Lost Password? Register
  • Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size

UMNO REFORM 2

Saturday
Jul 31st
Utama
Chin Peng - istimewa?
Written by Webmaster   
Thursday, 29 July 2010
Image
 

Hampir 275 komen di terima dalam persoalan membenarkan atau tidak Chin Peng untuk memasuki semua Malaysia. Melihat dari komen tersebut kita boleh bahagikan isu kemasukan Chin Peng kepada andaian berikut:

1.Mereka dari pembangkang BERSETUJU untuk Chin Peng di benarkan masuk. Mereka yang cenderung pada pembangkang berhujah bahawa apa yang dilakukan oleh Chin Peng adalah perkara lampau dan beliau telah menandatangani perjanjian gencatan senjata.

  1. 2.Mereka yang cenderung kepada UMNO melihat dosa Chin Peng sebagai satu dosa yang tidak boleh dimaafkan. Bagi mereka ramai polis dan tentera Melayu terkorban oleh sebab tindakan militan Chin Peng yang dianggap keterlaluan dalam penyebaran fahaman komunis.
  2. 3.Yang tidak berparti – terpecah kepada 2 – ada yang bersetuju dan ramai yang tidak kerana fobia perkataan komunis itu sendiri.

Malah ada Melayu yang dalam FACEBOOK turut mendakwa DAP adalah susulan imej komunis kerana dikatakan cauvinis Cina. Namun satu kesimpulan yang di buat – sekiranya biar 70% kita menyokong kemasukan semula Chin Peng berbanding dengan 30% yang menentang – kenapa perlu kita korbankan perasaan 30% tersebut semata-mata kerana Chin Peng?

 

untuk membaca - komen di facebook sila ke face book anuarmohdnor

 
 
FACE BOOK - MELAYU
Written by Webmaster   
Saturday, 24 July 2010

Image 

Anuar Mohd Nor

Baca komen dalam FACE BOOK saya - ini antara jawapan saya untuk isu diatas.

 

Salam,
Seperti biasa banyak komen yang telah di terima, ada yang dapat membaca apa yang tersirat dalam kenyataan di atas, ada pula yang melihat sebagai satu provokasi dalam isu perkauman dan ada seperti biasa yang membaca ia sebagai satu usaha politik untuk wadah politik tertentu. Soalnya sekarang - perjuangan Melayu itu sentiasa di batasi dengan...garisan pemisah politik. Akhirnya seakan ada satu persepsi yang menunjukkan Melayu itu politik dan politik itu Melayu.
Kita perlu lihat kenyataan diatas adalah sebagai usaha mencari titik persamaan antara kaum. Kalau Melayu di ungkit dengan DEB dikatakan tidak patut ada hak keistimewaan krn itu diskriminasi, kontrak sosial adalah kontrak lama yang dibuat oleh orang dulu2 yang tidak sepatutnya dibebani oleh generasi kaum lain hari ini maka kita mahu semua melihat - apa yang telah ada dan apa yang telah diberikan dan adalah usaha hak keistimewaan itu sebenarnya satu bentuk bargaining yang adil dan saksama.

Kita perlu menyedarkan bahawa usaha memartabatkan bangsa BUKAN usaha mendiskriminasikan bangsa lain dan keperluan bangsa asing turut menjayakan agenda ini adalah demi imbangan sosioekonomi - politik negara agar keharmonian dapat terjamin. Ketidakseimbangan sosioekonomi akan memberi kesan yang lebih buruk dalam hubungan kaum.

Kenyataan di atas juga menuntut kefahaman bahawa kaum lain yang maju dan hari ini memegang kekuatan ekonomi ini adalah hasil pecah perintah dalam kancah ekonomi oleh penjajah dulu. Satu bentuk keistimewaan di beri kepada mereka yang berhijrah ke negara ini atau sebelum ini disebut pendatang. Semua ada diberi peluang dan ruangan dan hari ini ruangan dan peluang patut di beri pada Melayu dan hak keistimewaan harus dikekalkan menuruti apa yang telah diikat dan di janji.

