Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Saturday
Jul 31st
Utama arrow Berita arrow PENDEDAHAN - PAS Selangor terbabit?
PENDEDAHAN - PAS Selangor terbabit? PDF Print E-mail
Written by Anuar Mohd Nor   
Thursday, 01 October 2009
Image
Pengerusi GERAK - Nazree Yunus


PAS Selangor TERBABIT DALAM USAHA UNTUK MENJATUHKAN TS KHALID?

Kami telah mendapat maklum bahawa Selangor bakal menyaksikan pergelutan antara PKR dan PAS sungguhpun perkara ini disenyapkan oleh mereka dari Pakatan Rakyat. Laman ini telah membongkar mengenai dokumen pengambilan pasir – bagaimana dikatakan ada penyelewengan dalam isu konsesi pasir dan kecurian pasir di  Selangor – yang melibatkan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor dan pentadbiran yang lemah kerajaan Negeri dalam menguruskan isu-isu mengenai pasir. (klik sini ) Itu satu bab, tetapi satu bab yang berasingan adalah bagaimana dokumen ini boleh terkeluar – siapa orang dalam yang mahu melihat Tan Sri Khalid tersungkur selain dari menceritakan kebenaran mengenai keburukan Tan Sri Khalid. Dalam hal ini berbagai-bagai nama telah di keluarkan oleh pelayar termasuk menuduh Azmin Ali sebagai orang yang terlibat dalam mencari jalan untuk menjatuhkan Tan Sri Khalid.

Namun satu pendedahan baru terkeluar untuk perhatian kita – adakah PAS juga terbabit dalam skandal mahu menjatuhkan TS Khalid Ibrahim? Isu rasuah Tan Sri Khalid mengenai lembu dan kereta Lexus yang digunakannya telah dikemukakan oleh  GERAK atau Gerakan Anti Korupsi yang di terajui sebelum ini oleh Ezam Mohd Nor dan kemudiannya di ambil alih oleh Nazree Yunus. Nazree Yunus telah membuat laporan BPR mengenai isu ini dan sekarang berhadapan dengan tuntutan saman dari TS Khalid. Namun setakat ini pengakuan oleh Nazree Yunus adalah – dokumen itu tidak tahu siapa yang serahkan namun dari hasil tinjauan dan maklumat yang kami terima – dokumen TS Khalid dalam isu lembu dan Lexus datangnya dari PAS.

Adakah benar bahawa pendedahan dokumen yang dilaporkan oleh Gerak datangnya dari PAS? Adakah PAS terbabit dalam usaha menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dari kerusi Menteri Besar dengan mendedahkan keburukan TS Khalid. Mungkin ini satu pembaharuan dalam Pakatan Rakyat – mendedahkan kepincangan MB demi rakyat dan tidak hipokrit pada parti. Mungkin ini adalah corak politik yang mahu kita serapkan. Sekiranya kepimpinan itu tidak wajar memimpin – melakukan rasuah – kronisme dan nepotisme maka – dalam Pakatan mereka sendiri – mereka akan ambil tindakan untuk menolak kepimpinan tersebut. Adakah ini yang dilakukan oleh PAS – menggunakan GERAK dan Nazree Yunus dalam mendedahkan rasuah. GERAK sekiranya mahu nampak telus tidak seharusnya menipu dalam mengatakan siapa yang membuat tuduhan sebenar sekiranya mahu menjaga kepentingan rakyat khususnya rasuah. www.umno-reform2.com mempunyai beberapa asas kekuatan untuk mula memaparkan isu – sama ada PAS Selangor – khususnya kepimpinan tertentu yang telah membocorkan dokumen semata-mata untuk menjatuhkan TS Khalid dan mungkin dengan agenda tersendiri – mahu menjadi Menteri Besar Selangor. Namun tindakan ini mungkin baik bagi sesebelah pihak tetapi merupakan satu pengkhianatan kepada gerakan mereka dalam Pakatan Rakyat.

www.umno-reform2.com memberi tempoh masa 1 minggu – sungguhpun isu ini akan diulas mengikut kepentingan – mendesak Presiden GERAK – Nazree Yunus menafikan penglibatan PAS dalam usaha menjatuhkan MB Selangor yang ada – TS Khalid Ibrahim. Selepas itu bukti sokongan mengenai andaian ini – PAS Selangor menjalankan gerakan menjatuhkan TS Khalid Ibrahim dan GERAK dijadikan alat untuk tujuan ini :  NAFIKAN !

