Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Saturday
Jul 31st
Utama arrow Berita arrow umno-2010
umno-2010 PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Tuesday, 29 December 2009
Dalam sedikit masa lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2010. Kita meninggalkan 2009 dengan satu pertanyaan – sejauh mana UMNO sudah berjaya memikat dan menambat hati rakyat khususnya Melayu sepanjang tahun 2009. Sejauh mana UMNO di terima semula setelah BN dan UMNO berdepan dengan tsunami politik pada PRU 12? Sudah selesaikan persoalan mengenai kenapa UMNO dan BN hampir tewas – hampir tersingkir. Adakah UMNO dan BN sudah mengetahui punca mereka hilang beberapa negeri dan hampir tersungkur dalam satu pilihan raya terburuk UMNO dan BN – PRU 12 atau UMNO dan BN masih tercari-cari sebab dan masih terburu-buru mahukan formula cepat – antidot cepat bagi menyelesaikan kemelesetan sokongan yang dialami.

Adakah UMNO sudah semakin pulih? Adakah UMNO masih lagi bergelut membebaskan diri dari kemelut politik mereka – khususnya berdepan dengan keadaan kemelesetan sokongan atau UMNO tidak hilang sokongan Melayu tetapi ketandusan sokongan kaum lain?  Bagaimana langkah UMNO sekarang ini. Adakah UMNO sedang meningkatkan prestasinya untuk kembali ke zaman kegemilangan mereka atau UMNO masih tersangkut – masih mencari-cari apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dibuat untuk mengembalikan sokongan dan penerimaan rakyat khususnya Melayu terhadap mereka. Di mana UMNO sekarang. Adakah UMNO mampu hadir pada PRU 13 dengan kekuatan baru atau sebaliknya. Apakah lagi yang mampu UMNO lakukan dalam merealisasikan perubahan agar UMNO dapat di terima sepenuhnya.

Andai kita tolak sentimen berparti – apa yang harus UMNO dan kerajaan BN lakukan hari ini untuk mengembalikan sokongan terhadap mereka. Apa langkah yang patut diambil dan apa yang perlu ahli UMNO lakukan demi kelangsungan hayat UMNO. Kita bincangkan agar mereka yang dalam UMNO sedar – keperluan perubahan dan apa bentuk perubahan yang sepatutnya di buat untuk menarik perhatian rakyat semula.
Comments
Add New Search RSS
Anonymous  - Umno payah nak di ubah   |2009-12-29 17:11:12
sdra anuar,

Memang dialu-alukan diskusi topik seperti ini. Malang Umno dalam keadaan yang amat kritikal dan hampir mustahil mahu diubah sekiranya ahli-ahli umno masih tidak sedar natijah perjuangan mereka.

Ahli Umno masih terikat kepada kepimpinan dan akan menyokong kerana sebab yang bukan sepatutnya disokong.Ahli Umno kena sedar bahawa Umno dalam keadaan yang amat kritikal, rasuah politik yang semakin besar dan agenda peribadi yang menjadi agenda utama. Umno semakin jarak dengan rakyat dan Umno sebagai kerajaan memerintah gagal menyelesaikan kes-kes besar dan semakin hari semakin terbongkar masalah dalam Umno dan kerajaan yang dipimpin.

Keadaan mendukacitakan rakyat terhadap Umno
dizzy  - UMNO-terus begini   |2009-12-29 17:47:41
UMNO kini disenangi oleh pemimpin yang ada pangkat di dlm parti.Ahli-ahli UMNO ttp mcm biasa.Adakalanya keluhan ahli-ahli peringkat bawah tidak sampai kepada pemimpin tertinggi UMNO.Kenyataan Tun Mahathir menyatakan UMNO busuk hingga ke usus.Bagaimana kenyataan Tun begini boleh kedengaran?Tidakkah pemimpin tertinggi UMNO boleh mempekakkan telinga dgn kenyataan Tun Mahathir?Ini persoalannya.Tahun 2010 mmg mencabar bagi BN/UMNO,segala persiapan PRU13 wajib diperkukuhkan.Seandainya mereka leka atau tidak peka,maka berakhirlah zaman pemerintahan BN/UMNO tidak lama lagi.Sekarang ini Pakatan Rakyat sedang berusaha keras utk menuju ke Putrajaya.Mereka bekerja(berkempen) dan terus bekerja selepas PRU12.
Anonymous  - umno takan berubah   |2009-12-30 08:48:15
ini baru lah tujuan asal Umno reform...jadi boleh lah saya beri sedikit komen membina untuk Umno walaupun saya memang tidak akan meyokong/undi Umno sampai bila2 pun.puak2 atas umno ni perlu melihat diri sendiri dulu dan cuba bandingkan dengan puak2 PR.puak2 PR ni mereka berkerja sungguh kuat mempertahan rakyat tetapi puak2 BN mereka sungguh kuat mempertahankan puak2 atas BN dan syarikat2 berkaitan BN saja.itu traformasi yang perlu puak2 Umno perlu lakukan,gunakan strategi sihat...tapi saya boleh jamin Umno takan berubah seperti slogan Umno ...dulu,kini dan selamanya.
Mohd Hussein Hamidi  - berbicara UMNO   |2009-12-30 08:56:58
Salam kepada Sdra Anuar Mohd Nor,

