|
Nazree, Gerak melangkah ke UMNO? |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 13 January 2010 |

Ura-ura mengatakan bahawa Pengerusi Gerak anak didik Ezam Mohd Nor , Nazree Yunus akan mula menyertai politik semakin hebat kedengaran. Nazree Yunus, Pengerusi Gerak yang telah membongkar rasuah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid dijangka akan menyertai UMNO tidak lama lagi. Ura-ura peletakan jawatan telah lama kami terima tetapi pengesahan peletakan jawatan Nazree sebagai pengerusi GERAK dapat di perjelaskan dengan panggilan mesyuarat tergempar GERAK yang juga mempunyai agenda pelantikan pemangku Pengerusi GERAK. Panggilan Mesyuarat itu bertarikh hari ini dan Mesyuarat tergempar adalah pada 15hb Januari 2010. Kami di fahamkan dari beberapa sumber bahawa Nazree Yunus yang pernah memegang peneraju Solidariti Mahasiswa akan menyertai UMNO dalam masa terdekat ini. Mungkin komen Nazree mengenai pendedahan ini dapat diperoleh. Apa pun ramai antara mereka yang mengenali Nazree Yunus telah meramalkan perkara ini sejak awal lagi. Kemasukan beliau dalam UMNO dijangka memulakan langkah anak muda ini dalam senario politik tanah air.
|