Malang, peluang dan ruangan dasar2 yang menuruti landasan hak keistimewaan ini di rampas oleh elitis tertentu. Pembolotan itu yang menjadikan dasar itu masam dan tidak dihargai hari ini. Bukan semua dasar itu tidak baik. Ada yang telah memberi banyak kejayaan namun sehingga hari ini kejayaan yang ada nampak superfisial kerana core ecomomics masih dipegang bukan oleh kaum kita. Banyak kegagalan yang perlu kita tebus, mempersoalkan agensi2 kerajaan dan badan -badan yang sepertinya kenapa gagal dalam memastikan pengiat ekonomi berkembang dan bukan kaku sepatutnya dilakukan. Sebagai contoh - nelayan akan jadi nelayan - anak nelayan menjadi nelayan dan putaran itu berterusan. Pembangunannya tidak ada. Pengiraan pemasaran - membuat upgrading kepada produk yang ada masih lagi terbantut, perubahan cara dan teknik tangkapan - dari sampan ke bot besar dan sebagainya perlu dibuat dan akhirnya menjadikan mereka lebih kuat dan memegang peratus kontribusi dalam pegangan ekonomi negara ini.

Kerana itulah kita harus membebaskan diri dari hanya terikat pada sempadan parti. Kerana itu bila ada yang berjuang untuk Melayu - hanya atas landasan politik seperti PERKASA - arahnya diragui. Kita perlu kukuhkan Melayu untuk bangun menentukan masa depan. Mendesak perubahan dalam persatuan dan pertubuhan nelayan - petani - penguasa ladang dan buah2an - mendesak kerajaan memulangkan apa yang patut di pulangkan kepada peneroka FELDA dan memberi cut of the pie - kita kena bagi mereka ruangan - kita perlu lihat dari sneario yang berbeza dan bukan terikat pada style yang sama. Contoh - anak peneroka - memang ada yang jadi jurutera, jadi peguam bekerja dengan kerajaan jadi pegawai. Alhamdulillah tapi kenapa anak peneroka menjadi peneroka berjaya - memiliki ladang kelapa sawit yang besar-mengusahakan industri pembuatan hasil dari kelapa sawit dan menjadi mereka yang dominan dalam sektor perniagaan berasaskan sawit sendiri. Kita pulangkan kepada mereka - kita hanya pemegang amanah.

Kita perlu lihat dari perspektif yang luas. Kita harus bergerak biar ideologi berlainan tetapi cita2 perjuangan harus sama dan tepat.

Ini yang cuba saya usahakan dalam FB dan selama 10 saya berada dalam media maya ini. Kita mahu diskusi -demi diskusi - berubah menjadi forum-forum dan terikat pada satu cita-cita dan akhirnya membentuk kumpulan yang lebih dominan - mengkritik dan menyokong kerajaan, mengkritik dan menyokong pembangkang - atas usaha terhadap PERJUANGAN MELAYU... salam

 
 
Kebangsaan?
Written by Webmaster   
Friday, 23 July 2010

Image CATATAN ANUAR MOHD NOR – minggu ini saya menulis mengenai isu yang saya pamerkan dalam FACE BOOK. Percubaan untuk meletakkan isu-isu dengan kenyataan – kenyataan kepimpinan lama mengenai Melayu memberi respons yang amat menggalakkan dalam FACE BOOK saya. Komen – komen di terima tapi rata-rata terbahagi kepada mereka yang menyokong BN, mereka yang menyokong Pakatan Rakyat dan sedikit dari mereka yang berdiri di atas pagar.

Laman sosial saya itu memperlihatkan sikap – ekstremis dari sudut mempertahankan parti – sehingga perpaduan Melayu yang di terima oleh semua mereka yang memberi komen - terbahagi dengan pemecahan dari sudut perjuangan Islamik dan tidak Islamik antara parti. Ada antara mereka jelas menolak isu kebangsaan dan memberi fokus kepada bangsa Malaysia sebagai perpaduan antara kaum.

