelayan akan jadi nelayan - anak nelayan menjadi nelayan dan putaran itu berterusan. Pembangunannya tidak ada. Pengiraan pemasaran - membuat upgrading kepada produk yang ada masih lagi terbantut, perubahan cara dan teknik tangkapan - dari sampan ke bot besar dan sebagainya perlu dibuat dan akhirnya menjadikan mereka lebih kuat dan memegang peratus kontribusi dalam pegangan ekonomi negara ini.

Kerana itulah kita harus membebaskan diri dari hanya terikat pada sempadan parti. Kerana itu bila ada yang berjuang untuk Melayu - hanya atas landasan politik seperti PERKASA - arahnya diragui. Kita perlu kukuhkan Melayu untuk bangun menentukan masa depan. Mendesak perubahan dalam persatuan dan pertubuhan nelayan - petani - penguasa ladang dan buah2an - mendesak kerajaan memulangkan apa yang patut di pulangkan kepada peneroka FELDA dan memberi cut of the pie - kita kena bagi mereka ruangan - kita perlu lihat dari sneario yang berbeza dan bukan terikat pada style yang sama. Contoh - anak peneroka - memang ada yang jadi jurutera, jadi peguam bekerja dengan kerajaan jadi pegawai. Alhamdulillah tapi kenapa anak peneroka menjadi peneroka berjaya - memiliki ladang kelapa sawit yang besar-mengusahakan industri pembuatan hasil dari kelapa sawit dan menjadi mereka yang dominan dalam sektor perniagaan berasaskan sawit sendiri. Kita pulangkan kepada mereka - kita hanya pemegang amanah.

Kita perlu lihat dari perspektif yang luas. Kita harus bergerak biar ideologi berlainan tetapi cita2 perjuangan harus sama dan tepat.

Ini yang cuba saya usahakan dalam FB dan selama 10 saya berada dalam media maya ini. Kita mahu diskusi -demi diskusi - berubah menjadi forum-forum dan terikat pada satu cita-cita dan akhirnya membentuk kumpulan yang lebih dominan - mengkritik dan menyokong kerajaan, mengkritik dan menyokong pembangkang - atas usaha terhadap PERJUANGAN MELAYU... salam

 
Comments
Add New Search RSS
TRERA   |2010-07-25 18:59:27
Apa hal ni. Iklan jual kasut pum masuk UMNO Reform???

Syarikat Fung Keong tak nak masuk ke ??
Anonymous   |2010-07-26 02:09:44
pusat jualan setempat kod atau mungkin umno x lama g nak kena jual
merahsilu99@gmail.com  - Kepimpinan Melayu Lemah - dulu, kini & selamanya   |2010-07-26 11:36:35

Salam Melayu, Tuan Anuar;

Berbicara tentang perpaduan Melayu (Islam..???) memang membosankan. Sudah berkali-kali umno merindui pas untuk bersatu, tapi pas degil dengan Islam, umno dah jadi lelucon - muka tak malu, hayat politik yang nazak, hidung tak mancung tapi pipi yang menggelembung.ditolak masih tidak mengert, macam orang gila talak. Burung kakak tua sekalipun mungkin sudah boleh menghafali apa yang diajar tuannya. Tapi adat bercakap dengan pemimpin Orang Kuat Umno (OKU), IQnya barang kali bawah 80. Jika di US, dengan tahap pemikiran begini nak masuk sekolah rendah pun tak layak. Kena masuk sekolah khas.

Tidak ada apa-apa istimewanya dengan Melayu. Yang memperkuatkannya hanyalah Islam. Kerajaan Melayu Melaka pun kuat bukan kerana bangsanya. Letakkan Islam atas segalanya, melayu akan hebat.Setelah bergaul dengan pedagang2 Muslim dari Arab dan India, dan selepas rajanya memeluk Islam, barulah tersirna kehebatan kuasa Melayu sebagai sebuah Empayar.

Apalah sangat jika kita meniru apa yang telah diucapkan oleh Amir Faisal seperti di atas. Atas nama nasionalisme Arab, bapanya, Sharif Hussein , telah membayar harga yang cukup tinggi untuk dibayar oleh umat Islam seluruh dunia hingga kini -kejatuhan Empayar Islam Turki. Itu pun bukan kerana kebijaksanaannya mempelopori idea baru.
Sebenarnya, kata-kata ini pernah diulang hampir 80 tahun sebelumnya di Eropah menjelang Revolusi 1948. Lajos Kossuth misalnya, ahli politik juga seorang peguam mengutarakan kesatuan bangsa Magyar untuk membebaskan Hungary dari Austria. Dalam masa yang hampir sama, apabila Frantisek Palacky, nasionalis Chezc yang berjuang untuk kebangsaan Slav di Bohemia dan Moravia gagal mencapai cita-citanya, tiba-tiba nadanya bertukar menjadi pemuja yang lebih Austrian dari Austria. Begitu mudahnya seorang pejuang bangsa bertukar watak.
Kini nada perpaduan Melayu dipalu sekali lagi selepas PRU-12.Hidup umno, hidup melayu - nazak umno, nazak melayu.
Apa salahnya, Islam juga yang untung, kata mereka. Buat sebahagian generasi muda yang mungkin tidak mengingati, mari kita ikuti sejarah pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu. Khusyuk/insaflah warga melayu tanpa kira faham politik & jadikan senarai pendek ini sebagai satu diagnosis betapa pemimpin gerombolan melayu sendiri yang telah menazkkan nasib bangsa melayu di Malaya ini:
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS (ahlinya 99.9999% Melayu Islam) berjaya merampas negeri dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu tulen menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatansemenjak merdeka hingga 2008?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, DPN dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' (binatang) bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" "united m****** national organization" dan lain2?