 
Comments
Add New Search RSS
Anonymous   |2009-10-01 12:36:51
PADA PENYOKONG UMNO DAN SEKUTU DENGANNYA SELESAIKAN RASUAH PEMIMPIN UMNO DAHULU BARULAH BOLEH SELESAIKAN MASALAH ORANG LAIN,TAIK BERDERAI KAT EKOR INI NAK SURUH ORANG KENA TAIK PULA.KHIR TOYO,ALI RUSTAM,KHALIL YAAKUB APA CERITA,ORANG DAH TAK PERCAYALAH,GERAK KE ATAUPUN APA-APA AJA MASEH LAGI DIBAWAH NAUGAN UMNO PORAHLAH,CAKAP MACAM KELING KENA BATANG HIDUNG ORANG SENDIRI KATA POLITIK WANG,PADA ORANG LAIN RASUAH PORAH UMNO,SPRM .MACAM LEMBU CUCUK HIDUNG,SAMAPAI KIAMAT PUN GENERASI MUDA TAK CAYA,UMNO TOTOK YANG TINGGAL GIGI DUA BATANG AJA YANG PERCAYA,MATI GENERASI INI TERIMALAH BALANYA,TUNGGU PRU UMUM NANTI.
Anonymous  - Bodoh la lu   |2009-10-01 13:30:20
Sekarang Khir Toyo tgh kena siasat..apa lu cite..beb. Kita nak tahu bersih sangat ke Pakatan Rakyat atau sama aje. Dapat kuasa baru nampak apa yang sebenarnya ada pada mereka. Kita nak tahu BETUL KE GERAK ADA KONSPIRASI DENGAN PAS UNTUK HENTAM KHALID IBRAHIM!
rahmanahchongmuniandy  - org muda malaysia 99% buta sejarah dan buta minda     |2009-10-01 17:39:02
yes all should agree with my statement.mereka pandai cakap rasuah la wang politik lah dan mcm2 lagi tapi semua adalah copycat.
Anonymous  - Ada bukti ke?   |2009-10-01 13:27:37
Salam Sdra Anuar Mohd Nor

Kenapa semakin ganas dalam membicarakan isu Selangor dan PAS. Apa sebenarnya motif tuan. Mahu jatuhkan kerajaan negeri?Adakah tuan mempunyai bukti cukup sebelum disaman oleh PAS Selangor? Siapa PAS Selangor yg terbabit dalam isu ini?

Adakah tuan maksud Hasan Ali terbabit dalam konspirasi jatuhkan Khalid Ibrahim atau Khalid memang patut di reject?
Aktivis Mahasiswa   |2009-10-01 14:08:00
mungkin boleh jadi maklumat yang UR dan anuar bagi.
dulu nazri di kampus adalah pimpinan PMIUM yang pro PAS. Tidak mustahil kali ini dia bantu PAS untuk tawan Selangor.
Jika ini benar, tahniah pada PAS kerana ada anak didik yang banyak membantu.
Karim   |2009-10-01 14:09:27
macamana konspirasi ini boleh berlaku?tergamakkah PAS Selangor untuk tikam TS khalid?
atau ini agenda Azmin Ali???
Yang Tahu  - Bukan sahaja PAS, Azmin turut terbabit   |2009-10-01 21:31:39
Bukan sahaja PAS tetapi Azmin juga mahu Khalid out! Ini memang sudah menjadi realiti. Apa yang umno-reform pamerkan bukan yang benda baru tetapi memang dah nampak jelas Selangor dibawah PR semakin hancur
Pemuda Pantai Dalam   |2009-10-01 14:12:12
khalid Ibrahim memang patut kena reject, loya aku tengok dia jadi MB, jadi MB lembu lagi baik, sekarang dah berlori-lori orang hantar lembu ke pejabat dia.
Jamil Ali   |2009-10-01 14:13:41
Sdra Anuar,