Rata-rata idealisme mereka yang menyokong pembangkang menyebut – bahawa perjuangan kebangsaan yang terus dipertahankan oleh UMNO adalah satu senjata untuk mengugut Melayu supaya memilih UMNO dan sekiranya tidak maka ia akan menjadi satu kerugian buat Melayu dan tidak mustahil Melayu akan dihimpit kemelesetan dan ketinggalan. Dari satu sudut lain pula UMNO yang mempertahankan perjuangan kebangsaan percaya PR atau Pakatan Rakyat di dominasi oleh DAP – sebuah parti cauvinis Cina dan PKR serta PAS tertakluk kepada dominasi ini.

Tidak bercelaru pecahan pendapat mereka. Jelas pendapat mereka mengikuti landasan kepartian dan ini memberi  gambaran perpecahan kepartian yang tidak melengkapkan perjuangan Melayu itu sendiri. Implikasi dari ini adalah, majoriti mampu menjadi minoriti dalam pengiraan demokrasi kerana perpaduan yang semakin meleset di kalangan orang-orang Melayu.

Rentetan majoriti jadi minoriti, implikasi dari perpecahan di kalangan Melayu mampu menyebabkan kuasa politik Melayu semakin terhakis. Pembangkang dalam FACE BOOK menolak perkara ini dengan mengatakan hak orang Melayu dapat di pertahankan dengan adanya Institusi Raja-Raja Melayu dan fungsi kerajaan adalah untuk tidak melihat rakyat dari sudut kaum dan bangsa. Mereka menolak terus kebangsaan dan mereka menolak DAP sebagai parti cauvinis Cina dan mengatakan bahawa DAP lebih telus dalam perjuangan rakyat yang melibatkan keadilan Melayu.

Ini semua memberi petunjuk kemenangan kaum cauvinis lain dengan menipiskan ketebalan semangat kebangsaan dalam negara ini. Cabaran untuk tidak ada lagi dasar kerajaan yang mengambil kira berbezaan kaum menjadikan kerajaan tersepit antara terus memperjuangkan ruangan keistimewaan untuk Melayu atau menyebarkan meritokrasi dalam semua aspek – sehinggakan perjuangan kesamarataan mendahului perjuangan keadilan dari aspek sosioekonomi rakyat negara ini.

Ini menyulitkan UMNO kerana tuntutan ini meletakkan UMNO dalam keadaan yang mengolek dan di golek akan tetap terluka. Apa jalan lagi yang harus diambil oleh UMNO  - adakah dengan menolak perjuangan kebangsaan dapat membantu Melayu yang berada dalam keadaan keliru lantas terbahagi dan mengecilkan pegagan  kuasa  itu sendiri?  Kita lihat perkembangan selanjutnya.          

 
Melayu Liberal dan Melayu Alat
Written by Webmaster   
Sunday, 18 July 2010
Image
 

Persoalan Melayu Liberal dan Melayu Alat satu terminologi baru timbul. Semua ini dikaitkan dengan pembangkang. Melayu Liberal dikatakan adalah Melayu ciptaan pembangkang dan Melayu alat adalah dikatakan Melayu yang menjadi alat oleh pihak tertentu dan di katakan merupakan ancaman terhadap UMNO. Apa pula kata kita mengenai Melayu Liberal dan Melayu Alat. Sebenarnya dalam facebook – Anuar Mohd Nor telah ada kompilasi perbincangan mengenai Melayu Liberal dan Melayu Alat. Masalah yang jelas adalah – kenapa ada sempadan politik dalam terminologi makna Melayu itu sendiri?

 
 
PERKASA rosakkan 1 Malaysia
Written by Webmaster   
Wednesday, 14 July 2010
Image
 

Nazri Tan Sri Aziz berpendapat PERKASA adalah pertubuhan Ultra Melayu yang akan merosakkan agenda 1 Malaysia dan PERKASA tidak mewakili suara dan tidak juga mendapat pengiktirafan UMNO. Sungguhpun begitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia berpendapat bahawa sesiapa boleh menubuhkan organisasi – biarpun ala-ala PERKASA untuk Cina dan India. Dua kenyataan yang berbeza. Adakah wajar kita galakkan pertubuhan-pertubuhan seperti PERKASA untuk CINA dan PERKASA untuk India di bentuk. Adakah tidak pula PERKASA dengan kepimpinan Ibrahim Ali menunjukkan sikap terlampau agresif yang akan menjadi senjata menembak UMNO sendiri. Apa sebenarnya yang PERKASA perjuangkan – politik semata-mata?  

