Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Friday
Sep 10th
Utama arrow Berita arrow Kerajaan BN/UMNO terus di serang
Kerajaan BN/UMNO terus di serang PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Monday, 30 November 2009


UMNO semakin di serang. Kerajaan BN khususnya UMNO sedar bahawa anak-anak muda dan pengundi baru masih jauh dari memberi sokongan terhadap UMNO. Media alternatif/Internet semakin dijajah mereka dan UMNO setakat ini hanya menerima tumbukkan bertubi-tubi terhadap mereka. UMNO perlu jelas, bahawa dalam isu Nik Aziz – hanya sedikit “political mileage” yang dapat di terima. Kedudukan dan status Nik Aziz terbentuk dari awal lagi – dan usaha menggugat beliau atas landasan agama tidak akan memberi kesan menyeluruh mengenai persepsi anak muda. Hari ini kita lihat – kepimpinan muda Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin mengumpul jentera anak muda - Anak Muda Solidariti Malaysia dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia untuk membuat laporan polis mengenai isu Altantuya, rasuah Setiausaha Politik Najib, Datuk Shafei Abdullah dan Menteri Besar Negeri Sembilan. Mereka melakukan semua ini dan meninggalkan impak besar terhadap persepsi anak muda yang ada. Berikut adalah petikan dari laman www.chebard.blogspot.com     

 

Atas semangat dan kesedaran anak muda Malaysia maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar laporan 'rasmi' ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM berkenaan dengan isu

  • Sogokan oleh proksi Najib Razak kepada Balasubramanian untuk melindungi kebenaran dalam kes ALTANTUYA
  • Rasuah dan salah guna kuasa Setiausaha Perdana Menteri
  • kegiatan mensabotaj ekonomi negara dengan menyeludup wang (jumlah amat besar) oleh Menteri Besar Negeri Sembilan

Untuk itu satu taklimat penerangan media akan diadakan pada 3 Disember 2009, 9.00 pagi, di hadapan pintu utama, I/pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

 

Namun dalam keghairahan mereka dan keghairahan UMNO khususnya untuk memantau dan menangani isu – serangan anak muda melalui laman web dan himpunan gerakan mereka, UMNO terus di tipu oleh segelintir ahli UMNO sendiri. Kepimpinan UMNO terus di tipu dengan langkah sumbang konon-kononnya untuk membantu UMNO tetapi akhirnya hanya hadir untuk menyedut segala peruntukan yang sepatutnya di gunakan untuk membentuk strategi baru bagi berdepan dengan serangan pihak lawan. www.umno-reform2.com akan mendedahkan tidak lama lagi, bagaimana segelintir ahli UMNO yang dipercayai oleh kepimpinan UMNO terus mengaut hasil tetapi tidak langsung membawa sebarang manfaat kepada UMNO. Apa pun kepimpinan UMNO seharusnya mula sedar dengan keadaan yang ada, mula melihat luar dari kepompong UMNO untuk mendapatkan khidmat sebaik mungkin dalam usaha menawan kembali ruangan siber – bagi digunakan untuk menjelaskan kepada rakyat keadaan sebenarnya.

