Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Monday
Sep 06th
Utama arrow Berita arrow Penggunaan Nama ALLAH
Penggunaan Nama ALLAH PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Friday, 01 January 2010


Saya pernah mendengar - aiya, itu tuan alah punya kelija, apa kita boleh bikin! Tuan alah – bermaksud ALLAH yang menjadi kesukaran untuk lidah Cina dan lain lain kaum sebut dengan betul.

Isu hari ini -

Rujuk  http://www.malaysianmirror.com/nationaldetail/6-national/24574 , Herald dibenarkan oleh mahkamah menggunakan perkataan ALLAH. Penggunaan nama ALLAH SWT dan isu konflik penggunaan nama itu boleh dibaca dalam blog Tun Faisal http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/bangkit-dan-tentang-keputusan-mahkamah.html . Paling unik adalah penggunaan ini di benarkan oleh mahkamah seolah-olah nama ALLAH dibicarakan dan ALLAH di heret ke kancah perbahasan di mahkamah.

Orang Islam Malaysia patut menolak Herald menggunakan perkataan ALLAH – jangan biarkan. Penolakan secara massa ini akan menggugat keharmonian – menggugat keamanan – melanggar sensitiviti Islam Malaysia  dan ini adalah apa yang dikatakan akan mampu dan menggugat keselamatan dan keharmonian dalam negara – itu mahkamah yang diadili oleh Hakim Lau Bee Lan tidak nampak atau perasan.

Ini mengganggu dan menggugat sensitiviti orang Islam Malaysia – dan ini sudah cukup untuk membangkit keadaan yang tidak stabil dalam perhubungan antara agama dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Kalau kita tolak penggunaan nama ALLAH oleh mereka atas dasar lain – ini mungkin dapat di tolak oleh mahkamah. Dalam hal agama – mungkin Institusi Raja-Raja sendiri boleh menentukan – menolak dan sesiapa yang ingkar sepatutnya diambil tindakan.

Namun, isu penggunaan nama ALLAH ini juga ada perbalahan di kalangan kita. Ada yang mengatakan mereka boleh guna – tidak salah kerana tidak ada dalam Al Quran yang melarang secara eksklusif penggunaan nama ALLAH oleh orang bukan Islam. Mereka boleh guna dan itu tidak bermakna kita akan terpengaruh dengan apa yang mahu mereka ajarkan. Islam kena kuat dalam teras jiwa kita. Bukan bermakna penggunaan nama ALLAH oleh Kristian akan menyebabkan kita masuk Kristian.

Namun kontroversi penggunaan nama ALLAH oleh Herald dan diluluskan oleh mahkamah hari ini bakal memuncak. Antara bacaan menarik adalah perbahasan yang wujud di

http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/03/isu-penggunaan-allah-oleh-bukan-islam.html

http://alexanderwathern.blogspot.com/2009/05/menjawab-dr-asri-isu-allah.html

dan himpunan ulasan dalam

http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/bangkit-dan-tentang-keputusan-mahkamah.html

hujah kita pula?

Comments
Add New Search RSS
Anonymous  - alahai UMNO   |2010-01-01 09:52:35
Peristiwa MEMALI - pembunuhan orang yang mengucap 2 kalimah syahadah, dibunuh oleh kerajaan yang di pimpin Umno, itu korang tak nak fikir dan demo. jgnlah guna isu herald ini nak selamatkan politik umno. Dah lewat
Anonymous   |2010-01-01 10:03:49
UMNO kan cukup jaga ISLAM...?

tuhan hanyalah satu...

masalahnya adakah manusia kenal tuhannya...? tanya sama perompak, penzina, penipu, penyangak, penagih dadah, peminum arak, perasuah...

p/s sambil takbir pun boleh dimandikan air gatal dan sebatan cota FRU...
fazli salleh   |2010-01-01 11:28:25
Ini bukan salah PAS, UMNO atau PKR kerana ianya diputuskan oleh mahkamah. Perkara ini adalah kerana kebodohan orang cerdik pandai di negara kita yang menggubal akan segala undang-undang tetapi lupa untuk menggubal undang-undang untuk meng"eksklusif"kan perkataan "Allah" hanya kepada orang Islam.

Sepatutnya kita mengambil iktibar dari Turki yang lebih kurang 90 tahun merdeka. Mereka meletakkan pada perlembagaan mereka yang turki adalah negara sekular selagi wujudnya Turki dan perlembagaan tersebut tidak boleh dipinda. Oleh itu, sesiapa memerintah pun tak akan timbul isu meng"Islam"kan Turki.

