|
Written by Webmaster
|
|
Monday, 23 November 2009 |
|
CATATAN ANUAR MOHD NOR – beberapa isu besar melanda yang memerlukan kerajaan memerintah menumpukan perhatian khusus. Isu semasa ini memberi kesan kepada persepsi rakyat khususnya dalam UMNO mahu lakukan perubahan dan reformasi. Isu seperti SPRM dan laporan media web mengenai isu P. Balasubramaniam dan kaitan Datuk Nazim – adik kepada Perdana Menteri Malaysia memberi impak sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan perkara ini dengan segera. Isu terus di ketengahkan dan isu-isu ini amat panas kerana ia melibatkan juga kredibiliti UMNO dan kerajaan yang memerintah hari ini. Isu ini juga satu serangan terhadap Perdana Menteri Malaysia. Serangan kepada Perdana Menteri Malaysia dalam media Internet amat kuat sekali namun sehingga hari ini – UMNO dan Kerajaan Malaysia masih tidak berjaya menangis dan ini menonjolkan kekuatan media mereka masih menghantui UMNO dan kerajaan. Amat menarik apa yang dipaparkan oleh P. Subramaniam dalam siri interviu beliau – adakah ini benar-adakah ini rekaan. Isu ini memainkan peranan dan media Malaysia-today.net masih mendahului media lain dalam perkara-perkara yang terus menyerang kerajaan. www.umno-reform2.com mahu memulakan langkah perbincangan dengan melontar satu soalan – adakah kita percaya kepada kenyataan P.Balasubramaniam berhubung dengan kes pembunuhan Altantutya – penglibatan Razak Baginda, Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri. Adakah anda percaya mengenai perkara ini. Setidak-tidak ini akan memberi gambaran kepada pembaca lain – mengenai suara rakyat yang dikatakan suara keramat tetapi amat mudah di manipulasi oleh suara segelintir politikus yang menyimpan hajat. Kita mulakan
|