Comments
Add New Search RSS
Anonymous   |2009-12-01 07:34:56
TUN MAHATHIR DALAM BLOGNYA MENYATAKAN IA MENDAPAT PANDANGAN UMNO BUSUK DARI ATAS HINGGA KEBAWAH.BUSUK,BUSUK,BUSUK,.TUNGGU PILIHANRAYA KE13,SELAGI TAK SIASAT DENGAN ADIL,MASEH MEGGUNAKAN SPRM,POLIS DAN HAKIM UNTUK KEPENTINGAN DIRI SELAGI ITULAH UMNO AKAN HANCUR LULUH.TIADA JATI DIRI TAKUT MENGHADAPI KENYATAAN,SUKA MENYALAH ORANG LAIN SEDANGKAN PARTI SENDIRI BANYAK MEMBUTA KESILAPAN.BERITA YANG KELUAR DIPUTAR BELIT,MAJORITI SAYA SURRVEY ORANG KAMPUNG MENYATAKAN BANYAK BERITA TV3/4,SKHABAR HAIRAN ATAUPUN MELOYA TAK BETUL BERITA BERITA,BANYAK DIPUTARBELITKAN KENYATAAN,YANG BOLEH PAKAI NOMBOR EKOR SAHAJA.
Alahai  - Itu pendapat pembangkang   |2009-12-01 08:08:03
Jelas umno tidak seteruk itu. Parti politik sama aje. Masing2 memburukkan antara yang lain. Tetapi Umno ada penyakit lain. Penyakit ahli nak kaya. Buat duit untuk kaya. Kalau balun sikit ok gak , ini balun abis. Program dibuat utk wang, yang buat program kebas abis, sikit benar untuk menjayakan sesuatu program tahap maksima. Benar kata laman ini, dalam siber umno di jajah semacam mana umno menjajah dunia media arus perdana. Umno perlu di bantu secara total, dapatkan info dari pemuda dan support pemuda dalam program mereka. Jgn asyik buat program utk jayakan diri, cari org yang tak berkepentingan dalam umno untuk regulate program...baru betul...kalau tak ALAMAT NAK MAMPUS ..bak kata Allahyarham P.Ramlee
G  - Benar! kita tewas   |2009-12-01 09:12:30
Sebenarnya kita tewas dalam isu yang di bawa oleh pihak lawan. Mereka lebih pandai membawa isu dan media mereka lebih canggih dan di ikuti oleh ramai anak-anak muda. Ini khususnya media internet. Mereka membawa dan melontar isu dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Mereka berjaya sedangkan umno masih di takok lama.

Bagi saya memang ada penjangak yg claim buat itu ada ini dan di beri wang untuk konon-konon control siber tapi hempas. Kepimpinan umno perlu lebih peka dan determine sapa yang mampu dan sapa yang tidak. Jgn dengar cakap - cross check samada mereka player dalam web atau sekadar menumpang.

salam
shit  - umno terus membusuk     |2009-12-01 11:01:49
Buku yang 'amat kontroversi' ini ditulis oleh Sasterawan Negara, Professor Emeritus Shahnon Ahmad, diterbitkan tahun 1999 ketika Malaysia mengalami pergolakkan politik yang MAHA dahsyat.

Gua suka buku ni kerana gaya bahasa yang digunakan amat mendalam maksud dan beliau dapat menggambarkan sesuatu perkara dengan terperinci. Jika anda belum membaca jangan fikirkan negatif hanya kerana melihat tajuknya, tapi lihat dari sudut sastera dan kritikan.

Semoga Pak Shahnon dapat terus berkarya dengan lebih hebat lagi.



"Shit sebagai novelet di sini menyarankan dua makna. Pertama Shit yang bermakna taik yang busuk lagi membusukkan yang berlambak dalam usus besar dalam perut untuk menunggu detik yang sesuai untuk diberakkan melalui lobang dubur sebagai benda bersisa yang tidak berguna lagi kepada tubuh. Dalam Shit lobang dubur diberi nama lobang keramat. Kedua Shit bermakna seruan cacimaki atau makihamun iaitu Shit! atau P*k*mak! ..."
Dawn Watcher  - Changes...   |2009-12-02 00:02:17
Pendapat : terdapat org UMNO yang tidak menghayati/tiada mindset yang sama dengan pemimpin. Bermacam inisiatif & nasihat diberi masih tidak menghayati matlamat serta perjuangan. Tahu tapi tidak menunjukkan perubahan. erm macam mana UMNO nak berubah jika ahli2 ada mindset berbeza. pasti agenda perubahan akan GAGAL!!.
Penghayatan ahli2 terdahulu mmg berbeza dgn kini.
jika tidak ada perubahan..insiden akan berulang.
Justeru ahli2 UMNO yg masih mempunyai mindset perubahan yg sama perlu mengoncangkan parti itu sendiri, Buang permimpin yg tidak mendatangkan manfaat pada parti.dari bawah dan ke atas. sudah sampai masa UMNO perlukan revolusi jika ingin mnjadi parti yg bermanfaat kpd org melayu & rakyat Malaysia !!!
pemarhati  - Rasuah sana sini   |2009-12-03 13:37:24
saya hairan persepsi orang politik kalau makan babi katanya haram. Tapi kalau makan rasuah balun sampai licin
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Prev   Next >

Syndicate