salahkah jika nazri dan Gerak bantu PAS dedahkan rasuah TS Khalid?jika benar ada rasuah baguslah jika nazri bantu PAS. Apa yang nak diheboh??
Melayu Terakhir  - Kalau dah biasa, biasa le!   |2009-10-01 15:02:33
Kalau dah biasa dengan sifat songlap, songlap le juga. Kalau orang lain nampak je! kalau diri sendiri tutup sebelah mata, peraturan wujud bila kena pada orang lain. Kalau kena batang hidung sendiri, peraturan entah kemana, semua campak dalam tong sampah.Dah biasa, jadi biasa le! orang lain apa peduli. Sekarang aku menteri, siapa tentang aku taji, siapa ikut aku mari! apa kehendak aku beri. UMNO, PAS dan PKR semua sama, kalau dah Melayu, macam tu le! bangsa sendiri langsung tak mahu berpakat, asyik bercakaran sesama bangsa sendiri. Bangsa lain sentiasa menanti segala peluang yang diberi, sebab bangsa Melayu semakin lama semakin tuli.
dan  - Mana MACC   |2009-10-01 23:18:23
yang u orang sibuk sangat dengan hal ini kenapa, kalau lah benar MACC telah menangkap dan tak tahu berapa orang mati di tingkat 14 nanti. fikir...............kawan
Ennie   |2009-10-02 01:32:02
Salam.. Heran lak yg ko menyebok pasal politik ni apsal? Society ko tu dah cukup UP ke? apa sebenarnya wadah perjuangan GERAK tu? mcm tak gerrrrak gerrakkk punnn?? sonyapp yo.
MohdImamAli  - MasyaALLAH   |2009-10-02 06:47:00
Ni apa cerita ni saudara Anuar,

1. Tuduh tanpa bukti ni bercanggah dengan Islam.
2. Jadi batu api pun berdosa jugak.
3. Fitnah lagi besar dosanya.
4. Maknanya kita zalim kepada diri sendiri dan kepada orang lain.
5. Cerita begini banyak diceritakan dalam Alquran.
6. Jika tidak tahu janganlah bercakap/ menulis, diamlah lebih baik.
7. Semoga tuhan tunjukkan jalan kebenaran.
8. Hidup kita akan bahagia dan aman....Amin.
Anonymous   |2009-10-02 07:44:03
SAUDARA ANUAR SEDANG MEMBANTU BARISAN NASIONAL UNTUK MERAMPAS SELANGOR DENGAN CARA TIDAK SAH....SAUDARA ANUAR ANTARA ORANG YANG TIDAK DAPAT MENERIMA HAKIKAT PAKATAN RAKYAT SEMAKIN HARI SEMAKIN KUAT WALAUPUN BANYAK SEKALI FITNAH CUBA DI ERKA OLEH BARISAN NASIONAL SERTA PENYOKONG-PENYOKONG TEGAR MEREKA (SAUDARA ANUAR ANTARANYA LA)....TAPI INGAT LA ALLAH S.W.T ITU MAHA HEBAT...JIKA DI LUTH MAHFUZ SUDAH MENYATAKAN BN AKAN TUMBANG...MAKA TUMBANG LA BN JUGA....WASSALAM
Perisik Rakyat   |2009-10-02 09:59:45
Gerak memang cukup UP dengan isu TS Khalid, tapi isu ini adalah isu yang dibawa dokumen keluar oleh beberapa pimpinan PAS Selangor, nampaknya nama Nazree naik disebabkan usahanya membantu PAS Selangor untuk jd MB.

Tahniah sdra nazree.Teruskan perjuangan, inilah sumbangan sdra untuk jemaah.
Fadil Hasan   |2009-10-02 10:04:33
Salam Saudara Anuar...dimana sdra dapat bukti, jangan cakap sahaja, nanti after 7 hari, Pengerusi Gerak senyapa sahaja tanpa jawapan, saya agak musykil dengan dakwaan sdra. PAS adalah parti Islam, dan parti Islam tidak akan mempergunakan orang lain untuk jatuhkan orang lain.