Kita mahu berbicara mengenai UMNO. Sebenarnya Melayu tidak mengasingkan diri dari UMNO malang UMNO sendiri yang mengasingkan diri dari Melayu. UMNO telah berjalan jauh dalam politik dan kuasa seolah-olah mempengaruhi mereka dan kuasa digunakan untuk kepentingan diri. Ramai dalam UMNO hanya memikirkan bagaimana mahu menjadi kaya raya dalam UMNO. Percayalah orang -orang ini opurtunis dan mereka akan lari dari UMNO bila Pakatan Rakyat memerintah.

UMNO memang hari ini dilihat BURUK. Bukan sahaja orang Melayu yang nampak UMNO buruk tetapi orang Cina dan orang India juga nampak UMNO buruk. Mereka nampak UMNO bukan lagi untuk membela rakyat tetapi hanya untuk mencari kuasa dan menggunakan kuasa untuk kepentingan diri. UMNO pula tidak mahu berganjak dari label itu. Masih mengekalkan mereka yang bermasalah dan mereka yang tidak membantu untuk menjadi penglima mereka.

Kalau ada slogan yang mengatakan UMNO buruk sampai ke usus maka itu persepsi yang ada. Bila jumpa orang UMNO perkara yang kita nak ialah untuk mereka tolong bagi kita duit ITU AJE. Jangan harap nak berbincang dengan mereka sebab rakyat, sebab membantu rakyat dan polisi, mereka tau dengan projek dapat duit dan dari duit leh dapat komisen.

Walau saya tulis bersahaja sahaja tetapi ini pandangan umum terhadap UMNO. Tidak ada sesiapa akan menolak UMNO atas jasa yang mereka lakukan tetapi hari ini jasa itu berkait dengan kehendak nafsu kepimpinan UMNO.

UMNO perlu memperbaharui persepsi rakyat terhadap mereka. UMNO perlu ubah dan dalam perubahan itu UMNO mesti merasa sakit - itu hakikat berubat tetapi kalau UMNO tidak mahu menyelesaikan kemelut yang ada, tidak mahu berubah menyingkir kepimpinan yang tidak dinamik maka UMNO akan di ubah juga. Saya dulu adalah penyokong kuat UMNO kerana jasa UMNO dan kerana perjuangan Melayu namun hari ini saya rasa amat jauh dari UMNO.

