Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Monday
Sep 06th
Utama arrow Berita arrow Semestinya PAS tidak akan bersetuju
Semestinya PAS tidak akan bersetuju PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Monday, 28 December 2009

Semestinya PAS tidak akan bersetuju dengan demonstrasi yang meminta PAS memutuskan perhubungan dengan Pakatan Rakyat. Semestinya juga PAS tidak bersetuju dengan sepanduk yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sedang menunggang PAS. Demo seperti ini tidak akan mendapat kelulusan PAS namun adakah apa yang berlaku itu juga satu isyarat bahawa ada ahli PAS yang tidak bersetuju dengan tindak tanduk PAS sejak akhir-akhir ini. Mungkin mereka bukan elitis PAS tetapi mungkin mereka turut mahu mempersoalkan tindakan PAS yang akhir-akhir ini berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini.

Adakah tidak mungkin PAS memang sudah tersasar jauh dengan menyokong DAP lantas menggugurkan idealisme mereka yang meletakkan Islam sebagai agenda utama? Adakah mungkin juga ada ahli-ahli PAS yang tidak gemar melihat PAS digunakan untuk memenuhi agenda Anwar Ibrahim dan sekutu di Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Kita harus berdiskusi mengenai kedudukan PAS dalam PR dan apa sebenarnya terjadi pada PAS yang seakan menyokong konsep DAP -  MAlaysian Malaysia dan membelakangi Melayu teras kepada perjuangan Islam dalam PAS.

Isyarat seudah diberi – kemungkinan yang hadir bukan ahli PAS tetapi adakah ahli PAS selesa dengan Pakatan Rakyat yang memberi laluan yang amat luas dalam perjuangan rakyat sehingga membelakangi kontrak sosial yang sebelum ini ada. Adakah PAS kini mahu berubah secara total – menurunkan matlamat perjuangan Melayu – kononnya atas dasar tanpa sempadan perkauman – lalu secara tidadk langsung mencabar Melayu dan Islam itu sendiri. Mungkin PAS hari ini bukan seperti PAS dahulu, mungkin PAS hari ini lebih banyak berpolitik sehingga kebajikan rumah tergendala.   

Comments
Add New Search RSS
PEMUDA   |2009-12-29 06:51:29
UMNO SEMAKIN TERDESAK......PAKATAN RAKYAT SEMAKIN MENGHAMPIRI PUTRAJAYA....OLEH YANG DEMIKIAN MACAI-MACAI UMNO AKAN CUBA SEDAYA UPAYA MENCIPTA PERKARA-PERKARA YANG BODOH UNTUK MEMPERTAHANKAN PARTI YANG SEMAKIN PUPUS DI BUMI MALAYSIA NIE....RASA-RASANYA SAUDARA ANUAR NIE BELAH MANA YEEE.............
Anonymous  - aku rasa le....   |2009-12-29 13:31:00
anuar ni tidak sebelah DAP aje...lain dia ok kot..
Anonymous   |2009-12-29 07:12:41
inikan UMNOREFORM... agenda utama memperbetulkan UMNO (kalau boleh)....
kalau PAS betul ada masalah, nanti ada blog PASREFORM...

oleh itu tumpukan usaha saudara untuk merubah UMNO...
semoga berjaya.... walaupun nampaknya tiada sinar cahaya...
Anonymous   |2009-12-29 08:55:34
webmaster ni tak faham kot..tak boleh nak membezakan orang Pas dan Umno atau webmaster/K.toyo mempunyai agenda untuk memperodak-peradakan Pas.webmaster sebenarnya perlu membetulkan puak2 Umno, ini lah tujuan asal atau vision atau mission Umno-Reform.
matkilau  - umno dulu kini dan selamanya     |2009-12-29 11:03:24
Kalau orang melayu tak menggunakan fikiran sudah tentu Abdul Razak bin Hussin telah di tangkap sekitar tahun 1955. Ini adalah sebuah cerita yang diceritakan kepada saya oleh seorang bekas pasukan polis khas semasa pemerintahan Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu.

Peristiwa ini berlaku di Kuala Krau, Pahang. Waktu itu Abdul Razak bin Hussin iaitu Tun Abdul Razak sedang sibuk berkempen memberi kesedaran orang melayu untuk membebaskan Negara dari tangan Inggeris.

Satu perintah telah dikeluarkan oleh kerajaan Inggeris kepada setiap balai polis di Pahang agar menangkap sesiapa yang bernama Abdul Razak bin Hussin. Pada hari itu Abdul Razak bin Hussin telah turun dari keretapi di Kuala Krau, lantas seorang pasukan polis khas Inggeris berbangsa melayu telah menyapa dengan pertanyaan
Anonymous   |2009-12-29 11:47:59
tapi anak dia, dulu tak berapa pandai cakap melayu.
makanan peberet dia, CHICKEN ALA KING.
dacing  - Dacing vs timbang     |2009-12-29 11:20:16
Dacing" Dah Tak Relevan
Posted on Monday, December 28 @ 174:53 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Berita Oleh: dperbatasan

"Bekas ketua menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencadangakan agar BN merintis usaha penjenamaan semula termasuk memperkenalkan logo baru yang lebih menarik serta mempunyai ciri-ciri dan pengertian gagasan 1Malaysia.

Dalam proses penjenamaan semula itu untuk mendekatkannya dengan hati rakyat, Barisan Nasional hanya perlu "dipasarkan" dengan singkatan BN saja, katanya dalam laman webnya www.keruak.com.

Salleh, yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata penjenamaan BN itu amat penting kerana dalam suasana politik sekarang, rakyat sudah mempunyai pilihan, iaitu satu komponen BN dan satu lagi Pakatan Rakyat.

