|
Ezam dan kes liwat Anwar Ibrahim |
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 10 March 2010 |
|
Kenyataan Ezam – dipetik dari www.agendadaily.com Ezam memberitahu beliau terpanggil untuk menentang Anwar habis-habisan kali ini hingga mengambil cuti tiga bulan dalam tugasnya di Yayasan Generasi Baru berpejabat di Jakarta untuk round satu negara bagi mematahkan dakyah Anwar dalam ceramah mengenai kes liwatnya. “Anwar Ibrahim round …saya kena round…saya nak jawab,”katanya sambil meminta maaf kerana semasa perbicaraan kes liwatnya yang pertama dulu beliau menjadi panglima mempertahankan Anwar. Serentak dengan itu beliau melafaz sumpah mengaku beliau silap mempertahankan Anwar. Kononnya beliau difitnah…malam ini di Gombak dan malam-malam seterusnya dan selepas ini…saya memohon maaf saya tersilap …saya tarik balik setiap patah perkataan membela Anwar Ibrahim,”katanya disambut tepukan gemuruh. Katanya baru sekarang beliau tahu hal sebenarnya.”Kalau dulu saya tahu haram saya nak sokong dia,”ujarnya. So... apa komen kita mengenai Ezam Mohd Nor – bekas panglima PKR dan orang kuat Anwar
|
|
|
Ubah reka - melucahkan - merugikan UMNO |
|
Written by Webmaster
|
|
Monday, 08 March 2010 |
|
Contoh ubah reka terbaru  mampukah gambar sebegini membantu UMNO - atau lebih menyulitkan UMNO www.umno-reform2.com terjumpa dalam melayari laman web pameran laporan polis terhadap penggunaan gambar- ubah reka yang lucah dan tidak sesuai. Yang menarik sekali laporan polis ini memetik artikel www.umno-reform2.com sebagai alasan bantahan penggunaan gambar yang di ubah reka dan di selitkan unsur-unsur lucah. BENAR ! laman kami tidak bersetuju dengan cara perang saraf itu. Kami hanya menyatakan bahawa penggunaan gambar ubah reka itu akan hanya merugikan kita – menyebabkan ia menjadi alasan untuk tindak diambil dan ditambah lagi – memburukkan kita dari sudut pandangan mereka yang tidak berparti. Ini adalah cara perang saraf yang lemah – merugikan UMNO. Namun sekiranya laman –laman itu memang mahu meruntuhkan UMNO maka cara mereka adalah tepat – membuat gambar-gambar ubah reka – untuk membuat rakyat marah pada UMNO. Mungkin juga kan. Nilai sahaja sendiri.
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Sunday, 07 March 2010 |
|
Lagi mereka yang akan keluar/dikeluarkan dari PKR Adakah masalah semakin rumit dalam PKR
Petikan kenyataan Zulkifli Nordin YB Kulim Bandar-Baharu dalam Berita Harian "Saya berasa malu kepada Allah dan umat Islam untuk terus bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR akan hancur kerana segala keputusan dibuat untuk kepentingan sendiri dan ramai lagi akan keluar selepas ini kerana kecewa dengan keadaan PKR sekarang." Zulkifli kecewa kerana Anwar terlalu taksub untuk mengejar cita-citanya ke Putrajaya (menjadi Perdana Menteri), sehingga dalam setiap ceramahnya, hanya perkara itu ditekankannya dan bukannya soal parti. Zulkifli yang bertegas untuk tidak membuat rayuan atau mengosongkan kerusinya turut mendakwa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam tetapi menjadikan agenda Islam untuk mainan politik picisan dan retorik murahan serta pembohongan jelas pada rakyat. Malah, katanya, PKR turut membuat laungan palsu berhubung perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, mendaulatkan nilai dan prinsip keadilan sejagat.
|
|
|
Debat Melayu Islam Pulau Pinang - ada berani? |
|
Written by Webmaster
|
|
Friday, 05 March 2010 |
|
'Melayu Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' – adalah topik debat yang mahu dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang dengan UMNO. Mereka menghantar surat jemputan debat pagi tadi di PWTC. Menurut Pakatan Rakyat Debat itu akan menunjukkan kepada rakyat apa sebenar isu yang wujud dan mahu UMNO jangan hanya berani membuat kenyataan rambang tetapi takut bertemu dan berdebat secara terbuka. Menuduh PR telah mengabaikan Melayu memang mudah – tetapi katanya hadir dan sama-sama kita bagi rakyat nilai siapa yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu. Setakat ini UMNO menolak cadangan debat yang pernah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Setakat ini Pemuda UMNO masih gagal menyahut cabaran tetapi sering kali mengatakan bahawa debat itu tidak penting dan tidak menyelesaikan sebarang masalah. Apa kata kalau kita debat sekarang, dalam laman ini – UMNO parti yang memperjuangkan Melayu – adakah hari ini masih orang Melayu terus terpinggir di bawah PR – Lim Guan Eng?