19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka (cadangan)milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED M****** NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?

Senarai pengkhianatan Umno terhadap orang2 Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Khalayak yang memalu gendang perkauman ini patut malu pada diri sendiri, pada saat mereka di puncak kuasa tidak pernah pula terdengar retorik Islam dan Melayunya. Kini menyedari kuasa semakin jauh dari genggaman, tidak perlu lah lagi umat Melayu yang selama ini diperbodoh dan diperkuda semahunya, memberi bantuan talian hayat dan oksigen.

Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila.

Alahai, kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan Umno terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi GILA SASAU!!!

Sorong batang tarik batang
Wang penuh dalam saku
Hidup melayu beri alasan
Belajar kitab pun melayu tak mahu

Pandu laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju
Cek towke cina

Betapa kayanya kita dengan analisis, hypothesis dari gebang kedai kopi, seminar, simposium, blog, face book, tukang telek dari menara gading, politikus rasis mabuk kuasa, agamawan, nasionalis totok, dengan segala pakar yang serba super dalam era 52 tahun merdeka tapi apa yang terpamer kini adalah - Melayu lah menjahanamkan melayu dan Melayu kah yang telah meletakkan Islam untuk menyatukan melayu dan kaum2 lain di Malaya ini? Kalau kaum melayu sudah kehilangan 'aura'nya pada waktu mendatang, sosok manusia yang boleh dipersalahkan adalah seperti berikut;
i. penulis komen ini - merahsilu99@gmail.com
ii. Tuan Anuar Mohd Nor, Webmaster UmnoReform
iii. Segala pertubuhan/NGO melayu
iv. United M**** National Organization
v. Segala pemimpin tertinggi negara sejak merdeka
iv. Parti Islam Se Malaya
v. PKR

Noktah.
Anonymous  - Semua nya salah ..siapa yang betul   |2010-07-26 18:04:15
Kalau semua salah siapa yang betul. Tak kan yang betul tak de...ini berlaku kerana semua cari kesalahan dan tidak mencari yg betul baik dan sama. Jgn korupkan fikiran dengan semua kesalahan aje. Bagi saya salahnya adalah UMNO
Pejuang Alif Ba Ta  - 1 Malaysia     |2010-07-28 10:35:09
Assalamualaikum,

Sebagai pejuang Alif Ba Ta, teman tak nak menuduh semua salah UMNO. Teman mengandaikan "UMNO" adalah parti yang bersih dan suci perjuangannya tetapi "Puppet Master" yang melaksanakan UMNO itu sendiri kadang-kadang mudah lupa. Sesuai dengan ungkapan Che Det yang lalu "Melayu Mudah Lupa".

Alaf ini, PM kita telah mengesyorkan 1 Malaysia yang dikhianati oleh Parti Pembangkang @ Penyamun Tarbus sebagai 1 Israel. Teman mula-mula setuju dengan 1 Malaysia nih, sampaikan masa Perhimpunan Pemuda UMNO Bahagian Tambun tahun 200*, teman punya la Berdentum-Berdentam " punya huraikan maksud 1 Malaysia dkt perwakilan yang masing-masing mengantuk...sebab mesyuarat perwakilan di buat waktu malam.

Teman balik rumah, fikir baru teman rasa.1 Malaysia mungkin akan menyebabkan orang melayu makin jauh dari segi pencapaian ekonomi dan pendidikan.

Cuba lihat salah satu statement yang termeterai di dalam Booklet " 1 Malaysia yang disediakan oleh Disediakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara dan diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Penerangan
B.K005 (B.M) OGOS 2009 (050) , Statement (Penerimaan ) 9.4." m/s 24:

- Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

- Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa,
subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu
adil mencerminkan keperluan 1Malaysia"

Bukankah statement ini bakal menyekat hak-hak istimewa orang Melayu? Mengapakah statement ini perlu dikeluarkan sedangkan dalam intro..ada menyatakan hak-hak melayu tidak boleh dipertikaikan..."

Teman lihat orang melayu yang beria-beria nak bagi hak-hak istimewa yang sedia ada kepada bangsa lain. Apa lagi yang kita nak bagi? Apa lagi yang tinggal dekat Kita? Segala maruah, harta-benda, ekonomi, politik, pendidikan orang melayu semua dah bagi dekat bangsa lain. Sampai UITM dan MRSM pun ada cadangan nak bagi kuota pada bukan Melayu. Bangsa lain dah kaya-raya dekat MALAYSIA, orang melayu jugak ramai yang susah dan papa kedana. Bangsa lain...dah kaya migrate ke negara asal atau ke negara lain. Tapi orang melayu, kita nak pergi Mana? Indonesia..Mungkin tidak..

Oleh itu, teman harapkan pemimpin2 kita pentingkan keperluan bangsa melayu dahulu.
Islam bentengku  - Marilah bersatu   |2010-08-13 16:08:36
Aku dah nampak Melayu tidak akan kemana-mana, sedarlah wahai pemimpin Melayu, hanya Islam sahaja sebagai benteng Melayu, nak harpkan bangsa sudah tidak boleh lagi, berfikirlah renung-renungkanlah, Melayu semakin tercicir, Dengan Islam sahaja yang dapt menyatukan semua bangsa tidak kira Melayu Cina dan India. Bersatulah kita didalam linkungan Islam.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Saturday, 24 July 2010 )
 
< Prev   Next >

Syndicate