| Zul Nordin - akui membohong untuk Anwar Ibrahim |
|
|
|
| Written by Webmaster | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wednesday, 07 July 2010 | ||||||||||||||||||||||||||||||||
![]() "Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya,” tambahnya. Zulkifli Nordin
MP Kulim –Bandar Baru mengakui bahawa beliau telah terbabit dalam banyak pembohongan untuk menjayakan agenda pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan. Kata beliau, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan ALLAH. Pengakuan beliau mengenai strategi membohongi rakyat oleh pembangkang tidak boleh diterima beliau hari ini. Pembangkang seperti kata Zul Nordin pernah menipu rakyat dalam isu arsenik dan beliau mengatakan bahawa beliau adalah orang yang paling ke hadapan dalam isu ini. Zul Nordin juga dijangka membuat pengakuan bagaimana beliau di arah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam isu Altantuya. Zul Nordin juga dikatakan oleh sumber-sumber tertentu kini mempunyai persepsi lain mengenai tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim. Mungkin Zul Nordin kini sudah mula percaya bahawa partisipasi beliau dalam kes liwat pertama Anwar Ibrahim juga merupakan satu kesilapan. Hari ini mungkin persepsi Zul Nordin mengenai teori konspirasi yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim mengenai isu liwat pertama dan kedua adalah berbeza. Mungkin Zul Nordin tidak lagi nampak ini sebagai satu konspirasi kerajaan? Zul Nordin harus bangkit menerangkan agar rakyat tidak tertipu sebagaimana yang didakwa oleh beliau.
Powered by !JoomlaComment 3.23
3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||||||||||||||||||||||||||
| < Prev | Next > |
|---|