|
Melayu perlu kikis sikap perkauman? |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 20 December 2009 |
 Katanya, orang Melayu dan Bumiputera perlu diberi keyakinan baru dalam mengikis sikap perkauman serta mengetepikan dasar meminggirkan golongan lain. » anwar ibrahim, Sinar 20/12/2009 Adakah orang Melayu dikatakan mempunyai sikap mengetepikan dan meminggirkan golongan lain? Kenapa orang Melayu dan bumiputera di gesa mengikis sikap perkauman dan adakah bangsa lain atau golongan lain tidak mempunyai sikap perkauman? Kita menjadi hairan – mengapa Melayu di tuduh sedemikian rupa, mengamalkan rasialisme sedangkan sepanjang yang kita tahu Melayu amat bertoleransi dalam isu perkauman dan hak yang sepatutnya ada. Bila membicarakan mengenai DEB – adakah Melayu yang perlu disalahkan – adakah polisi itu tidak baik untuk mengadakan satu pentas yang seimbang dan adakah kita tidak risau sekiranya kedudukan sosioekonomi dan politik kita mempunyai jurang berbezaan yang besar maka kestabilan dan kemakmuran juga akan tergugat. Adakah kita tidak peka bahawa – isu perpaduan bukan isu yang harus dibebankan kepada rakyat golongan Melayu sahaja. Adakah toleransi juga perlu dibebankan kepada Melayu. Isu perpaduan harus juga mengambil kira isu yang melibatkan kedudukan keseimbangan dalam ekonomi dan juga perlu mengambil kira kedudukan keseluruhan – dari masa Melayu itu sendiri menyerahkan Tanah Melayu kepada bangsa lain. Mungkin kita juga akan merasa mual bila kita menyebut mengenai Melayu – maka isu ini akan dikatakan sebagai senjata UMNO untuk menakut-nakutkan Melayu bagi menyokong UMNO. Bila mereka menyebut mengenai rasis – perjuangan kaum lain untuk memartabatkan bangsa itu di kira adil dan demokratik. Kita perlu membahaskan keadilan ini dengan kondisi yang sedia ada. Kita tidak boleh menyebut keadilan – sedangkan meruntuhkan kontrak sosial yang ada dikatakan perlu untuk perpaduan. Konsep perpaduan juga harus tidak disalah ertikan dengan Melayu seharusnya membenarkan ruangan yang lebih – mengorbankan peruntukkan yang sedia ada untuk Melayu dan membuka semua ruangan kesamarataan – dikatakan formula perpaduan. Kenapa tidak formula perpaduan ini diperluaskan dengan penerangan benar kenapa ada hak yang sedikit lebih untuk orang Melayu – kenapa ada peruntukkan perlembagaan yang menjaga hak tersebut. Formula Pakatan Rakyat mungkin satu formula teoretikal namun mungkin juga akan memulakan detik baru bom jangka perkauman sekiranya kelak kalangan Melayu bangkit merasa tertinggal dan tergadai maruah mereka.
|