Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Saturday
Jul 31st
Utama arrow Berita arrow Gerak - bawa lapor SU Politik Najib ke SPRM
Gerak - bawa lapor SU Politik Najib ke SPRM PDF Print E-mail
Written by Anuar Mohd Nor   
Saturday, 14 November 2009

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA

13 NOVEMBER 2009

LAPOR SEGERA SPRM DAKWAAN RASUAH S/U POLITIK PM: GERAK

 

Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menggesa agar YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang dakwaan rasuah yang melibatkan Setiausaha Politik Perdana Menteri sepertimana yang dinyatakan oleh beliau di dalam Parlimen dan disebarkan melalui blog peribadi beliau. Gerak Malaysia melihat dakwaan ini suatu bentuk dakwaan yang serius yang perlu diambil perhatian oleh SPRM apatah lagi melibatkan kedudukan Dato’ Shafie Abdullah sebagai setiausaha Politik Perdana Menteri.

Dakwaan-dakwaan seumpama ini boleh merosakkan imej Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang sering kali menguar-uarkan tentang persoalan integriti. Dalam masa yang sama juga Gerak berpandangan dakwaan oleh YB Wee Choo Keong juga perlu dibuktikan bagi mengelakkan tuduhan tidak berasaskan dilakukan oleh mana-mana pihak.

Gerak berharap agar pihak SPRM dapat mengambil tindakan segera untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan salah guna kuasa oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri ini. Kita tidak mahu imej kepimpinan negara tercemar akibat sikap beberapa pimpinan yang mungkin telah memanipulasikan jawatan, kedudukan dan kuasa untuk kepentingan peribadi.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu melakukan siasatan dengan adil dan saksama. Isu penderaan saksi dan teknik siasatan ganas SPRM yang telah pun didedahkan oleh saksi-saksi kes rasuah baik daripada parti politik Pakatan Rakyat mahupun UMNO-Barisan Nasional telah menunjukkan bahawa sudah tiba masanya Jawatankuasa Penilai Operasi SPRM menilai dan memberikan garis panduan yang lebih profesional dalam kod etika penyiasatan SPRM.

Sekali Gerak menegaskan agar Ahli Parlimen Wangsa Maju tampil dengan segera untuk melaporkan kepada SPRM untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau dan Gerak Malaysia menyokong penuh usaha tersebut jika dilakukan dengan fakta-fakta dan bahan bukti yang kukuh. Kita tidak mahu isu ini hanya dibangkitkan di Parlimen tetapi tidak ada tindakan susulan yang konkrit. Kita sama sekali tidak akan berkompromi dengan jenayah rasuah. Agenda Gerak Malaysia adalah untuk membudayakan integriti bagi membentuk Malaysia ke arah pentadbiran ‘Good Governance’ dan bebas rasuah.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS

Pengerusi Gerak Malaysia

Artikel sebelum ini oleh www.umno-reform2.com klik sini

Sinar Harian klik sini

Comments
Add New Search RSS
tak bergerak  - ali lingkop   |2009-11-16 07:01:51
Gerak yang terlena.
Tak perlu minta Wee Choo Keong lapur pada SPRM kerana berdasarkan lapuran SPRM sendiri ,banyak juga tindakan pantas dilakukan berdasarkan maklumat daripada blog atau akhbar sahaja.
Terbaharu,tindakan SPRM di Kelantan hanya bersumber catatan blog sahaja.
FBI  - B.S.N     |2009-11-16 10:12:42
Raja Petra Kamarudin

Q 1. After the press conference held at the PKR headquarters on the 3rd July 2008 you returned to the office of your lawyer where you stayed until about 4.30 pm.

A. Yes that is correct

Q 2. Who was with you in your lawyer
Anonymous   |2009-11-16 10:23:33
RASUAH MENTERI N9 JANGAN LUPA ,KALAU PM JANGAN SIASAT,ROSAK NEGARA,SPRM AKAN DIBUANG TERUS DARI NEGARA MALAYSIA,DUDUK DI ISRAEL BELAJAR DISANA CARA UNTUK SEKSA ORANG,BUNUH ORANG DAN SEBAGAINYA.
hashim klate   |2009-11-16 10:28:05
kira OK lah tu saranan gerak minta orang bergerak!@
takkan Gerak nak gerak sorang-sorang, lu pikir la sendiri!

atleast ada usaha, yang bengong mungkin SPRM, tak masuk buka file lagi walaupun YB dan Gerak sudah laporkan pada Parlimen dan akhbar!

BERGERAKlah wahai SPRM!
JAMAL JINGGUT   |2009-11-16 10:29:44
ya latu, SPRM yang tak BERGERAK, geraklah cepat, lagi baik GERAK jadi SPRM, cepat bergerak.

gerak,gerak,gerak khas........(baca ikut lagu gerak khas)

cayalah GERAK
Abang Marsal   |2009-11-16 10:41:16
pa lagi SPRM,siasat lah segera.....paper UBN nampknya takut nak dedah tntng rasuah SETPOL Najib.