Inilah akibat pemimpin yang pandai cakap.

Mereka yang kafir mahu mengkristiankan umat Islam di negara ini dengan menggandakan bahan bacaan menggunakan perkataan Allah. Umat Islam akan terkeliru lalu terpesonglah akidah mereka. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah serta alim ulama seluruh Malaysia menggandakan usaha dakwah Islamiah.

Allahu Akbar, Allah itu tidak beranak dan tidak berbapa.
Anonymous   |2010-01-01 11:44:28
ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI... adakah kenyataan itu benar jika ISLAM boleh dikawal oleh perlembagaan atau undang2..?

bukankah sepatutnya ISLAM yang mengawal perlembagaan dan undang2...?

mengkristiankan umat islam...? kita boleh bersyahadah tapi adakah allah terima...?
wakmeli   |2010-01-01 13:59:25
negara kita ada undang2 syariah gak dan islam tu agama rasmi negara. ada raja dan agong lak tu. xcukup kuat lagi ke nak pertahankan maruah org islam di tanah melayu ni. blom lagi org bukan islam yg perintah, yg wat keputusan dimahkamah tu pun bukan org islam. kita kena tentang dengan berhemah. penggunaan nama Allah oleh herald tu atau sapa2 org bukan islam pun xsalah, cuma apa tujuannya dan adakah digunakan dgn betul.
Allah tu satu, wahid dan tiada sekutu baginya.
Ronggabiru  - Allah tidak boleh di bilang...   |2010-01-04 13:48:30
Allah bukan satu tetapi Allah itu ESA sifatNya. Esa bermakna meliputi sekelian alam.
wakmeli   |2010-01-01 14:00:05
Character problem. empty comment
wakmeli   |2010-01-01 14:04:19
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, katakan (wahai Muhammad) : 'Tuhanku ialah Allah yang Esa, Sesungguhnya Allah kekal, Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan, dan tiada sesuatu yangs serupa dengan Dia'.
So kalau org bukan islam dapat guna nama Allah dalam penerbitan dorang...kerajaan , umat islam dan NGO serta parti politik islam seharusnya memantau sejauh mana penggunaan nama suci Allah tu digunakan setelah mendapat kebenaran oleh pihak mahkamah yg diadili oleh org bukan islam atas nama hak kebebasan....
wakmeli   |2010-01-01 14:08:15
klau xdipantau, xmustahil gejala murtad akan berleluasa, sedangkan satu masa dulu isu murtad pernah disuarakan oleh mufti perak tetapi dibantah oleh puak2 sekular atas alasan tiada statistik. iman dan akidah yg longgar serta kejahilan org islam melayu khususnya akan menjerumuskan mereka dgn gejala murtad kerana menganggap smua agama adalah sama....
Anonymous   |2010-01-01 14:51:29
nampaknya yang bersungguh marahkan isu berkongsi nama ALLAH ni datang dari golongan yang selalu mendendangkan tuduhan liwat anwar ibrahim...

kenapa tidak diizinkan penggunaan nama allah kepada semua agama dengan syarat mengikut garis panduan islam... sebab islam agama rasmi...

allah itu satu, tidak menyerupai sesuatu, tidak beranak dan diperanakkan... jika tidak memenuhi garis panduan tersebut, hukuman mati mandatori kerana menghina tuhan.

tapi melanggar hukum2 islam pun adalah penghinaan kepada allah juga... eg. menfitnah, menzalimi makhluk, menghalang kebajikan dll...
RS   |2010-01-01 14:17:06
Dekat Medan Tuanku, Kuala Lumpur ada satu restoran ,
(Lotus Restoran) kepunyaan orang Hindu.Dipapan tanda kedai tersebut ada perkataan : Dengan nama Tuhan yanga amat pemurah dan menyangi " dalam tulisan Jawi
Satelah Mahkamah mengatakan semua orang bolih menggunakan perkataan ALLAH, Tuan punya kedai ini akan menukarkan signboard nya dengan menggantikan perkataan Tuhan dengan ALLAH.

Maka berduyun duyunlah orang Islam ternasuk kadi, lebai , imam masuk dan makan kedai ini kerana menganggap kedai ini kepunyaan orang Islam dan makanannya adalah HALAL.

