|
CATATAN ANUAR MOHD NOR Baru – baru ini saya bertekak dengan penguasa korporat ‘down-town’ Cheras yang tidak langsung mempunyai kefahaman mengenai asas konsep kerajaan membenarkan tapak-tapak ini di buka untuk perniagaan. Mungkin kerana penguasa korporat seperti ini, segala usaha murni kerajaan sebenarnya gagal di lihat sebagai satu usaha murni bagi membantu rakyat kota untuk terus dapat berniaga dan hidup, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar dan dengan peningkatan apa yang dikatakan kemiskinan di kota yang semakin buruk. Juga mungkin kerana perbuatan mereka, pengendali “down town” yang buruk dan bersifat tuan, UMNO akan terus mundur sebagai parti yang memperjuangkan orang Melayu khususnya di kalangan mereka yang miskin. Penguasa korporat ini yang tidak langsung berhati perut – bertindak ganas dan garang – tidak berbudi dan tidak tahu mendengar rintihan-rintihan peniaga menyebabkan kerajaan semakin tersisih dari mata rakyat. Selaku Ketua Eksekutif Institut Kajian Asas Kemasyarakatan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi amat prihatin atas isu-isu kemiskinan dan adalah menjadi pantang bagi saya bila sebarang usaha untuk memohon pertimbangan di ketepikan dengan cara yang tidak beretika – berlagak sebagai tokoh kapitalis dan melihat peniaga-peniaga yang ada sebagai orang yang kecil bawahan atau sampah. Penguasa korporat ini sebenarnya bukan terma yang sesuai. Namun apa yang difahamkan tapak perniagaan bercirikan down town di Cheras ini diberikan kepada Persatuan Pengasih dan di uruskan oleh Roshan Holding yang bertindak ganas, tidak berperi kemanusiaan dan mungkin hanya bertindak untuk memaksimumkan keuntungan dengan bertindak menolak nilai-nilai kemanusiaan. Kegagalan membayar sewa walau sehari akan menyaksikan “bangla” upahan menarik kanopi dan menghalang perniagaan mereka untuk di teruskan. Cacian turut diberi kepada peniaga tersebut dengan amaran-amaran keji yang merendahkan kehadiran mereka di sana. Lebih dahsyat lagi setelah di bayar pada hari itu – kanopi tidak boleh di buka pada hari yang sama bagi mengajar mereka supaya tidak lewat membayar – lebih dari perangai along yang menindas penghutangnya. Alasan mereka untuk tidak mahu mendengar masalah peribadi dan tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak ada duit untuk membayar sewa amat mengecewakan. Ini adalah satu kecelakaan sekiranya masalah rakyat – masalah peniaga – masalah kewangan tidak mahu di dengari – hanya wang sahaja yang boleh membantu. “Banyak orang lain yang nak berniaga sini, aku tak nak dengar masalah kau orang” adalah apa yang kerap di dengar dan peniaga terpaksa akur kalau tidak mereka akan di halau dan gerai akan di ugut untuk diserahkan kepada orang lain.
Adakah ini di sedari oleh Pengasih yang membenarkan syarikat lain untuk mengendalikan tapak-tapak tersebut tanpa belas ihsan atau syarikat yang diberi itu ada kepentingan dengan Pengasih itu sendiri? Adakah Pengasih tidak faham masalah yang mungkin di hadapi oleh peniaga tersebut seperti mana Pengasih berdepan dengan isu mereka yang terjebak dengan dadah. Institut Kajian Asas Kemasyarakatan juga faham masalah pengurusan tetapi kita perlu sedar bahawa tapak itu sendiri adalah ihsan kerajaan untuk persatuan seperti Pengasih maka persatuan seperti Pengasih mahu tidak mahu perlu juga mendengar rintihan peniaga kecil dan masalah mereka dan perlu mempertimbangkan sekiranya kelewatan itu berlaku – seketika. Menolak mendengar penjelasan adalah tindakan bongkak dan kerajaan perlu mengubah ihsan yang diberi kepada persatuan yang bongkak dan sombong atas masalah rakyat. Saya sendiri telah menghubungi pengurusan itu pada 7hb Mei 2009 jam lebih kurang 9.00 malam memohon agar satu keluarga ibu tunggal yang lewat membayar 1 hari, dan tidak di benarkan membuka perniagaan pada hari yang mereka bayar atas alasan mahu mengajar mereka supaya tidak lewat berniaga. Mungkin pengorbanan pendapatan satu hari tidak nampak banyak kepada kita tetapi bayangkan kepada mereka yang hanya hidup dengan pendapat sekitar keuntungan RM 30 dan ditambah untuk menyara 4-5 orang anak mereka. Lebih teruk kalau barang jajaan mereka di peroleh dari ceti yang memakan bunga harian. Apa tidak terfikir isu ini oleh pengurusan DOWN TOWN Cheras dan adakah mereka tidak prihatin atas isu ini. Bukan mereka tidak bayar tetapi terlewat dalam 1 hari 2 sahaja. Adakah mereka lebih firaun dari firaun. Adakah UMNO Cheras tahu mengenai perkara ini – atau UMNO dan BN hanya memikirkan bagaimana syarikat yang mengendalikan DOWN TOWN itu boleh untung untuk mendapatkan saluran pembiayaan program mereka. Jangan sampai banyak spekulasi di bangkitkan. Apa salahnya sekiranya mereka datang – melihat dan menasihati syarikat itu. Adakah tidak mampu mereka bangkit mendengar rintihan peniaga kecil khususnya Melayu – bertindak membantu. Keprihatinan mereka itulah yang akan menyempurnakan reformasi dalam kerajaan BN dan itulah yang akan membantu dari Wilayah Persekutuan untuk mengembalikan sokongan Melayu terhadap UMNO dan kerajaan BN yang memerintah. Sebenarnya mereka yang mengurus DOWN TOWN itu tidak boleh hadir dengan kasar seperti program itu milik mereka dan mereka yang berkuasa tanpa mahu mendengar masalah utama peniaga. Mereka memperoleh tempat itu adalah kerana ihsan kerajaan juga. Kalau mereka tetap bertindak seperti demikian tidak mustahillah keputusan pilihan raya ke 12 lalu tidak memihak kepada BN di Wilayah Persekutuan. Tidak juga menjadi sesuatu yang pelik sekiranya pilihan raya ke 13 nanti seluruh kerusi dalam Wilayah Persekutuan turut terlepas dari tangan BN. Oleh itu Menteri Wilayah Persekutuan yang baru dan Datuk Bandar perlu sedar kedudukan Wilayah Persekutuan dan tidak seharusnya mengambil leka mengenai isu kemasyarakatan
|