Syabs Sdra Anuar dan umnoreform berani dedah isu panas ini...cuba pass skit isu ini pada pimpinan PR ke PKR...bagi perangat lagi isu...kalau tak perangat..nampkanya senyap sajalah isu ni
Anonymous   |2009-11-17 07:51:23
SPRM ni susah skit lar..khir toyo.MB n9 dan lain2 pun tak siasat lagi..aku ingat NGO kena tubuh Jabatan yg baru ganti SPRM ni..SPRM ni tak tegas..pilh bulu..
gucci handbags  - gucci handbags     |2009-11-18 08:14:50
A film crew was on location deep in the desert. Nightfall Ugg Boots One day an old Indian went up to the director and said, "Tomorrow rain." The next day it rained. A week later, the Indian went up to the director and said, "Tomorrow storm." The next day there was a hailstorm. Ultra Tall Ugg Boots "This Indian is incredible," said the director. He told his secretary to hire the Indian to predict the weather. However, after several successful predictions, the old Indian didn't show up for two weeks. Finally the director sent for him. Sundance II Ugg Boots "I have to shoot a big scene tomorrow," said the director, "and I'm depending on you. What will the weather be like?" The Indian Bailey Button Ugg Boots shrugged his shoulders. "Don't know," he said. "Radio is broken."
jordan shoes
air jordan shoes
cheap jordan shoes
michael jordan shoes
Anak Wangsa Maju  - KENYATAAN DATO' DR. HAJI SHAFEI ABDULLAH MENGENAI   |2009-12-11 20:17:26
BERIKUT ADALAH KENYATAAN DATO' DR. HAJI SHAFEI ABDULLAH MENGENAI TUDUHAN DAN FITNAH WEE CHOO KEONG KE ATAS BELIAU.

Saya tidak pernah kenal Wee Chee Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju secara peribadi. Tetapi sejak kebelakangan ini beliau lantang di Parlimen melontarkan tohmahan-tohmahan terhadap saya. Beliau mengatakan saya menyalah gunakan kuasa saya sebagai Setiausaha Politik. Beliau membangkitkan tentang saya mengamalkan rasuah politik wang untuk menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Mengapa sekarang dibangkitkan isu ini? Pemilihan Bahagian UMNO telah lama berlalu.

Wee Chee Keong juga menggunakan isu penjaja di Wangsa Maju untuk mensensasikan bahawa saya 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak bertindak ke atas penjaja-penjaja.

Pokoknya sebagai Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju saya bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat di Wangsa Maju lantaran Ahli Parlimennya telah gagal berbuat demikian.

Saya tidak mempunyai kuasa untuk memaksa DBKL mengikut telunjuk saya. DBKL mempunyai kuasa dan bertindak mengikut prosidurnya. DBKL bukannya robot, DBKL di uruskan oleh kalangan yang boleh dirundingi sekiranya kita mempunyai sebab-sebab yang munasabah.

DBKL tidak bertindak membabi buta. Mereka juga manusia, mempunyai perasaan dan bertindak di landasan undang-undang. Kuasa di tangan DBKL. Saya tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas DBKL. Walaubagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab.

Tidak ada gunanya saya menjadi Ketua Bahagian sekiranya tidak mampu membela nasib masyarakat. Saya perlu menjaga kebajikan warga Wangsa Maju.

Sekiranya Persatuan Penjaja Wangsa Maju meminta saya membela nasib mereka saya akan bela. Tetapi akhirannya terpulanglah kepada DBKL untuk bertindak dan membuat keputusan.

Untuk pengetahuan pembaca budiman, mereka yang saya bela adalah kalangan penjaja kecil yang berpendapatan kecil yang melayari kehidupan mencari sesuap nasi pagi dan petang.

Hanya kerana saya seorang Setiausaha Politik di Kementerian Kewangan tidak bermakna saya hanya perlu melayan kalangan korporat dan menafikan kalangan penjaja kecil.

Mereka juga rakyat, mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara. Mereka juga manusia yang mempunyai suara yang mahukan suara mereka di dengari apabila merasakan diri teraniaya. Mereka juga berada dalam gagasan 1MALAYSIA.

Dayuslah saya sebagai Ketua Bahagian sekiranya saya tidak berani membela nasib mereka.

Dayuslah saya sekiranya saya memekakkan telingan dari mendengar rintihan mereka.

Semasa saya menjadi Ketua Pemuda Bahagian lagi dan sebelumnya, saya telah banyak kali memperjuangankan nasib kalangan yang memerlukan pembelaan.

Mengapakah saya harus berhenti dari membela apabila saya menjadi Ketua Bahagian? Seperti mana dipermulaan tadi, saya katakan bahawa saya tidak kenal pada Wee Chee Keong.

Tetapi sejak dia buat kecoh di Parlimen saya cuba melayari dalam internet tentangnya.

Hasilnya saya menemukan sebuah blog www.malaysiawaves.com.

Saya tak tahu siapa yang menulisnya tetapi dari apa yang saya fahami dari penulisannya ia mungkin seorang penyokong pembangkang.

Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah Wee Chee Keong ini adalah masalah kepada semua orang waima kepada pembangkang sendiri. Bacalah dan nilaikan sendiri petikan dari blog tersebut.



Saya merupakan Anak Wangsa Maju... Saya rasa pembelaan kepada Dato' Shafei juga perlu kerana saya lihat laporan yang diberikan Media dari pihak Kerajaan apatah lagi Pembangkang hanya berunsur sebelah pihak..

Anak Wangsa Maju
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

 
< Prev   Next >

Syndicate