Wallahualam
Anonymous   |2010-01-01 14:35:16
bodohnya orang islam....boleh tertipu hanya dengan satu sign board... kalau macam tu memang patut masuk neraka....

jangan pula gereja jalan gasing tukar signboard masjid jamek jalan gasing, umat islam pakat serbu hari jumaat...
Manmentol   |2010-01-03 20:05:09
Kemungkinan yang di nyatakan boleh berlaku dan ini akan menghuru harakan penganut Islam. Ini yang jelas berlaku di Indonesia.
Anonymous   |2010-01-04 16:58:17
Memang betul. Jika media massa tv dan surat khabar yang mencapai majoriti rakyat hanya menyairkan cerita sebelah pihak, perkara ini mungkin berlaku.
pemerintahan alaf baru  - Pemerintahan alaf baru   |2010-01-01 15:19:30
Pada PRU ke 13 dalam perkiraan, Malaysia akan diperintah oleh pakatan sebelah sana sebab UMNO masih langsung tidak mahu berubah, pada masa itu juga Masjid gereja dan kuil/tokong cina akan disatukan ,orang islam ka,kristian ka,hindu ka dan cina ka boleh bersembahyang ditempat yang sama syabas melayu........
drrita  - PAS pukimak   |2010-01-01 16:38:25
ini berpunca dai puak-puak PAS pukimak..

sanggup melacurkan agama mereka sendiri..
Anonymous   |2010-01-01 16:52:50
wah... bahasa ISLAM...
Manmentol   |2010-01-03 20:13:25
Rasa-rasanya orang berbahasa seperti ni apa rupa perangai ye????
HARAMKAN PAS   |2010-01-01 16:48:52
"""Peristiwa MEMALI - pembunuhan orang yang mengucap 2 kalimah syahadah, dibunuh oleh kerajaan yang di pimpin Umno, itu korang tak nak fikir dan demo. jgnlah guna isu herald ini nak selamatkan politik umno.""""

berlaku akibat penyokong PAS menjadi taksub...mereka semua laknattullah!!!!

HARAMKAN PAS...PARTI ANAK SETAN
PARTI AJARAN SESAT

PAS..mereka memang bangsat!!!
Anonymous   |2010-01-01 16:54:30
nanti... nanti... kita dangdut dulu... lepas dangdut kita cari kepala lembu ka kambing ka kita kencing....
Manmentol   |2010-01-03 20:08:02
Jangan-jangan kamu yang bangsat..
Anonymous  - Nak guna nama ALLAH biarkan...   |2010-01-01 23:59:08
Apa yang heboh2. Dia nak guna nama ALLAH biarkan aje. Dia akan rasa seksa sekiranya mrk main-main nama ALLAH. Tak guna kita bertekak, PAS salah UMNO salah dan sebagainya.
Hamba Allah  - Allah untuk semua   |2010-01-05 23:38:08
ALLAH Yang Esa, Allah Tuhan semester Alam. Jadi ambo rasa, semua bule guna nama Allah untuk memuji dan memuliakan tetapi tidak boleh gunakan utk kehinaan, mengutuk dan perkara2 yang tidak baik. Oleh itu penggunaan mesti berdasarkan untuk kebaikan. Perlu ada perbincangan antara ulama Islam dengan paderi kristian untuk menyelesaikan perkara ini. Tamat
radzhi   |2010-01-06 16:08:02
Nak guna nama Allah tu dah kenal kah ....
Allah tak kenal Muhammad tak jumpa ...
Nabi dia pun tak ikut...sebab nabi dia dah tak da...
APA KESSS.....
Nak masuk agama diapun tak pakai kalimah Allah.
Lainlah nak masuk agama Islam kena mengucap kalimah Allah dan Rasulnya.
APA KESSSSSS LAK NAK GUNA NAMA ALLAH??????
ana muslim  - wahai umat islam marilah kita bersatu!!!!   |2010-01-07 10:45:01
ISU PENGGUNAAN
Joe   |2010-01-07 12:12:19
Lepas ni boleh makan sembelihan ahli kitab..yahooo..
Ulama pas pulak ada yang keluar statement yg bercanggah kenyataan majlis Fatwa Kebangsaan-pening kepala aku..ulama vs ulama ? janji lepas ni ada perkattan subhanallah kat patung buncit pegang sabit..puas hati PAS..
ugg boots   |2010-07-19 11:27:07
Israel
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Saturday, 02 January 2010 )
 
< Prev   Next >

Syndicate