Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Monday
Sep 06th
Utama arrow Berita arrow Kebangsaan?
Kebangsaan? PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Friday, 23 July 2010

Image CATATAN ANUAR MOHD NOR – minggu ini saya menulis mengenai isu yang saya pamerkan dalam FACE BOOK. Percubaan untuk meletakkan isu-isu dengan kenyataan – kenyataan kepimpinan lama mengenai Melayu memberi respons yang amat menggalakkan dalam FACE BOOK saya. Komen – komen di terima tapi rata-rata terbahagi kepada mereka yang menyokong BN, mereka yang menyokong Pakatan Rakyat dan sedikit dari mereka yang berdiri di atas pagar.

Laman sosial saya itu memperlihatkan sikap – ekstremis dari sudut mempertahankan parti – sehingga perpaduan Melayu yang di terima oleh semua mereka yang memberi komen - terbahagi dengan pemecahan dari sudut perjuangan Islamik dan tidak Islamik antara parti. Ada antara mereka jelas menolak isu kebangsaan dan memberi fokus kepada bangsa Malaysia sebagai perpaduan antara kaum.

Rata-rata idealisme mereka yang menyokong pembangkang menyebut – bahawa perjuangan kebangsaan yang terus dipertahankan oleh UMNO adalah satu senjata untuk mengugut Melayu supaya memilih UMNO dan sekiranya tidak maka ia akan menjadi satu kerugian buat Melayu dan tidak mustahil Melayu akan dihimpit kemelesetan dan ketinggalan. Dari satu sudut lain pula UMNO yang mempertahankan perjuangan kebangsaan percaya PR atau Pakatan Rakyat di dominasi oleh DAP – sebuah parti cauvinis Cina dan PKR serta PAS tertakluk kepada dominasi ini.

Tidak bercelaru pecahan pendapat mereka. Jelas pendapat mereka mengikuti landasan kepartian dan ini memberi  gambaran perpecahan kepartian yang tidak melengkapkan perjuangan Melayu itu sendiri. Implikasi dari ini adalah, majoriti mampu menjadi minoriti dalam pengiraan demokrasi kerana perpaduan yang semakin meleset di kalangan orang-orang Melayu.

Rentetan majoriti jadi minoriti, implikasi dari perpecahan di kalangan Melayu mampu menyebabkan kuasa politik Melayu semakin terhakis. Pembangkang dalam FACE BOOK menolak perkara ini dengan mengatakan hak orang Melayu dapat di pertahankan dengan adanya Institusi Raja-Raja Melayu dan fungsi kerajaan adalah untuk tidak melihat rakyat dari sudut kaum dan bangsa. Mereka menolak terus kebangsaan dan mereka menolak DAP sebagai parti cauvinis Cina dan mengatakan bahawa DAP lebih telus dalam perjuangan rakyat yang melibatkan keadilan Melayu.

Ini semua memberi petunjuk kemenangan kaum cauvinis lain dengan menipiskan ketebalan semangat kebangsaan dalam negara ini. Cabaran untuk tidak ada lagi dasar kerajaan yang mengambil kira berbezaan kaum menjadikan kerajaan tersepit antara terus memperjuangkan ruangan keistimewaan untuk Melayu atau menyebarkan meritokrasi dalam semua aspek – sehinggakan perjuangan kesamarataan mendahului perjuangan keadilan dari aspek sosioekonomi rakyat negara ini.

Ini menyulitkan UMNO kerana tuntutan ini meletakkan UMNO dalam keadaan yang mengolek dan di golek akan tetap terluka. Apa jalan lagi yang harus diambil oleh UMNO  - adakah dengan menolak perjuangan kebangsaan dapat membantu Melayu yang berada dalam keadaan keliru lantas terbahagi dan mengecilkan pegagan  kuasa  itu sendiri?  Kita lihat perkembangan selanjutnya.          

Comments
Add New Search RSS
Anonymous  - Laman Jual Beli   |2010-07-23 09:26:40
Apa sudah jadi dgn laman web ini yg dikotori oleh iklan2 jual beli....ini mesti keje oang United Malay National Organisation..Anuar Mohd.Nor kena tapis haramjadah2 ni..
wakmeli   |2010-07-27 08:50:17
setiap hari pemimpin2 umno mrayu2 dan meminta2 perpaduan dengan pas. setiap hari dimedia elektronik dan juga media massa. nampak macam terdesak sgt untuk menyatupadukan melayu. kononya melayu berpecah kerana pas dan pkr. mungkin ada strategi tersembunyi umno yang menggunakan psikologi untuk menjerat parti pas yang semakin didekati oleh orang2 melayu islam dan bukan islam. ia dianggap sebagai parti yang dapat prtahankan islam dan melayu sebagai pengganti amno. ini kerana sblom ini pemikiran orang2 melayu dibentuk dan diprogramkan supaya menerima dan menganggap bahawa hanya parti amno shja yang dapat perjuangkan melayu walaupun hakikatnya banyak tanah2 orang melayu digadai dan dijual atas nama pembangunan....
Setiap hari pemimpin amno menyalak kpd rakyat bahawa kerjasama dan perpaduan dengan pas amat penting untuk bangsa melayu. seperti tidak faham dengan kehendak pemimpin pas yang ingin sama2 bersaing dengan amno untuk memartabatkan maruah islam dan bangsa melayu... bukan perpaduan. jika nak sangat perpaduan, sertai parti pas, bubarkan umno. kukuhkan jemaah. tarbiyahkan ahli. usrah dirancakkan. bukan fikir nak besarkan umah dan beli keta mewah..... pemimpin2 amno nak pertahankan bangsa melayu ke..... atau kepentingan peribadi mereka, harta2 mereka dan keburukan2 yang tersembunyi...? langkah pertama.. istiharkan harta...
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Friday, 23 July 2010 )
 
< Prev   Next >

Syndicate