|
Gereja di Desa Melawati di bakar |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Friday, 08 January 2010 |
 Adakah ini berpunca dari isu sensitif penggunaan nama ALLAH oleh Kristian yang sedang hangat di bincangkan. Menurut www.themalaysianinsider.com serangan adalah pada Metro Tabernacle A/G, an Assemblies of God church in Jalan 4/4C Desa Melawati dan besar kemungkinan ini berpunca dari kemarahan keputusan mahkamah pada 31hb Disember lalu mengenai membenarkan penggunaan perkataan ALLAH di gunakan oleh Mingguan Katolik Herald. Dalam perkembangan lain, Kementerian Dalam Negeri serta Perdana Menteri Malaysia melaporkan bahawa mereka tidak dapat mengelak dari menahan tindakan mengadakan demonstrasi di beberapa kawasan sekitar ibu negara kerana membantah penggunaan ALLAH. KDN akan memantau perjalanan demo tersebut sungguh pun POLIS telah memberi amaran untuk tidak menyertai perhimpunan tersebut. Apa yang jelas ialah, penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian hari ini telah menyentuh sensitiviti agama di negara kita ini. UMNO yang dilihat menjuarai isu ini telah membantah penggunaan nama ALLAH ini dan bantahan ini telah mendapat sokongan yang besar dari beberapa NGO dan umat Islam di negara ini. Namun tindakan – sekiranya benar membakar gereja dilakukan atas sebab marah -penggunaan nama ALLAH - maka itu adalah satu tindakan ekstrem yang mampu memberi kesan negatif kepada kestabilan sosial dalam negara ini. Tindakan ini pasti akan memberi kesan besar – khususnya dalam perhubungan antara agama sungguhpun tindakan menggunakan nama ALLAH itu dilihat sebagai mencabar dan tidak sensitif terhadap orang Islam di Malaysia. Persoalan utama yang timbul hari ini adalah toleransi dan adakah terlampau lancang kalau dikatakan beban toleransi hanya di letakkan kepada kita Melayu dan Islam sedangkan yang lain tidak.
|
|
Last Updated ( Saturday, 09 January 2010 )
|