Untuk memastikan BN terus unggul dan relevan, beliau juga mencadangkan agar ia mewujudkan sistem keahlian secara terus.

"Menerusi kaedah baru ini, mereka yang komited atau minat dengan BN dan dasar serta pemimpinnya, tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama kita," kata Salleh.

Namun, katanya, cadangan itu memerlukan perincian lanjut dengan mengambil kira sistem dan perlembagaan dalam BN. BERNAMA
GST  - empat persen....     |2009-12-29 11:45:47
HABIS HANGUS 297 JUTA RINGGIT DUIT MINYAK

PETRONAS DEAL TO SPONSOR MERCEDES GP WAS A BUSINESS DECISION
zuan   |2009-12-30 12:47:28
ini pendapat aku ttg demo ni
a) xde sorang pun dari dorang tu ahli PAS - coz kalo ahli PAS sah2 da kene tindakan, Hasan Ali pun kena pgl dgn J/K disiplin parti, hanya kerana mpertahankan keputusan mharamkan jualan arak di kawasan mjorti Melayu, ni plak kalo demo suruh kuar PR
b) bukan ahli PAS x bmaksud bukan penyokong PAS - mayb dorang ni masa pru12 undi PAS?? sbb yakin dgn pjuangan PAS. jd dorang rase tindakan ni bagus, tp sbenarnya lg jejas imej PAS
c) tuntutan mestilah ada sebab, dan pd aku, kalo skadar tunjuk slogan n tuduh x relevan da skang ni, mesti ada memorandum dan dikongsi dlm media, br la org tau apa bende yg dorang xpuas hati
d) ada tgan UMNO dibelakang - tp aku rase UMNO cuma bg sokongan moral dan oral saje, dan mayb ada dana skali, coz org umno mana reti demo, asik angguk je
e) mungkin dorang ni penyokong Hasan Ali, tp bukan ahli PAS?? coz aku dengar ramai pengikut dia kat Sgor yg frust bl Hasan Ali dikenakan tindakan. ramai jugak yg frust bl mintak projek dgn Hasan Ali tp xdpt, alasan hasan ali mesy exco x lulus

ni la pendapat aku, xtau mana yg betul coz aku xkenal dorang, tanya org situ pun dorang xkenal, tanya org pas pun dorang xkenal. misteri btol group nih
Rakyat Bawahan  - Palsu ataupun Benar, Sememangnya PAS Sudah Terjera   |2010-01-04 00:16:30
Terimalah Hakikat Wahai Anda Semua!!. Suka ataupun tidak.
Hala tuju PAS sekarang semuanya didalam kocek Pak Sheik Anwar kita.
TAHNIAH pada kamu PAS, kerana mengikut telunjuk dan arahan Pak Sheik Anwar kita.
Licik sungguh rancangan Pak Sheikh Anwar yang ingin menwujudkan satu pakatan
rakyat yang bermungkinan akan ada satu parti pembankang sahaja.

Apabila ini berlaku, jadilah PAS seperti Tikus yang membisu, seperti Lembu
yang dicucuk hidungnya dan juga seperti kucing SIAM jinak yang bodoh yang
hanya mengiau tetapi lari apabila melihat tikus liar.

Itulah PAS sekarang, sudah tidak menjadi jaguh dalam penjuangan ISLAM,
tidak berdentum dentam lagi kedengaran membela ISLAM. Yang didengar hanyalah
sepatah duit kenyataan yang sealiran dgn penglaknatullah DAP dan pemimpin
AGUNG PKR, siapa lagi kalau bukan Pak Sheikh Anwar kita...he..he.

Tidak kiralah siapa yang berdemo tempoh hari, samaada sukarela,
diupah ataupun ditaja..AKU sebagai warga Melayu Selangor yang tidak
berparti apapun semakin hari semakin menyampah dan marah terhadap parti PAS.
Satu kes kedai arak di Shah Alam pun tak boleh selesai sampai kena diarah
hantar balik arak tersebut. Apa lagi yang nak dibanggakan dgn pakatan rakyat ini.Ha..Ha..

Takda paksaan dalam sesiapa membuat ramalan, tetapi ramalan aku kalau Pak Sheikh Anwar
ini menjadi pemimpin negara, banyak malapetaka dan perkara buruk akan berlaku terhadap
orang Melayu dan ISLAM khasnya.

Pada masa itu aku tidak mempedulikan PAS lagi, kerana pada masa itu, PAS ibarat seperti
Harimau yang dah tak ada gigi. Jangankan nak mengaum membela ISLAM, nak menerkam pun tak
boleh...ha..ha.. Kesian sungguh PAS.

Nasi dah menjadi bubur pada waktu tu. Yang berjaya dan berkuasa adalah Pak Sheikh Anwar
kitalah siapa lagi.
Anda punya ramalan macamana pulak..?? Sekadar ramalan tak da apa yang rugi.

Anda semua dan juga saya bukannya ahli nujum yang boleh mengeluarkan
kenyataan yang berdemo tempoh hari semuanya telah dibeli. Siapa kita hendak menghukum.
Tetapi saya yakin orang Melayu ISLAM Selangor khasnya telah mula sedar dari lamunan tidur mereka.

Mereka yang dulunya terpedaya dgn orang yang pernah LEBAM matanya sambil mengangkat
tangan setiap kali tiba di mahkamah tetapi kini tidak lagi. Orang itulah sebenarnya
perosak bangsa Melayu.

Untuk yang masih terus TERPAKU dgn kehebatan berpidato Pak Sheik Anwar kita, silakan
terus mendengarnya. Kerana anda pun seperti saya dahulu, sebelas tahun yang lepas (199
Ha..ha..
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Prev   Next >

Syndicate