Dalam pada itu bagi menjawab persoalan sdra Anuar - saya rasa UMNO tidak berubah malah makin tergelincir dalam senarai carta populariti. UMNO masih tidak berubah dan bila UMNO tidak berubah kerajaan yang ada akan juga dilabel sebagaimana UMNO dilabel.
anuarmohdnor   |2009-12-30 09:08:24
Terima Kasih sdra atas komen tersebut. Komen saudara terhadap persepsi rakyat terhadap UMNO dan selanjutnya terhadap kerajaan di harap dapat membuka mata ahli UMNO dan kepimpinan UMNO. Saya percaya komen-komen ini dibaca oleh kepimpinan UMNO dan saya akan juga dengan cara tersendiri akan compile dan ajukan komen - komen di sini kepada UMNO. Untuk mengubati penyakit kita kena tahu penyakit apa yang kita jangkiti. Tanpa kita tahu maka penyakit itu tidak akan terubat. Persoalannya - adakah UMNO sudah tahu penyakit yang dihidapinya?
Anonymous   |2009-12-30 09:18:18
[size=large][size=medium]Sdr Anwar..saya semakin kecewa dengan kepimpinan UMNO..mereka seolah olah semakin tidak tahu dan semakin menjadi bodoh. Semangat dan laungan keramat mereka semakin hilang dan pudar. Kepimpinan UMNO cawangan dan Bahagian semakin beku. Selangor dah hilang pun mereka seolah olah buat tak tahu. Kebosanan kami ahli UMNO akar umbi sebenarnya dah semakin memuncak..rasanya kalau ini berterusan kami akan keluar UMNO beramai ramai dan jadi ahli bebas lagi baik..maaf cakap UMNO sedang menuju kehancuran dek kebodohan pimpinannya sendiri..saya merujuk kepada kelemahan pimpinan UMNO bahagian dan UMNO cawanagn juga UMNO negeri..khususnya Selangor dan PUchong..walaupun yang pasti di semua tempat UNMO sedang MENGHANCURKAN kepercayaan orang MElayu kepada mereka..[/size][/size]
Anonymous  - Betul   |2009-12-31 00:21:25
Pemuda Umno pun macam tak berdaya lagi. Sejak Pak Lah hilang kuasa Khairy pun hilang taring pemuda. Dulu zaman dia org no 2 pemuda mengalahkan Hishammuddin tapi ari ini di tak dapat command pemuda. Pemuda 50% tak sokong dia. Hari ini bagi saya umno dah tak berdaya maju. umno sudah tersingkir dan anak muda semakin mual dengan Umno. Kalau tak sebab Umno pegang jentera kerajaan dah lama tergolek. Sebagai ahli umno saya juga telah mengambil keputusan tidak menyokong umno selagi umno masih tidak sedar masalah mereka. Saya percaya kepimpinan tertinggi umno masih lagi dalam kepompong tentukan kroni yang kalanya amat bodoh dan mendukacitakan. Kepimpinan tertinggi umno masih terikat melihat org yang terpacak depan mereka aje. Lihat jauh la...kalu umno nak survive
Anonymous  - penyakit umno...   |2009-12-30 11:50:36
BANYAK perkara misteri dan pembaziran wang rakyat telah berlaku dalam Negara Malaysia pimpinan BN. Bermula jambatan bengkok tidak siap, dibayar percuma dari wang rakyat RM300 juta kepada kontraktor
zuan   |2009-12-30 13:15:33
UMNO belum pulih, malah UMNO blm jumpa lg suma penyakit yg dihidapinya, tp yg aku nampak UMNO x btambah teruk, at least di Selangor la (coz da xbleh teruk lg, da habis teruk da ni hehe.)
a) tp itu kerana kebanyakkan ahli UMNO da x bgerak, jd xla btambah teruk, statik je.tp ramai lg yg dok tarah kpecayaan rakyat bl dok fokus on projek je, rakyat kene tgl
b) ini juga kerana PR pun kena penyakit yg sama, kalo xcaya bleh la kt tgk kat dlm SUK, ketika org biasa(ahli) susah payah bkempen, YB2 PR gagal menunaikan hasrat n pemintaan, last2 org yg pandai mengambil kesempatan yg untung (i.e kontraktor)

cth: duit utk buat program hampir tiada lagi, kerana YB xbleh nak bg, coz YB xnak tlg org dia sendiri yg nak amik job dgn kjaan negeri yg kemudiannya dikongsi dgn ahli utk buat program.
kenapa? coz YB td nak dilihat bersih n tbuka

rancang program SPIES, (yg sangat bagus), tp bg pd 1 kontraktor je, yg markup gle2, then bl duit nak abis, (kurang sambutan akibat kurang promosi) haramkan BTN yg boleh tarik ramai org jd penganut BN. patut kembangkan lg program SPIES, cari la bajet lg.

Pasir Sgor yg mjanjikan pulangan lumayan pun xbleh dharap lg, mcmana bleh dpt 4 juta je? xlogik lngsung. angka dr MASTERBUILDERS menyatakan demand pasir kat sgor cecah 1juta tan sebulan. kalo kjaan negeri dpt rm1 per tan pun da dpt 12 juta setahun!!!! mesti ada kontraktor yg x byr/curi pasir. atau ada YB yg tlg cover nih? aku tgk pasir dr perak laju je masuk sgor. Kanun Tanah Negara kata hasil bumi TIDAK boleh dipindah tanpa perkenan kerjaan negeri. jd dorang ni buat keje haram ke halal (diseludup atau dberi permit)

UNISEL da bhutang byk, coz ada org sampaikan pd aku yg kadar pmohonan da bkurang, xtau sebab apa. kjaan negeri kena bg duit pd unisel ni, jgn bg dorang thutang, ni la satu2nya univ Sgor pun.

tlg la oi, aku xnak tgk negeri aku jd jahanam. aku da xkisah pun sape jd kerajaan. asal boleh buat keje
Anonymous   |2010-01-07 08:18:24
paling jahat adalah media perdana...
TV3, utusan...adakah diorang ingat rakyat bodoh?
belit sana-sini, pusing2..tipu, fitnah. semua mainan diorang tu...

rakyat sekarang dah celik bang...bukan cam dulu...
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Tuesday, 29 December 2009 )
 
< Prev   Next >

Syndicate