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Thursday, 04 March 2010 |
|
Adakah nama ini yang turut dihantar oleh email kepada www.umno-reform2.com turut memainkan senario yang sama? Apa yang terjadi sebenarnya kepada Parti Keadilan Rakyat?
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 03 March 2010 |
 Bagan Serai MP Mohsin Fadzli Samsuri Tempoh hari www.umno-reform2.com menerima nama - nama tanpa mengatakan sebab mengapa nama itu di kirim. Hari ini salah seorang penama tersebut telah mengumumkan keluar dari PKR. Adakah mungkin nama yang dikirim itu menunjukkan bahawa mereka akan meninggalkan PKR?
|
|
|
TSUNAMI PKR – UMNO perlu berhati-hati |
|
Written by Webmaster
|
|
Wednesday, 03 March 2010 |
|
Dikatakan PKR – Parti Keadilan Rakyat sedang mengalami Tsunami politik. UMNO dan Barisan Nasional percaya ini akan menghancurkan politik Pakatan Rakyat. Ini akan menjadi penilai sama ada PR mampu bertahan dengan laporan tindakan mereka yang keluar parti dan menyertai UMNO saban hari kedengaran. Adakah Barisan Nasional dan UMNO sudah sedia bertepuk tangan? Adakah sudah cukup untuk Barisan Nasional dan UMNO menarikan tarian kemenangan dengan wujud segelintir mereka yang keluar dari PKR dan Pakatan Rakyat? Kedudukan politik BN dan UMNO masih dalam keadaan yang tidak menggembirakan. Keluarnya segelintir mereka tidak merisaukan PKR kerana mengikut Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR – ini menambahbaikkan Parti Keadilan Rakyat kerana mereka yang bermasalah telah keluar dan ada yang menyertai UMNO. Mereka yang keluar menyertai UMNO merupakan mereka yang akan hanya merosakkan PKR dan ini seakan-akan dialu-alukan. Adakah benar PKR sedang dilanda Tsunami dan adalah Tsunami politik ini menjadi harapan untuk BN dan UMNO merampas balik negeri yang telah berpindah kepada PR. Sekiranya ini harapan BN dan UMNO maka www.umno-reform2.com agak setuju dengan kenyataan Khairy Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO yang lebih percaya kepada kekuatan dalaman UMNO dan BN serta peranan mendekati rakyat adalah penting dari mengharapkan senario kemelesetan Pakatan Rakyat. Bagi mereka yang pernah berada dalam PKR khususnya bergaul dengan perjuangan reformasi – mereka akui bahawa ada Tsunami Besar politik dalam Pakatan Rakyat – khususnya dalam PKR tetapi ini akan bercantum semula bila mana ada isu yang di timbulkan khususnya dalam kes liwat 2 Anwar Ibrahim dan skandal-skandal rasuah yang membabitkan penjawat kerajaan dan kepimpinan politik. Setakat ini PR tidak kering isu – isu yang memang wujud dan isu yang diada-adakan amat menekan BN dan UMNO. Setakat ini BN dan UMNO masih tewas dalam soal-soal penerangan dan pelaksanaan. Adakah Tsunami ini akan menggegar PKR atau akhirnya menjadi senjata kuat untuk terus menghentam kerajaan Barisan Nasional? Kita nilai nanti.
|
|
|
Written by Webmaster
|
|
Tuesday, 02 March 2010 |
 Ibrahim Ali ikon pejuang Melayu????? Akhirnya – ikon Melayu wujud dari celah-celah UMNO, kemudiannya Semangat 46 – kemudiannya UMNO – lalu timbul pula di celah-celah Parti Keadilan Rakyat dan kemudian di celah-celah PAS. Ikon pejuang Melayu ini hadir dengan perjuangan untuk orang Melayu dan kerana itu beliau mengelilingi semua parti yang ada untuk mungkin mendapatkan sumber dan maklumat terkini mengenai Melayu. Adakah ini Ikon pejuang Melayu yang dicari – penuh prinsip dan penuh istiqamah perjuangan – hanya kerana Melayu. Adakah ini pejuang Melayu yang berani menongkah arus atau mengikut arus dan deras dengan sikap oportunis selama ini. Anak-anak Muda baru seakan teruja melihat ikon perjuangan Melayu atau sebenarnya teruja dengan cara beliau yang tidak tahu batasan air muka dan maruah. Kita nilai sama ada ini dia – ikon Melayu yang telah berjuang untuk Melayu. Fikirlah......jangan rebah sebelum meningkat – jangan bocor rumbia lantas menyulitkan – itu rakyat tu......Ibrahim Ali - hero pejuang Melayu...........adusssss
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>
|