Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Friday
Sep 10th
Utama arrow Berita arrow DILEMA NERACA RETAK
DILEMA NERACA RETAK PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Friday, 02 July 2010
Image
Salah satu buku tulisan Ibrahim Ali sewaktu beliau di pecat dari UMNO
Dilema Neraca Retak adalah buku tulisan Ibrahim Ali. Antara kandungan dalam buku itu adalah bagaimana Datuk Ibrahim Ali mengkritik UMNO sebagai mengamalkan demokrasi tempang.   Buku beliau di petik “ Tindakan demi tindakan yang tidak relevan berhubung dengan pelaksanaan demokrasi diamalkan sehingga tidak keterlaluan dikatakan sistem demokrasi dalam UMNO sebenarnya sudah terhapus sama sekali

Dalam buku itu juga Datuk Ibrahim Ali memuji tindakan PAS – sebagai sebuah parti yang tidak berdendam dan beliau akan bersama parti yang tidak menyimpan hasrat dendam. Ibrahim Ali turut membicarakan mengenai penggunaan jabatan kerajaan untuk membunuh musuh politik individu yang mampu mencabar mereka yang sedang berkuasa. Adakah semua ini sekarang sudah berubah? Adakah bagi Ibrahim Ali – Nik Aziz dan PAS sudah mula memusuhi beliau. Semua ini sebenarnya tertulis dalam keadaan Datuk Ibrahim Ali yang pada ketika itu tertekan kerana di pecat dari UMNO. Usaha dibuat kembali untuk menjadi vokal dan mendapatkan tempat semua di persada politik tanah air. Ruangan dan peluang cuba dibuka semula – kalau tertutup dalam UMNO ia akan terbuka semula dalam ruangan pembangkang.  Dalam buku itu juga Ibrahim Ali itu juga – dipenuhi dengan kata-kata pujian untuk Anwar Ibrahim. Kita ungkap beberapa pujian untuk Anwar Ibrahim seperti tertulis dalam buku Datuk Ibrahim Ali:

 

  • Apa yang saya kagumkan mengenai Anwar ialah beliau seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayai betul dan tepat. Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prnsip yang dipegang.
  • Bekas Timbalan presiden UMNO ini mempunyai fikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya pidato yang dikagumi ramai termasuk masyarakat antarabangsa. Beliau seorang yang banyak mentelaah serta melahirkan idea-idea baru dalam kepimpinan serta melakukan reformasi dalam perjuangan.
  • Prinsip kami sama-sama dipraktikkan sehingga tindakan ini dilihat menentang kerajaan yang kami anggap tidak adil dan gagal dalam emmbantu orang Melayu. Tindakan membela diri dan enggan akur dengan tekanan dalam UMNO sehingga disingkir adalah kerana mempertahankan prinsip itu.

 

Datuk Ibrahim Ali dalam bukunya terus mengatakan bahawa mulanya beliau menyokong tindakan memecat Anwar tetapi akhirnya beliau merasakan bahawa Anwar Ibrahim telah dianiaya.

Ini sebenarnya ada dalam Ibrahim Ali. Kemungkinan Ibrahim Ali adalah antara mereka yang pasrah mengikut arus – mengikut arus demi politik dan ruangan yang boleh memberi tempat dan ruangan kepada beliau.

Hari ini kemungkinan Ibrahim Ali sudah berubah, mungkin sebelum ini masih buta untuk melihat keadaan yang sebenarnya. Tetapi mungkin esok Ibrahim Ali akan berubah lagi – bila sampai waktu pilihan raya nanti. Ibrahim Ali bijak meniti politik namun apa yang dipersoalkan adalah arah politik beliau – membetulkan apa yang tidak betul dalam kerajaan, mengkritik pembangkang demi rakyat atau demi kelangsungan hayat politik beliau.

