|
SERANGAN TERHADAP NAJIB – pusingan seterusnya – kekalahan di media siber |
|
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 25 November 2009 |
|
Rata-rata dari komen yang di terima oleh www.umno-reform2.com mengatakan penjelasan dari laman dan blog penyokong UMNO gagal memberi justifikasi yang baik mengenai kes pembunuhan Altantuya dan kenyataan-kenyataan dari penyiasat persendirian P.Balasubramaniam. Desas desus dalam PKR mengatakan pendedahan terbaru di www.malaysia-today.net adalah pusingan kedua serangan terhadap Najib Tun Razak. Blog yang nampak timbul bersungguh-sungguh menghentam Najib juga semakin aktif – seperti contoh : www.selamatkanumno.blogspot.com . Mampukan serangan-serangan ini menggugat Najib Tun Abdul Razak. Mampukan kehadiran media Internet Pakatan Rakyat dan penyokong mereka berterusan menggugat kedudukan Najib. Sungguhpun begitu – setakat ini belum ada sesuatu yang sahih melibatkan peranan Najib dalam isu pembunuhan Altantuya – tetapi komen yang di terima menunjukkan mereka percaya ada tangan-tangan yang cuba menyelamatkan seseorang atau sesuatu isu dari terkeluar. Mereka mempersoalkan kes Altantuya dan membicarakan Najib dalam mahkamah siber. Isu ini sahaja bagi www.umno-reform2.com mampu memberi tamparan kepada kerajaan memerintah sekiranya kerajaan memerintah gagal menangani spekulasi yang terbit dari media-media alternatif ini. Isu pembunuhan Altantuya hari ini dibicarakan di mahkamah siber. Komen yang di terima tidak menyebelahi kerajaan memerintah. Spekulasi kes ini di manipulasi oleh kerajaan untuk menutup sesuatu semakin kuat di hujah. Isu Azmin dan saham bernilai jutaan ringgit beku dan menjadi terkecil dengan kehadiran serangan ganas terhadap Najib. Laman – laman web pihak lawan UMNO dan BN semakin ghairah dan memulakan pusingan kedua serangan terhadap Perdana Menteri Malaysia. Adakah ini akan memberi impak besar kepada PRU 13 nanti? Adakah UMNO dan BN akan terus dilanda krisis sokongan kerana isu ini dan mampukah BN dan UMNO berdepan dengan serangan yang semakin kuat. Laman seperti www.chegubard.blogspot.com milik MPT Keadilan semakin lantang membicarakan kes rasuah dan nilai saham kroni Najib. Nama – nama adik-beradik Najib turut dikaitkan – pemilikan saham yang begitu besar dalam CIMB dan penglibatan adiknya dalam isu Altantuya. Bagaimana mahu menahan serangan ini dan apa justifikasi logik dan berasas mampu di keluarkan bagi mematahkan serangan ini. UMNO dan BN masih terkedu dalam ruangan siber khususnya untuk menangani isu ini. Adakah isu ini – akan menjadikan BN dan UMNO terus terpinggir dan akhirnya sokongan menjadi longgar. Bagaimana UMNO dan BN mampu menangani isu ini? Akhirnya adalah serangan Najib ini – menjadi satu kekuatan PR dan penyokong mereka untuk terus mengadili Najib sehingga UMNO kelak berkemungkinan tumbang pada PRU 13 nanti?
|
|
Last Updated ( Thursday, 26 November 2009 )
|