|
Siapa pula taja kebebasan RPK |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Tuesday, 06 July 2010 |
Khairy Jamaluddin bertanya “ kenapa Polis gagal tangkap Raja Petra Kamaruddin”. Menurut MP Rembau itu lagi, RPK atau Raja Petra Kamaruddin bebas bergerak di Kota London . Menurut Khairy lagi, "Apakah mereka tidak sedar atau mereka memilih untuk tidak tahu pergerakan dan lokasi RPK?," tanya Khairy dalam sidang akhbar di lobi Parlimen. "Minggu lalu, dia memberi ucapan di majlis pelancaran Friends for Pakatan Rakyat (FoPR) di London. Siaran akhbar mengenai acara tersebut dikeluarkan dua hari sebelumnya, yang menyenaraikannya sebagai penceramah," katanya. Ini, tegasnya, diketahui umum dan oleh mereka yang melayari Internet dan bukannya maklumat rahsia dari Interpol yang sukar untuk memperolehnya. Apa sebenarnya berlaku? Persoalan Khairy ini perlu dijawab dalam keadaan kita sibuk mengadakan PRK menaja RPK. Kalau Raja Petra Kamaruddin di taja oleh PKR, kebebasan RPK pula di taja oleh siapa? Penerangan ini perlu untuk kita tahu apa sebenarnya sedang berlaku.
|