 
Kesetiaan Anwar diragui?
Written by Webmaster   
Tuesday, 13 July 2010
Image
 


Dr Mahathir meragui kesetiaan Anwar Ibrahim kepada negara ini? Katanya, kalau Anwar taat pada pihak Yahudi bagaimana dia nak taat kepada negara. Sejak kebelakangan ini Anwar telah dikaitkan dengan Yahudi dan dikatakan alat Yahudi. Pembongkaran ini berlaku sejak Anwar menuduh kerajaan berkait dengan APCO. Anwar kini dituduh menggunakan CNN bagi meredakan apa yang dikatakan tindakan beliau menghentam Yahudi di negara ini. Setakat ini tuduh menuduh siapa yang rapat dengan Yahudi berlaku – Anwar dengan Yahudi dan Kerajaan Malaysia dengan YAHUDI...

 
 
Melayu baru?
Written by Webmaster   
Saturday, 10 July 2010
Image
 

Mungkin mereka adalah Melayu Baru, yang menolak Dasar Ekonomi Baru? Dari bancian Merdeka Center sebanyak 21% Melayu mengatakan bahawa DEB tidak membantu ekonomi orang Melayu dan dalam jangka masa panjang ia akan menjadikan bangsa Melayu bangsa yang sentiasa memerlukan pertolongan. Mungkin golongan ini mengatakan bahawa Melayu sudah sedia untuk bersaingan dalam pasaran terbuka, tidak memerlukan kuota dan juga menolak hak keistimewaan yang ada. Mungkin ini Melayu Baru dan Melayu Baru ini sering di asosiasikan dengan pembangkang.

 

 
 
UMNO memang parti rasis bukan rasialisme
Written by Webmaster   
Friday, 09 July 2010


This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

http://arahkita.blogspot.com/2009/12/umno-memang-parti-rasis-bukan.html

Memang UMNO untuk orang Melayu. UMNO memperjuangkan orang Melayu tetapi adakah UMNO bersifat rasialisme. Adakah UMNO mengambil sikap bermusuhan terhadap bangsa lain – menekan dan menidakkan kehadiran mereka di bumi Malaysia ini. Agenda melabel UMNO rasis yang mengamalkan sikap dan fahaman rasialisme mungkin mempunyai agenda lain yang akhirnya merugikan kaum lain. Dr Mahathir Mohamed dalam kenyataannya di akhbar The Star Online 8hb Disember 2009, mencabar Nazri Tan Sri Aziz keluar dari UMNO kerana UMNO adalah parti rasis – katanya.

UMNO memperjuangkan Melayu dan perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu itu tidak salah. Apa yang menyedihkan kita hari ini adalah kerana wujud pemimpin Melayu tidak kira dari apa parti pun yang sudah mula mempersoalkan perjuangan Melayu. Hairan – kenapa dikatakan perjuangan Melayu itu perjuangan ortodoks. Kalau ia ikhlas untuk membantu Melayu kenapa di perkecilkan. Kita tidak mahu ruangan yang di peruntukkan kepada Melayu di gadai semata-mata mahu segelintir Melayu memegang kuasa – tanpa kuasa. Kita tidak mahu perkataan rasis itu di label semata-mata supaya kita menyingkirkan perjuangan Melayu lantas menjayakan agenda lain – khususnya menyepikan Melayu dan mengetepikan Melayu di bumi sendiri. Rasis yang dikatakan tidak semestinya di ambil buruk – memperjuangkan bangsa dilakukan oleh semua bangsa dalam negara kita ini cuma kita perlu faham bahawa ini tidak bermaksud kita ini – rasialisme – mengambil sikap bermusuhan atas perbezaan bangsa. Barisan Nasional sendiri menjadi contoh bahawa UMNO berlandaskan kaum Melayu tetapi bukan hadir untuk mengetepikan bangsa lain – mendiskriminasikan bangsa lain – demi untuk menjayakan matlamat sesuatu kaum sahaja.