Hari ini Ibrahim Ali mahu memahat nama sebagai pejuang Melayu. Mahu menjadi vokal terhadap perjuangan Melayu dan mahu kerajaan berubah senada dengan perjuangan Melayu. Namun arah mana yang mahu dibawa oleh Ibrahim Ali Melayu kita ini. Adakah progresif atau sekadar membentuk kembali ruangan untuk dirinya sendiri. Adakah Melayu hari ini terbela dan adakah Melayu hari ini mampu bergerak sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lain? Salah siapa semuanya ini. Apakah cara membetulkan perkara ini. Adakah dengan kita bertelagah sesama maka nasib Melayu akan terbela. Adakah kerana Anwar Ibrahim maka Melayu terpecah dan berbelah-belah? Adakah kerana pemerintahan UMNO yang meleset maka Melayu terpecah dan terbahagi? Ibrahim Ali mungkin ada semua jawapan. Namun mungkin persoalan yang mahu di kemukakan oleh beliau adalah – arah mana politik aku bila sampai PRU 13 nanti – adakah mampu dengan bertanding sebagai calon bebas?  

 

 

Comments
Add New Search RSS
CRBPJ  - Relevan ke pandangan aku ni???   |2010-07-05 05:11:37
Daripada pengamatan aku untuk menjadi politikawan perlu mempunyai prinsip dan berpegang teguh kepadanya. Ini kerana prinsip adalah satu bentuk dogma yang mencerminkan nilai diri, worldview seterusnya keperibadian politikawan itu sendiri.

Namun banyak contoh nyata yang ada di Malaysia kini memiliki politikawan yang tidak berpegang teguh kepada prinsipnya. Memang betul prinsip itu sesuatu yang dinamik namun jika prinsip itu hanya bersifat sementara dan ia ada unsur 'ada udang disebalik batu' aku rasa politikawan sebegini wajar untuk tidak dipercayai sepenuhnya dalam apa-apa juga situasi.

Walaubagaimanapun, disebabkan politik itu sendiri adalah 'persepsi', maka bagi politikawan sebegini mungkin mempunyai sentimen 'peduli apa aku dengan pandangan orang?'

Namun fenomenanya...orang tidak berprinsip beginilah yang selalu mendapat perhatian dan juga sokongan.

Jadi manusia yang dirujuk ini kalau diikutkan mempunyai 'kercerdikan yang lebih daripada kebijakkan'. Cerdik dan bijak adalah entiti yang berbeza dari sudut pengertiannya....cerdik ialah mengunakan akal untuk memanipulasi golongan sasaran dengan MUSLIHAT yang mengelirukan untuk mencapai survival hidupnya dengan mewarnai muslihatnya dengan sesuatu yang boleh membawa sokongan dan kepentingan kepada dirinya.

Kebijakkan pula satu usaha daya akal yang dinamik untuk mengurus dan melaksanakan sesuatu dengan lebih pragmatik. Selalunya orang yang bijak melaksanakan sesuatu bersandarkan kepada ketauhidannya terhadap Tuhan yang mana program daripada kebijakkannya itu menjurus kepada membawa masyarakat ke landasan yang betul dengan ada unsur mendidik. sambil meraih sokongan sambil itulah dia menyebarkan keilmuannya dalam merangka sesuatu perkara.

Jadi rasanya mereka yang dil uar sana yang mana celik tu bolehlah menilai sendiri politikawan yang ada dalam Malaysia ni...kalau boleh kita sendiri kaji juga trend politikawan luar negara untuk kita nilai sejauhmana dinamika politikawan kita dengan politikawan di luar sana....hindarilah diri daripada menjadi Katak di bawah tempurung...

Wallahualam...
matalembu shah alam  - Ibrahim Ali Pejuang Melayu   |2010-07-05 15:07:24


inilah susuk yang akan membusukkan umno. inilah strategi licik pas memberi kerusi pasir mas kepada ibrahim ali atas tiket bebas yang akan menerobos ke dalam umno & akan menghancurkan umno dari dalam. Ibrahim & Ezam, dua tokoh banyak menghentam PR. segalanya sandiwara /drama swasta.
Sikap berani nazri aziz & khairy jamaluddin amat tepat kerana menolak perkasa yang dipimpin oleh ibrahim ali. begitu juga ezam senator apakah idea bernas yang diberikan kepada parti untuk mengukuhkan umno.
Sehingga kini menurut cerita yang sahih - rumah ibrahim ali di taman melawati & di pasir mas masih dikunjungi oleh orang pas berbincang /bersembang atas dasar sahabat2. Begitu juga rumah ezam di seksyen 7 shah alam juga masih dikunjungi oleh orang2 pkr & pas atas dasar 'teman2' lama.

