| UMNO lesu? |
|
|
|
| Written by Webmaster | ||||||||
| Tuesday, 29 June 2010 | ||||||||
|
Akar umbi Umno didakwa tak tahu strategi Abdul Rahim Sabri | Jun 27, 10 4:55pm Umno Kota Raja hari ini mengakui kepimpinan parti itu di peringkat akar umbi masih lesu dan gagal menggunakan peluang bagi menangani isu-isu yang timbul di Selangor, negeri pimpinan Pakatan Rakyat. "Akar umbi sekarang lesu, bosan dan hilang semangat. Tidak tahan dan tak mengetahui strategi Umno negeri untuk merampas Selangor. "Nak tunggu Pakatan bankrap, agak payahlah... Contohnya isu pasir, yang sepatutnya menjadi bom atom (kepada Pakatan) tetapi menjadi (umpama) kentut mak nyah," kata seorang perwakilan dalam mesyuarat Umno bahagian itu. Sewaktu membahaskan usul bagi memperkasakan Umno Selangor, Rahman Nordin menggesa kepimpinan negeri seperti setiausahanya Datuk Satim Diman dan Ketua Penerangan Abdul Syukur Idrus menyerang kembali Pakatan bagi merampas semula Selangor. "Kita akan terjah pemimpin malas, tidak menguntungkan untuk mempertahankan Islam dan Melayu yang cuba dihancurkan Pakatan Rakyat," kata Rahman. Rahman juga turut mengkritik Umno negeri yang "berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa" berhubung kerajaan Selangor yang didakwanya mahu menyumbang peruntukkan kepada sebuah yayasan. "Mana pemimpin kita, berpeluk tubuh dan membisu seribu bahasa.... Duit itu hak milik anak negeri Selangor," katanya. Sementara itu seorang perwakilan - yang hanya dikenali sebagai Ismail - pula berpandangan sebaliknya. "Sebaliknya pembangkang menggunakan pentas ceramah hampir setiap malam," kata Ismail. Adakah benar UMNO semakin lesu khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan? Adakah benar seperti apa yang dikatakan oleh perwakilan UMNO Kota Raja - UMNO tidak tahu strategi? Atau sebenarnya ahli UMNO masih lagi bercelaru dan keliru dan ada kalanya tidak dapat menjawab isu-isu semasa yang mungkin mereka sendiri tidak bersetuju dengan kerajaan. Dalam pada itu memang kita lihat UMNO masih lagi tercari-cari penyelesaian khususnya dalam menangani perkembangan politik hari ini. UMNO masih lagi teraba-raba – sudah tahu punca tetapi gagal mengambil tindakan wajar.
Powered by !JoomlaComment 3.23
3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved." |
||||||||
| < Prev | Next > |
|---|