Lost Password?
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Monday
Feb 08th
Utama arrow Berita arrow Tuduhan - Mr Political Toll - SU Politik Najib ,SERIUS
Tuduhan - Mr Political Toll - SU Politik Najib ,SERIUS PDF Print E-mail
Written by Webmaster   
Thursday, 12 November 2009
Image
 

Dalam laman web MP Wangsa Maju – Wee Choo Keong – beberapa tuduhan berat – rasuah telah dilemparkan. Tuduhan mengenai Shafei Abdullah SU Politik Najib - Kementerian Kewangan amat serius kerana ini melibatkan juga nama baik Perdana Menteri Malaysia. Lontaran nama MR Political Toll telah dilemparkan ke atas beliau. Tuduhan sebegini perlu di ambil tindakan. Wee Choo Keong perlu berani juga mengambil tanggungjawab atas tuduhan tersebut. UMNO juga perlu mengambil serius dalam usaha kita membersihkan UMNO dari gejala rasuah dan mahukan PR juga mengambil tindakan serius dan bukan melontar sahaja sesuatu dengan tujuan mendapat loncatan politik.

Tuduhan MP Wee Choo Keong – tertera pada alamat web berikut.  

http://weechookeong.wordpress.com/2009/11/05/speech-for-budget-2010/#more-4678

Bagi www.umno-reform2.com – perlu bagi PR mengambil tanggungjawab mengenai apa yang di lontarkan terhadap Setiausaha Politik DS Najib Tun Abdul Razak. Ini penting diberi penelitian dan PR perlu melaporkan kepada SPRM untuk siasatan dan bukan memberi alasan SPRM tidak berfungsi maka tidak mahu melaporkan dan hanya berani berkata-kata dalam Parlimen. Bagi kami tindakan itu hanya tindakan ganas politik.

UMNO juga mahu melihat rasuah di banteras – UMNO juga percaya bahawa rasuah menghancurkan negara tetapi UMNO dan Kerajaan tidak akan melayan tuduhan melulu – tanpa asas – dan mencabar PR untuk bertanggungjawab dalam kenyataan mereka.

 
Comments
Add New Search RSS
Anonymous  - alahai umno   |2009-11-12 10:28:29
mmg la kepimpinan umno cam tu. klu serius mrk nak hapua rasuah pecat aje ....safeii tu. dia bukan baru org tahu mengamalkan rasuah. najib dalam selimut dia sendiri perasuah, nak hapuskan rasuah kononnya.
Anonymous  - BN(tumbang)..Malaysia(maju)   |2009-11-12 10:49:04
Kalau kita idamkan Malaysia sebagai sebuah negara maju setanding dengan negara2 maju seperti di Amerika,Eropah dan Asia hanya dengan satu jalan saja iaitu tumbangkan kerajaan UMNO/BN....kerana dalam UMNO/BN telah wujud satu budaya negatif yang telah dipupuk dan dibaja lebih 50 tahun...budaya negatif seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, kepentingan peribadi, kronism, nepotism dan sikap U Must Not Oppose akan terus kekal sampai bila2 jika UMNO/BN terus diberi kuasa...kreativiti generasi muda akan tenggelam kerana sampah sarap yang dibawa UMNO/BN terlalu banyak untuk dimusnahkan.
umno  - bersihkan lah parti perjuangan Melayu ini   |2009-11-12 11:08:27
umno bukan calang-calang parti yang memperjuangkan agenda Melayu. tetapi janganlah sampai Umno terus diburukkan oleh kerana sikap dan perangai segelintir orang umno macam shafie ini.

Ramai telah tahu mengenai bagaimana shafie ini naik jadi Ketua Bahagian. Najib perlu lebih cergas dengan membuka ruangan untuk mengadili SU dia dan kemudian membuat keputusan tegas mengenai kedudukannya.

SPRM perlu hadir dalam memastikan kebenaran tuduhan rasuah dan sekiranya benar maka - SU Najib ini perlu dibicarakan.

Najib perlu juga sepanjang beliau disiasat merehatkan beliau dari jawatan demi menunjukkan kesungguhan najib menangani rasuah.