2 susuk manusia ini memang tidak menimbulkan kegusaran di kalangan orang2 PR. apabila umno mengiktiraf perkasa secara tak langsung & pimpinan umno amat mengalu2kan ezam ke dalam umno adalah kejayaan strategi pkr/PR.

hubaya-hubaya dengan 2 manusia ini. bila tiba waktu dua katak ini akan melompat masuk ke PR setelah agenda katak ini telah berjaya menghancurkan umno dari dalam. "Dilema Neraca Retak" sepatutnya dibaca oleh penyokong2 umno supaya amat berhati2 dengan 2 makhluk ini.

Ibrahim Ali kerana riya' & 'ujub dengan diri sendiri, tanpa sedikit pun rasa malu dengan segala syok sendirinya mewawarkan diri untuk bela melayu-umno bahawa dialah katak paling besar, paling kuat, paling hebat dan geru-geriknya boleh mennggegarkan negara.
Kerana syok sendiri dengan keistimewaan diri yang sebenarnya tidak ada apa-apa keistimewaan pun kecuali di kalangan 'kawan katak', dia sering tunjuk lagak, tunjuk besar, kuat dan hebat, malah paling kerap menukarkan warna baju menutup kerapu.Sebelumnya dia yang dah melompat dari tempat tumpangannya parti berjasa berwarna putih, kemudian parti berkeris, melompat ke dalam longgokan parti semangat 46 bilah keris, kemudian kembali kepada dacing.Kerana menyangkakan longgokan 46 bilah keris sudah tumpul gelebek dan hanya sekadar lut tikam tahi saja kembali kepada dacing sehingga sanggup mencium buntut pimpinan parti keris bersilang.
Apabila susuk ini terpinggir dari umno, jadi kera sumbang dari segala kera. masa itu dia membonglok, menyembah tok guru nik aziz - hingga katanya klau pas tak beri naik k e dalam rumah, duduk di tepi tangga pun tak mengapa.Masa tu ibrahim ali pakai baju hijau bukan setakat baju baju sahaja yang hijau, kopiah pun hijau. Orang pakai kopiah warna putih, dia pakai yang warna hijau. Mujur rambut pun tidak dicat hijau sama. Nampak sangat nak tunjuk dia lebih hijau dari spesis yang telah sedia hijau.ceramahnya lebih pas dari pas.
barangkali tok guru nik aziz sudah arif semiotik/rupa tabiat ibrahim ali ini, lalu diberi kerusi pasir mas. dan pemberian itu adalah strategis atas nama 'bebas' lalu katak ini melalak, meraung, melolong, memekik di parlimen kononnya mengehentam PR tapi sebenarnya memalukan umno-BN.
Kebetulannya pula mentor agungnya tun dr. mahathir yang pernah memfatwakan bahawa "umno busuk sampai ke usus".
Bertafakkurlah sejenak wahai pendokong2 umno. terkini susuk ini telah mengistiharkan perang dengan ketua pemuda umno - ini seolah2 satu 'maki tua' kepada umno & barisan nasional seluruhnya. seolah2nya Perkasa lah yang memperjuangkan melayu - bukan umno.
Simpatis kepada umno - dulu, kini dan selamanya, selalu tertipu dengan musuh di dalam seluar. 'Dilema Neraca Retak' - saya mohon cadangkan supaya ahli umno mentelaahnya & umno boleh jadikan buku ini sebagai satu 'affidavit' siapa sebenarnya Ibrahim @ stopa bin Ali budak gong lagi gedebe dari pasir pekan , kota bharu ,kelantan
Anonymous  - Umno terus busuk   |2010-07-06 00:53:39
Apa pun mrk kata pasal pembangkang, pasal PAS dan PKR hatta DAP sekali - kebusukan Umno melampaui segalanya. Umno tidak lagi menghiraukan kepimpinan mrk bersih atau tidak, tidak lagi menghiraukan kepimpinan mrk rasuah ke tidak, kepimpinan mrk jujur ke tidak. Mrk hanya fikir kepimpinan ini dpt tak tlg bagi kekayaan kepada mrk biarpun negara dan maruahnya sekali terjual. Inilah Umno, busuknya mengatasi segala kebusukan yang ada.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Prev   Next >

Syndicate