|
Ke mana akhirnya isu penggunaan nama ALLAH |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 13 January 2010 |
|
Ke mana akhirnya kontroversi isu penggunaan ALLAH oleh mereka yang bukan Islam? Apa kesudahannya? Adakah mereka yang bukan beragama Islam akhirnya akan menggunakan nama ALLAH sebagai panggilan tuhan mereka atau akhirnya mereka tetap dengan panggilan nama lain selain dari ALLAH sebagai merujuk kepada tuhan mereka? Persoalan adakah mereka akan menggunakan nama ALLAH adalah satu persoalan besar – namun keyakinan wujud mereka tidak akan menggunakan nama ALLAH dalam sebutan merujuk kepada tuhan mereka masing-masing. Habis apa sudahnya? Yang paling jelas isu ini akan berakhir dengan masing-masing mahu mencari sokongan – antara kita Melayu – antara yang membenarkan dan antara yang menolak. Kita juga jadi mangsa perpecahan – dengan kontroversi yang tercipta. Akhirnya masing-masing mahu menunjukkan mereka mendapat lebih sokongan dan pembahagian sokongan ini di ukur dalam konteks politik. Lantas – kita terus berpecah dan terus berbalah. Penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam menjemput kita khususnya Melayu Islam bertelagah – berbincang – berdiskusi – mengkritik – mengutuk sesama – membuka pekong yang ada dan menunjukkan antara kita sendiri sudah tidak ada aliran berbeza. Jelas dalam isu ini – apa yang nampak akhirnya adalah pengukuran sokongan – antara parti-parti beza biar apa pun hasrat sebenarnya. Pakatan Rakyat termasuk PAS yang dilihat sebagai dominan Islam dalam Pakatan Rakyat tersebut tidak mempercayai keikhlasan UMNO menjuarai isu menolak penggunaan nama ALLAH dan UMNO pula menolak tindakan PAS yang tidak jelas dalam menyatakan sokongan atau bantahan dalam hal ini. Mereka adanya nampak bersetuju dengan penolakan penggunaan nama ALLAH oleh yang bukan Islam tetapi menolak sebarang gabungan membantah kerana ia di juarai oleh UMNO. Akhirnya politik juga ukuran dan anjuran politik seperti ini akan turut merugikan kita Melayu dalam konteks agama Islam. Akhirnya – politik jadi ukuran dan yang rugi masih lagi kita Melayu dalam konteks Islam ini. Serius kita soalkan – dalam pertembungan antara kita – siapa yang akan memang dalam isu ini? Adakah tidak nampak jelas bahawa kita akan terus kalah – Melayu dalam konteks Islam itu sendiri akan nampak berpecah dan akhirnya menguntungkan orang lain. Namun adakah kita dengan itu harus membiarkan sahaja mereka yang bukan Islam menggunakan nama ALLAH atau perlu mengambil tindakan menghalangnya? Apa caranya - melalui landasan politik? Sudah tentu ianya meragukan. Akhirnya hasil dari perbalahan ini sudah ada yang mencadangkan dialog Interfaith. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khoo Tsu Koon dan di sokong oleh MCA kini mengatakan perlu ada dialog tertutup dalam isu ini. Namun tidakkah rasa lebih perlu kita menyelesaikan masalah antara kita dahulu – antara Melayu dalam konteks Islam atau Islam dalam konteks Melayu berbincang terlebih dahulu kerana antara kita jelas lebih besar konfliknya. Mungkin itu perlu diselesaikan dahulu – kita sama kita sebelum kita sesama kita sendiri bertelagah – akhirnya kemenangan berpihak pada yang lain.
|
|
Last Updated ( Wednesday, 13 January 2010 )
|