|
Jangan bodohkan orang Melayu |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Tuesday, 08 December 2009 |
|
www.themalaysianinsider.com – melaporkan bahawa 12 orang yang terbabit dalam demonstrasi kepala lembu di Shah Alam kini memijak gambar Lim Kit Siang, Lim Guan Eng and Nga Kor Ming dengan laungan JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU. Mereka mendakwa akan melaporkan kepada polis bahawa DAP mempersoalkan hak orang Melayu. Persoalan mengenai Hak Keistimewaan orang Melayu kini seolah-olah timbul semula namun pertanyaan mengenai “jangan bodohkan orang Melayu” seharusnya di kaji kesahihannya. Adakah benar – orang Melayu di bodohkan oleh kepimpinan DAP atau DAP mengambil peluang terhadap ruangan yang diberi oleh orang Melayu sendiri lantas kita terus di bodohkan. Adakah kita yang sebenarnya membodohkan diri – menerima seluas mungkin tuntutan kaum lain demi untuk menunjukkan bahawa kita liberal dan tidak mempunyai sifat rasis. Adakah sebenarnya kepimpinan Melayu itu sendiri yang menjual hak – lantas orang Melayu itu di bodohkan oleh kepimpinan mereka. Persoalan JANGAN MEMBODOHKAN ORANG MELAYU harus di kita perinci supaya kita sedar siapa yang di bodohkan. Kita tidak seharus gusar dalam membicarakan mengenai Melayu – takut dikatakan rasis dan tidak bertoleransi. Kita perlu membicarakan mengenai Melayu atas dasar kepentingan Melayu sebagaimana Cina membicarakan mengenai hak mereka atas kepentingan bangsa kita. 1 Malaysia bukan satu proses asimilasi – bukan satu proses mengikis budaya lantas menjadikan semua budaya menjadi satu. 1 Malaysia meniti atas toleransi – peruntukkan keistimewaan orang Melayu – Bahasa Melayu yang perlu di martabatkan serta Islam sebagai agama rasmi negara ini. Siapa yang membodohkan orang Melayu – jangan bodohkan orang Melayu perlu kita bicara sesama.
|