Melayu hari ini perlu sedar bahawa usaha untuk mengurangkan kesatuan kita – memperjuangkan matlamat bangsa kita – bertindak memajukan bangsa kita adalah penting untuk menghindar dari ketidakseimbangan sosiopolitik yang mampu menggugat keharmonian negara kita ini. Masalah perkauman – ketidakpuasan hati antara kaum mampu berlaku sekiranya ketidakseimbangan wujud dalam ekonomi antara kaum. Oleh sebab itu memperjuangkan kedudukan Melayu adalah penting kerana kemajuan orang Melayu akan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara. Ketidakseimbangan mampu memecahkan kita antara sesama Melayu dan sesama bangsa lain di negara kita ini. UMNO memang rasis – memperjuangkan Melayu. Bagaimana pula DAP dan Gerakan, bagaimana pula MIC dan PAS. Adakah semua mereka rasis dan adakah mereka berfahaman dan berorientasikan rasialisme?

Kita perlu memperteguh kedudukan bangsa agar kita tidak ketinggalan – lantas menjadi bangsa yang tidak bermaruah di bumi kita sendiri. Usaha untuk memburukkan parti berorientasikan kaum – adalah sebenarnya bentuk perjuangan kaum yang berbeza tersebut. Apa salah kita bicara mengenai bangsa kita – perkembangan bangsa kita dan perjuangan bangsa kita dalam percubaan untuk terus hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum yang terpisah dengan jarak pegangan ekonomi – salah ke?

 artikel ini di tulis pada 12/2009- dia pamer semula untuk sama-sama kita kupas kembali

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Advertisement

Artikel Pilihan

 

email anuarmohdnor@yahoo.com

atau anuarmohdnor@gmail.com

 

 

Kuala Lumpur – tersungkurnya Melayu di sana klik sini

Catatan Anuar Mohd Nor - Institut Kajian Asas Kemasyarakatan

DOWN TOWN CHERAS - Respon telah diterima mengenai isu Down Town Cheras dan penjelasan dan perbualan antara En Anuar Mohd Nor dengan En Rustam -Roshan Holding dan En Abdullah ( jam 11.45 04hb Jun2009) di buat . Isu sebenarnya setakat ini tidak melibatkan pengurusan Roshan Holding tetapi lebih kepada masalah dan cara perwatakan kakitangan. Penjelasan dari En Anuar Mohd Nor mengenai penulisan artikel tersebut di terima dan penjelasan En Rustam juga di terima oleh En Anuar Mohd Nor dari Institut Kajian Asas Kemasyarakatan. En Anuar turut berbesar hati kerana kesudian pihak pengurusan Down Town Cheras untuk menerima penjelasan mengenai artikel ini. Sikap begini adalah sikap positif dan apa sahaja masalah akan dapat di selesaikan khususnya dalam menyempurnakan agenda kerajaan rakyat di dahulukan. Sikap positif ini sepatutnya di contohi dan respon yang di buat adalah sesuatu yang amat kami alu-alukan.  

CATATAN ANUAR MOHD NOR - INSTITUT KAJIAN ASAS KEMASYARAKATAN KLIK SINI

 

Interbiu dalam rancangan Persepsi RTM bersama Anuar Mohd Nor membicarakan isu UMNO

Anuar dalam rancangan Persepsi

              Klik Sini

Interbiu dalam rancangan Blog bersama Anuar Mohd Nor membicarakan soal Melayu

Anuar dalam siaran Blog

             Klik Sini

Dari laman blog arahkita

 

Isu Melayu

 

 

Berikut adalah isu-isu yang pernah dibicarakan oleh Anuar Mohd Nor. Artikel ini ditulis pada tahun 2006


Penulisan berikutnya adalah pada tahun 2006 juga. Tulisan ini telah dilabel sebagai tulisan MERBAHAYA oleh beberapa laman blog.

 




   KLIK PADA GAMBAR

 

Who's Online

We have 3 guests online

Syndicate