Saya sayangkan umno, kembalikan umno kepada org melayu dan kepimpinan yang sanggup mati kerana perjuangan mendaulatkan agama dan Melayu itu sendiri
Anonymous   |2009-11-12 14:55:59
KEBODOHAN UMNO DAN PEMIMPINNYA JELAS DAN NYATA.JIKALAU UMNO RASUAH PANGGIL POLITIK WANG,KALAU PEMBANGKANG DITUDUH RASUAH.ITULAH FIKIRAN UMNO DARI DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA.SESIAPA NAK BERI WANG PADA SESEORANG ITU HAK ORANG.WALAUPUN ORANG TERSEBUT PANGKAT BESAR ATAUPUN TIDAK,YANG HEBOH MENYATAKAN ITU RASUAH,TAK NAMA BENGANG,ITULAH BODOH TAK BOLEH DITUNJUK BANGANG TAK BOLEH DIAJAR,SPRM DENGAN SEMANGAT UMNO AKAN MENGAMBIL TINDAKAN DENGAN PANTAS DAN SEGERA,DAN NAMPAK PULA KEBANGANGGAN SPRM APABILA MENGIKUT ARAHAN UMNO.KHIR TOYO,ALI RUSTAM DAN SEKUTU YANG LAIN BERSIH-SEBERSIH SEPERTI KATA NAZRI TIADA KES,TEKNIKAL AJA.ORANGRAMAI NAIK MELUAT PADA UMNO,TAK FIKIR BAGAIMANA MEMBUAT ORANGRAMAI MENYOKONG BALIK,FIKIR APA KESALAHAN KITA PADA MASYARAKAT YANG MEMBUAT ORANGRAMAI MARAH,TUNGGU PR 13 BARULAH TAHU TINGGI RENDAH LANGIT.
Anonymous  - Nak tanya sikit   |2009-11-12 18:02:28
Ada ke pembangkang yang di kenakan tindakan atas politik wang. Ini mungkin kerana dalam pembangkang sungguhpun ada penggunaan wang tetapi ianya tidak didedahkan kerana menghalalkan cara. Sewaktu dalam pembangkang juga saya tahu mrk yang main wang untuk tujuan politik dan sokongan.

Saya malas nak tuduh tapi tanya Azmin Ali dan mereka yang seangkatan dengan Azmin.

Dalam Umno ada jawatankuasa disiplin yang menjaga isu ini. Sungguhpun jawatankuasa itu tidak cukup tetapi setidak-tidak ada kesan dan ada org Umno yang hari ini ke mahkamah kerana sedang bergelut dengan tuduhan rasuah.

Bukankah ini jelas menunjukkan ketelusan Umno!
Anonymous  - Dedahkan pada SPRM   |2009-11-12 18:05:29
Posted image

Rasuah Shafie s/u politik Najib perlu di bawa ke SPRM. Jgn hanya berani kat parlimen. Wee Choo Keong perlu bertanggung jawab atas perkara ini.
i'm no king   |2009-11-13 08:42:01
bawa SPRM? hilang akal ke apa dia ni...
ibarat seperti kau berak pastu flush...faham
Anonymous  - abis tu   |2009-11-14 10:12:10
berak masuk mulut ko...asyik berpolitik aje..keje ko. Kalau berani report la...jgn cakap pas2 tak buat apa. ckp dan tuduh dalam parlimen aje....NO BALLS
Ahmad Albab  - SPRM kroni UMNO/BN   |2009-11-14 12:34:44
Rugi masa saja bawa kes rasuah BN/UMNO ke SPRM mahupun polis.Tiada tindakan atau dakwaan akan di lakukan.Ini melibatkan org politik,bukannya penjawat awam.jika penjawat awam,siang-siang lagi umum di muka depan suratkhabar.Berapa peratus sgtkah,rasuah politik UMNO dibawa ke Mahkamah??Sedang dlm UMNO sendiri tidak membenarkan SPRM memasuki siasat.Kes Norza kerana org UMNO yang dah tak mahu beliau lagi,termasuk kawasan politiknya.
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Saturday, 14 November 2009 )
 
< Prev   Next >

Syndicate