Nazree Yunus nampak agak cederung kepada UMNO, layaknya jadi pemimpin pemuda UMNO. Tapi saya keliru dengan status beliau ketika menjadi pimpinan mahasiswa Uni. Malaya. UM hanya lahirkan pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, jangan-jangan Nazree yunus ada link dengan Anwar Ibrahim untuk jatuhkan Khalid Ibrahim di Selangor bagi diganti dengan Azmin Ali, budak suruhan Anwar itu.

Minta bongkar isu ini!!!
warisan   |2009-10-02 12:01:07
PAS - Parti Ajaran Sesat/Setan, PAS parti politik.... bukan Parti Islam. Islam adalam Agama.... faham

DAP- Dapat Aku Perkosa... Anak PAP .... Waris PKM-Chin Peng

PKR- Parti Kelentong Rakyat... Dah kena dah.... perompak bertemu dengan penyamun.

TAWAN SELANGOR!!!!!
jab sp  - inilah umno     |2009-10-02 14:22:05
setakat kah saja otak pemikran manusia umno yang konon nya mau reform.
korup ratusan juta malah ada yang meningkat billion direstui,kes kes kecik rumah tangga orang dipertikaikan.
manusia umno macam warisan mana ada keupayaan untuk berdebat secara berdepan,nak lepas geram keluarkan catatan yang mngambarkan dirinya seorang yang tidak berpendidikan.dayus berselindung tanpa nama.
iceman   |2009-10-03 08:35:04
heheheh panas nampak juak pr ne hahahha.xperlu aku bubuh lagi.semua dah tahu lajawabnya siap sedia keluar dari pejabat mb
Anonymous  - aku dah cakap dah   |2009-10-03 22:10:14
kepada MOHDIMAM ALI
TU LAH KORANG PARTI PEMBANGKANG NI.MENGATA DAN MENUDUH ORANG LAIN TAKPA PULA TAPI BILA ORANG MENGATA PARTI KORANG,KORANG MARAH PULAK?MACAMANA KORANG NAK TEGAKKAN KEBENARAN?SEDANGKAN BILA ORANG BERKATA YANG BENAR TENTANG PARTI KORANG...KORANG TAKLEH TERIMA?
AKU NAK TANYA SIKIT...PEMIMPIN YANG KORANG SANJUNG NI,MALAIKAT KE?MAKSUM KE?TAK PERNAH BUAT SALAH?
PADAN MUKA KORANG...LAIN KALI PESAN SIKIT PADA PEMIMPIN KORANG TU...LAINKALI LETAK LAGI ORANG UMNO RAMAI-RAMAI DALAM PARTI YE,TAK HAIRAN LAH JIKA SEMUA RAHSIA PR BOLEH TERBONGKAR.
KORANG PULAK,BONTOT PEMIMPIN PUN KORANG JILAT...KALAU SALAH TETAP SALAH LAH...KORANG NAK JADI MACAM UMNO KE?PEMIMPIN YANG SALAH PUN DIKATA BENAR?GUNA SKET OTAK TU!!!!
HEI DALAM PEMBANGKANG PUN HAMPIR 80 PERATUS DARI UMNO KAN,MESTI PERANGAI UMNO TU TERBAWA-BAWA DALAM PR.
Anonymous  - PENDEDAHAN TAMBAHAN ISU SIAPA TIKAM MB KHALID   |2009-10-05 14:02:45
BACA LAGI siapa tikam khalid!
faizal   |2009-10-12 16:36:32
betul ker cerita ni???ke sdra anuar tokok tambah?mana bukti?PAS atau azmin takkan layan tuduhan tak berasas macamni!
Anonymous   |2009-11-12 07:22:08
Semuanye pasal duit ni...org umno dh kurang dpt projek kat selangor ke?xde projek xdelah duit..xde duit xde le power...simple kan
wow power leveling  - hytijuh     |2010-01-04 14:24:46
We are sell wow gold and wow gold
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
UBBCode:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img] 
 
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 

3.23 Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

Last Updated ( Thursday, 01 October 2009 )
 
< Prev   Next >

Syndicate